Saturday, November 13, 2010

Luas pemandangan, jauh perjalanan. Ke terbalik ?

Kadangkala kita perlukan sesuatu untuk mendorong kita untuk bergerak. Macam ayat kat atas tu kira boleh pakai juga kan. Bila pemandangan kita luas mesti timbul perasaan ingin meneroka apa yang dipandang tu. Ini pendapat aku saja. Tak semestinya salah, tak semestinya betul.

Kebelakangan ni aku banyak habiskan masa di Chocolate Chunk. Di sana serupa satu tempat yang beri semangat untuk aku. Salah satu pemberi semangat ialah makanan. Banyak ilham aku dapat. Dan aku dapat rasa lebih kebebasan untuk mengekspresikan diri aku.

Aku memang mudah untuk berasa bosan dan terikat dengan sesuatu. Tidak kira sama ada ia barang atau seseorang. Hakikatnya, aku takkan pernah kekal statik untuk satu jangkamasa lama.

Hubungan serius aku semuanya hanya kekal untuk setahun. Dan pada setiap kali aku mencari alasan untuk meninggalkan hubungan tu. Dan tidak satu pun alasan yang aku cari menuding pada aku. Sejujurnya, aku berasa bosan dengan keadaan. Dan aku lepaskan pada mereka yang tak tahu apa-apa.

Telefon bimbit pula aku tak pernah gunakan lebih daripada 3 tahun. Tapi cuma satu terkecuali. Telefon Sony Ericsson W910i yang aku beli menggunakan duit gaji bulan terakhir semasa aku bekerja sambilan cuti semester 3 bulan dulu. Telefon tu saja yang melekat dengan aku, walaupun aku sudah beralih arah kepada telefon lain. Rasa lain untuk aku lepaskan telefon tu.

Aku risau masa depan nanti. Aku sama seperti orang lain yang impikan sebuah perkahwinan yang berkekalan hingga ke akhir hayat dengan satu-satunya pasangan yang dicintai. 

Kosong. Kosong. Kosong. Satu lubang kosong mendiami diri. Dah cuba dah isikan lubang tu tapi tak lama kemudian ia kembali kosong.

Satu tapak satu masa. Aku yakin dapat isi lubang kosong tu. Sampai masa nanti hilang juga. =)
.

5 comments:

Anonymous said...

biasa la tu cik adik, saya pun sama type macam u jugak,
mungkin belum sampai masanya untuk lubang tu diisi sepenuhnya .....@ lubang tu belum jumpa sesuatu/seseorang yang benar2 sesuai dan tak kan bosan, rasanya bila u dah kawin nanti lain, macam2 boleh buat dengan husband u nanti...(jangan pikir bukan2)

Conclution: Biar masa menjawap segala kekusutan.

Allah memberi apa yang kita perlukan sesuai dengan masanya :)

Anonymous said...

chocolate:nanti gemuk nanti :P

Anonymous said...

Bila dah kawin rasanya your husband will not let u to escape from him(whatever reason u give u can't run away) :P

AZ said...

Siapa kau eh ? Just curious.

Anonymous said...

Anonymous :P
origin:earth
species:Homosapien
Hair colour :Black

Satisfied?....just ordinary human