Monday, November 1, 2010

Jalan memori

Dahulu, apa yang kau katakan semuanya aku bantah. Apa yang kau lakukan semuanya aku benci. Pendek kata, segala-galanya tentang kau aku menyampah.

Kita selalu tidak sependapat tentang semua perkara. Terutama sekali pendapat kau. Walaupun dalam hati aku mengakui kebenaran pendapat kau, namun aku tetap membangkang hanya kerana kau menyuarakan pendapat itu. Yang pasti, aku hanya mahu kau kelihatan seperti orang bodoh.

Namun, kita tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi aku tahu kau menyimpan dendam terhadap aku. Kau simpan segalanya yang kau rasakan. Semua kau kumpulkan dan kau biar hati dan perasaan kau ditoreh oleh mereka yang mengaku menyayangi kau. Di dalam, diri kau berdarah dan luka itu hanya dibiarkan menjadi parut.

Walaupun hubungan kita tidak selalunya cerah, kau tetap cuba untuk menggembirakan aku. Aku masih ingat hadiah hari jadi yang kau belikan. Dan kerana hadiah tu, setiap tahun aku cuba untuk membuat sesuatu istimewa untuk hari jadi kau, kerana aku sangat terharu dengan pemberian kau walaupun kita seperti anjing dan kucing.

Tidak terlintas di fikiran sesiapa pun bahawa satu hari nanti kau tak sanggup lagi untuk menahan semua perasaan yang kau pendam selama ini. Sejujurnya, aku memang tidak mengambil peduli langsung mengenai diri kau sehingga aku sedar ia sudah terlewat. Dan pada masa itu, diri aku tidak cukup kuat untuk mula dari awal.

Aku mungkin boleh dianggap lebih bertuah dari diri kau yang selalu keseorangan tanpa teman untuk berbicara. Kau membawa diri di luar sana mencari mereka yang boleh mengisi kekosongan. Siapa tahu, mereka yang kau anggap pengisi kekosongan itu telah mengkhianati kepercayaan kau.

Kalau boleh diulang semula, hanya satu yang akan aku betulkan. 
.

5 comments:

Aka-chan said...

sabarlah. tiap yg terjadi pasti ada hikmahnya. mungkin belum tiba masa kau tuk kau rasa bahagia dengan dia. Tapi, aku percaya hari tu akan datang juga. percayakan dia dan percayakan diri kau sendiri.

walaupun aku cuma dapat meneka, dan aku rasa mungkin kau tau sape yang aku maksudkan. Harapkan hubungan korang pulih. Banyak kan bersabar dan banyakkan mengalah. Yang penting doa semoga hubungan korang baik. I'allah.

AZ said...

Insyallah. Aku harap tak lama lagi nampak lah pelangi tu.

Anonymous said...

sape ye hidayah adam tolong bagi tahu :P

top_ace7 said...

i can smell gossip. hehe.

AZ said...

Gossip menda ? Mahram aku orang ni. :)