Benda ni common sense. Tak payah ada master, tak payah PhD. Budak sekolah pun tak benda ni. Orang buta huruf pun tau.
Lagipun, sudah terang bersuluhkan lampu lagi. Penat orang KTMB buat tanda tu. Bukan saja nak cantikkan interior tren tu. Bukan saja nak bagi penumpang tengok. Mesti kau baca tanda tu. Mesti kau paham, sebab kalau kau tak paham mesti kau ni dyslexic atau pun bodoh piang.
Kalau tengok luaran ok ja. Baju elok, smart. Kasut pun ok, takde koyak rabak sana sini, tapak kasut masih intact. Beg nampak macam baru. Jadi sudah tentu kau dari golongan terpelajar. At least ada SPM rasanya. Tapi pelik betul kau boleh tengok je perempuan depan kau tu berdiri. Perut dia betul depan mata. Nak kata buncit perut takkan sampai macam gitu sekali besar. Heih...
Pelik betul lah. Mesti pernah tengok iklan Adlin dalam LRT dulu. Mak ayah mesti dah didik dengan nilai-nilai murni. Aplikasikan la dalam kehidupan seharian. Bukan setakat simpan untuk diri sendiri.
Kalau mak buyung tu terjatuh macam mana dengan kandungan dia ? Risiko untuk gugur kandungan tu bukannya 1%. Tu belum kira lagi komplikasi lain. Aiyo dik, aku harap sangatlah kau sedar cepat sikit.
Emotional sikit bila jumpa dengan orang macam ni ! HUH.
1 comment:
Rasanya, kesedaran sivik orang kita ni masih tahap rendah lagi, kak. Sedih betul bila tengok orang perangai macam ni. -__-"
Bukan nak banggakan orang lain tapi jiran kita, Singapore, memang bagus la. Sedap je rasa bila kat sana.
Post a Comment