Dah sedap sedut puntung rokok tinggal kontot dia petik keluar tingkap kereta. *tik* Puntung rokok kontot tu jatuh atas jalan *pup* dengan bara masih menyala.
Bodoh ! Ikut hati aku nak je bagi dia rasa tapak tangan ni.
Okay, sekarang kita kaji situasi tersebut.
Tak perlu bicara panjang mengenai kesalahan pertama iaitu merokok.
Kita terus ke kesalahan kedua iaitu membuang sampah merata-rata. Sikap beginilah yang menjadikan negara kita susah nak maju. Mentaliti yang beginilah kita perlu pupuskan. Tengok negara-negara yang maju di luar sana tu, ada negara mereka bersepah dengan puntung rokok di tepi jalan semua ? Sendiri mau ingat la dey. Kau duduk dalam negara ni, tempat hidup dan mungkin mati kau. Kalau sendiri tak jaga takkan rakyat Indonesia pula yang perlu jaga. Akai ada ka ?
Pantang sungguh lah jumpa orang perangai macam tu. Dah la merokok di kawasan awam, buang sampah merata lagi. Orang ada Phd kalau merokok buat perangai macam ni pun sampai mati tak ada respect pada dia.
Belajar sivik elok-elok dulu na baru hang boleh cakap banyak....
.
No comments:
Post a Comment