Pada saat ni, aku dapat rasakan fasa sekarang akan masuk ke fasa yang lebih serius sekiranya aku tak mendapatkan pertolongan dari golongan profesional.
Aku tak nak pisang berbuah dua kali.
Bebanan yang terlalu berat bagi orang tersayang untuk menanggung.
Saat ni semua aku rasa macam menolak aku ke satu penjuru. Penjuru yang bersembunyi di sebalik tirai hitam yang tak mampu ditembusi cahaya. Di situ aku cuba untuk gembira, tenang. Teman ? Tiada yang lain melainkan yang Maha Esa.
Tapi, kehadiranNya aku tak dapat rasa.
Segala prasangka aku cuba buang tapi setakat ni, gagal. Hidup ni semuanya berpura-pura. Tak nampak lagi keikhlasan. Kenapa ?
Aku salah ke orang lain salah ?
Satu jari dituju pada orang, empat jari tunjuk balik pada diri.
Salah siapa ?
Ego ?
Persekitaran ?
Ibu bapa ?
Tuhan ?
Bila tiada sebab untuk hidup, mengapa perlu hidup ?
Bila dikelilingi kawan-kawan, kenapa masih terasa keseorangan ?
Bila mampu bergerak bebas, mengapa masih terasa terperangkap ?
2 comments:
ape kisahnya ni?? memerlukan pertolongan ??
Takde communicate pun la kak. Heheh. Saya perlukan therapy. Sejak akhir-akhir ni terlalu depressed. Tapi kat malaysia takde therapist. ;(
Post a Comment