Monday, May 31, 2010

I have my own favourite Martian(s)

Sekarang aku tengah baca Men are from Mars, Women are from Venus. Baru halfway. Banyak juga info menarik yang aku dapat dari buku tu. Saja nak persiapkan diri sebelum masuk ke alam baru. Heh. Dalam buku tu ada tulis, bila kita dah menunjukkan tanda-tanda dah ready untuk commit lelaki akan berduyun-duyun (ok saja melebih) datang pada kita. Kira subconsciously kita akan transmit signal 'I am ready ! I am ready !'


Buku ni aku suggest baca lah. Baik untuk yang dah kahwin atau yang single. Buku ni dapat membuka mata kita luas sikit mengenai toleransi dalam sesuatu hubungan. Yang bagusnya buku ni, walaupun penulisnya seorang lelaki tapi aku takde rasa unsur-unsur berat sebelah. Jadi takde lah rasa sakit hati kalau baca (untuk perempuan ler). Kekeke.


Masa tengah baca tu aku stumbled upon satu ayat yang bunyi macam best je. Jadi aku update status kat FB. Begini ayatnya :


Dalam banyak-banyak yang komen (ahh dalam 3 orang je pun bukan banyak mana), seorang je yang tak melatah. 

Pengkomen pertama


Pengkomen kedua


Pengkomen ketiga


Lelaki ni memang dasar pantang dikritik ye ? Hehehehe.
.

Tuesday, May 4, 2010

Campur aduk.

Aku mengaku aku pernah mendoakan supaya kau tak dapat apa yang kau minta. Kadang-kadang manusia ni boleh jadi sangat mementingkan diri sendiri. -__-"


Tapi aku kesal mendoakan yang tidak baik. Aku tarik balik doa aku dan meminta agar kau dapat apa yang dihajati. Apa yang aku buat sebelum tu hanya membuatkan aku jatuh ke dalam kelompok manusia yang hina dan tak patut terima kebaikan. Dan akhirnya, alhamdulillah, kau dapat apa yang dihajati. 


Gembirakah aku ?
Ya, buat seketika waktu (seminit je rasanya).


Terkejut juga aku boleh gembira untuk kau sebab sebelum ni memang aku tak pernah ada perasaan gembira untuk satu kelompok ni.


Seperti yang aku tulis tadi, perasaan tu hanya kekal untuk seminit je. Aku kembali kepada realiti. Realitinya, aku akan terperosok jauh lebih dalam di sebalik tirai hitam tu. Dan lebih kerap. Macam mana ni ?


I am just as good as the others, but those 'people' who I wanted them to acknowledge my goodness are the ones that don't.
The ones that did are usually those whom those 'people' disliked.


So what does this tells me ?


That I belong with the ones that those 'people' dislikes ?
Or plainly, they just dislike me too ?

***

Take one step at a time.
.

Thursday, April 22, 2010

Pelukan percuma

Kadang-kadang kita tak perlu berbelanja besar untuk gembirakan hati seseorang. Cukup sekadar bertanya khabar atau senyuman.


Bila hati ini gembira, satu dunia mahu dipeluk dan dicium.
Bila diri ini rasa dihargai, satu duia mahu dibelai dan dimanjakan.


Aku bersyukur dengan anugerah tuhan berbentuk SAHABAT.


Tanpa mereka, dunia ini sukar untuk diduduki.
Tanpa mereka, tiap-tiap hari tiada kekuatan untuk mengharungi dunia.
Tanpa mereka, dunia ni suram.


Dan yang penting,
Tanpa mereka, aku akan jadi katak bawah tempurung.


Terima kasih, Allah.
Terima kasih, sahabat.


Terima kasih.

.

Mulut, apasal kau jahat ?

Kebelakangan ni mulut jadi jahat sangat.
Main lepas je perkataan yang 'indah-indah' belaka.
Takde tapisan langsung.


Kalau ada yang terasa sakit, sila beritahu.
Bagi yang rasa nak lempang selaju kilat di pipi pun, sila beritahu.
Borang permohonan maaf perlu diberikan.
Terima atau tidak ?


Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, April 20, 2010

Nak belajar kena ada guru.

Only a life lived for others is worth living

Tu Albert Einstein yang cakap.


Pada aku, maksud ayat tu ada betulnya. Yelah, kita hidup bermasyarakat kan. Bukan seorang je dalam dunia ni. Ada berjuta-juta orang lagi atas muka bumi ni. Bila dah macam tu, nak tak nak, kita kena sesuaikan diri kita untuk hidup harmoni dalam satu masyarakat.


Bukan ke ada pepatah yang berbunyi tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima ? Dua-dua proverb ni tujuan dia satu je. Untuk beritahu kita yang hidup ni sentiasa kena bantu-membantu antara satu sama lain. Bukan kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan hanya fikirkan diri sendiri sampai tak peduli apa orang lain fikir.


Fikirkan diri sendiri dulu memang perlu, tapi pada masa yang sesuai. Ikut keadaan la kan ? Semua benda yang kita buat kena disesuaikan dengan sesuatu. Masa, tempat, orang. Semua kena disesuaikan. Baru harmoni.


Kurangkan 'SAYA' dalam diri kita dan lebihkan 'KAMI'. Sebab kami tu lebih penting dari saya. Kalau kami tiada, saya juga tiada. Semua hidupan di muka bumi ni berkaitan. Macam rantai makanan yang kita belajar semasa sekolah. Kalau populasi helang melebihi tikus, helang yang akan pupus. Sebab sumber makanan tak cukup.


Tu contoh saja. Aku tau helang makan haiwan lain juga selain tikus. Kau fahamkan apa yang nak disampaikan ?


Hidup ni satu perjalanan. Dalam perjalanan tu kita akan belajar banyak perkara. Dalam perjalanan tu juga kita akan jumpa bermacam jenis orang. Dengan pendedahan macam tu kita dapat kumpul pengalaman. Pengalaman yang tak boleh dijual-beli walaupun dikumpul duit banyak mana pun. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. 


Proses pembelajaran dalam hidup ni kita tak boleh tentukan berapa lama. Setiap orang lain masanya. Tak ada siapa yang tahu. Tapi kita akan tahu bila ia tiba. Dalam diri kita akan terdetik 'Ooohhh, macam ni rupanya'. 


Dalam hidup tiada yang pasti.
Tiada fakta yang boleh digunakan untuk menyokong sesuatu.
Tiada hitam putih.


Kalau hidup ni hitam putih, tak meriah sangat la. Takde drama. Takde suspen. Macam duduk dalam kotak.


Sebab apa yang kita belajar dalam hidup ni tak boleh nampak. Bukan ada buku teks mengenai hidup. Semua yang kita belajar melalui trial and error. Kalau sesuatu benda yang kita buat tu salah, kita belajar dari kesilapan tu supaya di kemudian hari tak diulangi benda yang sama.


Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Cuma kita boleh kawal supaya pisang tak berbuah dua kali.


Jangan takut untuk terima pengalaman baru. Mungkin dengan pengalaman tu akan buat kita lebih maju dalam hidup, atau sebaliknya. Kita takkan tahu selagi kita tak mencuba. Hidup ni sekali je. Bukan boleh diulang-ulang.


Kalau kita ada banyak impian, teruskan untuk mencapai semuanya. Sebab kita tak tahu impian mana satu yang akan buat kita rasa hidup ni berbaloi. Kita tak tahu.


Orang yang hidup dalam kotak, atau katak di bawah tempurung, selalunya akan tolak pendapat/'benda' baru yang dia tak tahu. Yang dia tak pernah rasa. Dia takut untuk benarkan 'benda' tu masuk dalam hidup dia. Mungkin takut akan disakiti.


Bagi aku hidup ni terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Selagi masih hidup, cuba benda baru. Kalau tiap-tiap hari lakukan benda sama je sampai jadi rutin, bukankah bosan namanya ? Takde adventure dalam hidup. Takde thrill.


BOSAN.


Takut untuk disakiti memang perkara normal bagi manusia. Cuma kadang-kadang sakit tu membawa kepada kebaikan. Membawa kepada perubahan dalam diri kita. Perubahan yang elok, dan mungkin juga akan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu.


Orang tak rasa kehilangan sampailah dia hilang sesuatu dalam hidup dia.


Tapi masa tu menyesal pun tak guna kan ? Bukan boleh dapat balik. Lagi-lagi kalau yang hilang tu adalah orang yang kita sayang, terutama sekali ibu bapa.


Hilang sekali tiada gantinya lagi.


Pesanan untuk semua dan diri sendiri. Sekian terima kasih.

Wednesday, April 14, 2010

Kongsi kongsi kongsini !

Semalam masa lunch kawan aku keluarkan cerita. Dipendekkan cerita (entri), cerita kawan aku beralih pada topik berkongsi. Bukan rumah kongsi atau kongsi hidup. Lebih kepada kongsi barang. Material things.


Tak semua orang boleh berkongsi barang. Ada yang boleh, tapi tak semua. Segelintir orang guna hak dia saja, tak kacau hak orang lain. Jenis orang macam ni selalunya akan dicop sebagai selfish.


Mereka duduk satu rumah tapi tak berkongsi segalanya. Ok what. Tak salah pun. Tak semestinya duduk sebumbung perlu kongsi segalanya. In terms of food and that sort of stuff la. Sebab tak semua orang ada duit yang sama banyak. Mungkin kawan kau memang jenis yang frugal bila bab-bab duit ni, so dia beli barang dapur ikut bajet diri dia sendiri. Pulak dah dapat housemate yang jenis tak peduli pasal benda macam ni. Selamba badak je makan dan minum apa kat peti ais/dapur tanpa mengira siapa punya. Dah kawan tu lari bajet. Tak ke kesian ?


Jadi, lagi elok kalau ada peraturan 'kau guna hak kau, aku guna hak aku'. Macam tu semua menang. Takde la nak gaduh, takde la nak tak puas hati bila housemate. Kan ?


Kalau jadi juga, aku tak tau la kenapa.


Bila aku makan luar dengan kawan-kawan, aku tak offer untuk share makanan/minuman aku. Dan aku takkan minta makanan/minuman mereka. Tapi kalau kawan aku minta juga untuk rasa aku takde hal. Keyword di sini ialah RASA. Apa yang penting, kau kena tak malu la untuk minta sikit dari aku sebab aku takkan tanya sama ada kau nak rasa atau tak.


Selfish ? Ya, memang selfish bila tiba bab benda masuk dalam perut aku. Nak kata aku tak selfish bila bab lain.......entah la. Tak pernah jadi pada aku. Aku tak pernah tinggal dengan orang luar. Selama ni hidup aku hanya berkongsi dengan keluarga. Untuk keluarga, aku takde masalah kongsi barang. Pakaian, beg, kasut, duit. Boleh je kasi pinjam. 


Alah benda kongsi ni benda yang sangat remeh untuk kita gaduhkan/tak puas hati. Sebab, perkongsian perlukan keizinan dari tuan punya. Kalau tuan punya jenis tak suka berkongsi, kau hormatilah pendirian dia. Tak perlu susahkan diri fikir kenapa.


Hidup ni mudah je. Kenapa nak rumitkan ?

Sunday, April 11, 2010

Mimpi lagi lah.

Sigmund Freud cakap, dengan bermimpi kita dapat meluahkan kehendak tanpa sedar yang pada realitinya tak dapat diterima, sama ada oleh diri sendiri atau masyarakat.


Paham dak apa aku cakap ni ? *gelak*


Ingat lagi mimpi tak munasabah aku hari tu ? Kalau tak ingat baca sini.


Malam tadi aku mimpi lagi. Mimpi-mimpi aku memang random. Datang bila aku tak fikir langsung pasal apa yang aku mimpi tu.


Aku keluar dengan kawan aku. Pergi mana aku tak tau. Tapi kitorang pergi naik bas. Oh yes, naik bas. Tapi bukan bas yang kat Malaysia ni la. Tak nak kalah, nak naik bas yang luar negara ja. Huh.


Balik pada cerita mimpi tu. 


Dalam bas tiba-tiba dia buat perkara yang memang aku tak sangka dia akan buat. Aku terkejut. Memang terkejut habis ! Tapi aku layankan saje. *gelak besar* 


Terus aku terbangun. Lepas tu sakit kepala ! Cycle of sleep aku terganggu. 


GRRR !