Semalam ialah hari 'konvokesyen' Abah di CIMB. Majlils dilakukan di Menara Bumiputra Commerce yang terletak bersebelahan dengan Sogo. Hari sebelumnya Mak dah bagitau awal-awal supaya kami ikut sekali bila ambil dia balik kerja sebab lepas tu dia akan hantar Abah ke MBC dan sementara menunggu majlis 'konvo' Abah selesai dapat merayau di Sogo.
Jadi semalam kami merayau dalam Sogo. Bukan shopping pun. Mak cuma nak survey harga untuk set pinggan mangkuk kaca untuk rumah baru kami nanti. Mak dah lama berhajat nak beli satu set pinggan mangkuk baru kerana yang sedia ada sekarang ni dah banyak kurang.
Majoriti masa dihabiskan di tingkat Living Center. Lepas tengok pinggan mangkuk kami pergi mencari dustbin yang Abah pesan sebelum dia pergi. Dustbin untuk diletakkan di rumah baru. Sedang cari-cari bahagian yang ada display dustbin terjumpa pula baking section. Beratur baking pan semua sebaris. Huih, terbeliak mata aku terus. Mak teruskan perjalanan mencari dustbin sementara aku berlegar di baking section. Rambang mata nak memilih cake tin. Bila aku selesai memilih apa yang aku mahu aku tanyakan pendapat Mak. Dia pandang dan cuma tanya harga. Dah tau harga dia diam dan jalan macam biasa. Bila macam tu tandanya dia okay lah. Tiada sebarang bantahan. Dan aku pun dapat membeli bukan satu, tapi dua cake tin bulat. Satu jenis springform pan dan satu lagi jenis bulat biasa.
Hobi aku kali ni memang disokong sepenuhnya oleh Mak. Best !
Hajat di hati nak terus membuat non-bake chocolate cheesecake malam tu, tapi semasa kami tiba di supermarket pakcik guard tu kata supermarket dah tutup. Hampa aku tak dapat membeli bahan-bahan. Maka terpaksalah pendam lagi hasrat nak buat cheesecake.
Tapi hari ni untuk mengubat hati kecewa aku buat brownies lagi. Bukan untuk sendiri makan tapi untuk makcik aku. Masa aku buat dulu dia ada rasa dan katanya sedap sebab tak manis sangat. Dia order suruh aku buat untuk dia. Mak aku belikan lagi brownie mix tu dan suruh aku buat. Jadi aku buat lah.
Cuma kali ni aku turunkan sikit suhu oven tu. Pertama kali aku buat bahagian tepi brownie jadi keras dan aku ada bertanya pada sis Rima dari Bisous A Toi kenapa jadi begitu. Sis Rima cadangkan suhu untuk bake brownies ialah 170-175 degree C.
Brownies yang dihasilkan memang berlainan dari segi teksturnya. Brownies jadi lebih fudgy tapi rasa tetap sama.
Hujung minggu ni harap Mak ada masa untuk bawa aku pergi beli bahan-bahan. Tak sabar ni nak guna springform pan tu. Resipi dah ada, cake pan dah ada....tinggal bahan-bahan je belum ada. Oh dan skill !
.
No comments:
Post a Comment