Wednesday, March 17, 2010

Rawak 1: Ambil gambar sendiri dari pelbagai sudut

*bunyi kamera*


1 saat berlalu.


*bunyi kamera*


1 saat berlalu.


*bunyi kamera*


Aku alihkan pandangan dari skrin laptop. Pandang depan, toleh ke kanan sikit.


Seorang hamba Allah tengah sibuk halakan kamera handphone sambil tekan button untuk ambil gambar........DIA !


Lepas ambil gambar, pusing phone tengok gambar yang baru diambil, buat muka tak puas hati, pusing phone lagi, ambil lagi gambar...............DIA !


Kelakuan tersebut diulang semula untuk beberapa minit (bagi aku berjam-jam). 


Oh, dan bagi setiap ulangan, phone diletakkan di sudut yang berbeza. Contohnya, atas, kiri, kanan, bawah, phone disengetkan sikit. 


Mencari nilai artistik untuk gambar DIA, mungkin ? 
Untuk di-upload ke laman web so-SIAL, dan dimuatkan dalam album ME, MYSELF & I, mungkin ?


Aku memang tak faham dan takkan faham macam mana orang boleh buat macam tu. Untuk situasi di atas, kalau phone tu tak mendatangkan bunyi memang aku tak kisah. Bunyi dari phone tu mengganggu aku dan kelakuan dia memang tak dapat aku ignore. Bilik tu kecik oiii.


Aku faham kalau kita tak angkat bakul sendiri, siapa nak tolong angkatkan bukan ? Tapi agak-agak lah weh. Hadoiiiiiii....


Teknologi dah buatkan kita menjadi malas, pelupa dan PERASAN !


Aku rasa.

4 comments:

Aka-chan said...

huahuahua............. layan kan aje :)

AZ said...

Kak Tini :Tak kenal budak tu. Tapi dia budak masscomm kalau tak silap.

Dayah: Terpaksa la layankan. Kalau tak dah lama kena sekeh.

Diyana Mahad said...

heyp. im new here! :D

klaka siot post ni.

buat saye ketawe! :))

AZ said...

Takde niat nak bagi sesiapa ketawa, tapi baguslah kalau entri yang ikhlas dari hati saya ni mampu buat awak ketawa. :))