Tuesday, April 20, 2010

Nak belajar kena ada guru.

Only a life lived for others is worth living

Tu Albert Einstein yang cakap.


Pada aku, maksud ayat tu ada betulnya. Yelah, kita hidup bermasyarakat kan. Bukan seorang je dalam dunia ni. Ada berjuta-juta orang lagi atas muka bumi ni. Bila dah macam tu, nak tak nak, kita kena sesuaikan diri kita untuk hidup harmoni dalam satu masyarakat.


Bukan ke ada pepatah yang berbunyi tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima ? Dua-dua proverb ni tujuan dia satu je. Untuk beritahu kita yang hidup ni sentiasa kena bantu-membantu antara satu sama lain. Bukan kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan hanya fikirkan diri sendiri sampai tak peduli apa orang lain fikir.


Fikirkan diri sendiri dulu memang perlu, tapi pada masa yang sesuai. Ikut keadaan la kan ? Semua benda yang kita buat kena disesuaikan dengan sesuatu. Masa, tempat, orang. Semua kena disesuaikan. Baru harmoni.


Kurangkan 'SAYA' dalam diri kita dan lebihkan 'KAMI'. Sebab kami tu lebih penting dari saya. Kalau kami tiada, saya juga tiada. Semua hidupan di muka bumi ni berkaitan. Macam rantai makanan yang kita belajar semasa sekolah. Kalau populasi helang melebihi tikus, helang yang akan pupus. Sebab sumber makanan tak cukup.


Tu contoh saja. Aku tau helang makan haiwan lain juga selain tikus. Kau fahamkan apa yang nak disampaikan ?


Hidup ni satu perjalanan. Dalam perjalanan tu kita akan belajar banyak perkara. Dalam perjalanan tu juga kita akan jumpa bermacam jenis orang. Dengan pendedahan macam tu kita dapat kumpul pengalaman. Pengalaman yang tak boleh dijual-beli walaupun dikumpul duit banyak mana pun. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. 


Proses pembelajaran dalam hidup ni kita tak boleh tentukan berapa lama. Setiap orang lain masanya. Tak ada siapa yang tahu. Tapi kita akan tahu bila ia tiba. Dalam diri kita akan terdetik 'Ooohhh, macam ni rupanya'. 


Dalam hidup tiada yang pasti.
Tiada fakta yang boleh digunakan untuk menyokong sesuatu.
Tiada hitam putih.


Kalau hidup ni hitam putih, tak meriah sangat la. Takde drama. Takde suspen. Macam duduk dalam kotak.


Sebab apa yang kita belajar dalam hidup ni tak boleh nampak. Bukan ada buku teks mengenai hidup. Semua yang kita belajar melalui trial and error. Kalau sesuatu benda yang kita buat tu salah, kita belajar dari kesilapan tu supaya di kemudian hari tak diulangi benda yang sama.


Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Cuma kita boleh kawal supaya pisang tak berbuah dua kali.


Jangan takut untuk terima pengalaman baru. Mungkin dengan pengalaman tu akan buat kita lebih maju dalam hidup, atau sebaliknya. Kita takkan tahu selagi kita tak mencuba. Hidup ni sekali je. Bukan boleh diulang-ulang.


Kalau kita ada banyak impian, teruskan untuk mencapai semuanya. Sebab kita tak tahu impian mana satu yang akan buat kita rasa hidup ni berbaloi. Kita tak tahu.


Orang yang hidup dalam kotak, atau katak di bawah tempurung, selalunya akan tolak pendapat/'benda' baru yang dia tak tahu. Yang dia tak pernah rasa. Dia takut untuk benarkan 'benda' tu masuk dalam hidup dia. Mungkin takut akan disakiti.


Bagi aku hidup ni terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Selagi masih hidup, cuba benda baru. Kalau tiap-tiap hari lakukan benda sama je sampai jadi rutin, bukankah bosan namanya ? Takde adventure dalam hidup. Takde thrill.


BOSAN.


Takut untuk disakiti memang perkara normal bagi manusia. Cuma kadang-kadang sakit tu membawa kepada kebaikan. Membawa kepada perubahan dalam diri kita. Perubahan yang elok, dan mungkin juga akan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu.


Orang tak rasa kehilangan sampailah dia hilang sesuatu dalam hidup dia.


Tapi masa tu menyesal pun tak guna kan ? Bukan boleh dapat balik. Lagi-lagi kalau yang hilang tu adalah orang yang kita sayang, terutama sekali ibu bapa.


Hilang sekali tiada gantinya lagi.


Pesanan untuk semua dan diri sendiri. Sekian terima kasih.

No comments: