Monday, March 15, 2010

Fikir tajuk je dah sampai 40 minit.

Aku masih lagi belum buat keputusan. Hadiah apa yang aku perlu beri kepada diri sendiri. Apakah barang terbaik untuk aku hadiahkan diri aku sempena tahun ke-24 aku hidup di muka bumi ini ?


Dah dua bulan berlalu tapi aku masih fikirkan apa yang terbaik. Nak tangguh sampai ke tahun depan rasa macam lambat sangat pula. Nak tak nak sebelum sampai tahun depan (Insyallah) aku mesti dapatkan sesuatu.


Idea tu ada. Idea-idea. Lebih dari satu. Lebih dari 100 mungkin. Tapi perlu cari satu perkara yang memang sebati dengan jiwa.


Kalau pergi bercuti tip top jugak. Tapi bendanya aku tak nampak. Dan aku masih dalam semester. Celah mana pula aku nak cari time pergi bercuti kan ? Dengan final year project aku tak jalan lagi. Opss, pasal tu kena masuk dalam entri lain. Heheeee.


Jadi, idea terbaik aku untuk cari gajet-gajet terkini yang berada di pasaran. Hangat atau tak lain cerita. Apakah ?


Bajet ? Mesti mau ada. Aku bukanlah anak tokey balak atau anak Benjy. Gajet bawah RM500 kira ok lah. 


Apa ada bawah RM500 ????

4 comments:

Aka-chan said...

bnyak duit kak !! hehe. kaya nye ko. rm500 tuh !! wow !! aku xpenah dapat adiah semahal tu. huhu. adiah tok diri sendiri pon ade ek?? :)

AZ said...

Dah 'dewasa' kan, nak ada barang untuk dijadi kenangan. Haha.

Aka-chan said...

haha. dewasa ek?? dewasa la sgt. umur aje dewasa kot:p

AZ said...

Kejayaan tu hadiah untuk ibu bapa saya. Bukan untuk diri sendiri. Hadiah untuk diri sendiri bila saya rasa saya berhak dapat benda tu. Dan dapat puaskan hati saya.

Kalau pasal bercuti, masa takde pun akan diadakan. Hahha.