Saturday, November 27, 2010

Rancangan Memasak #2 dan seterusnya

Malas rasanya nak campuradukkan semua hal dalam satu blog. Benda gembira, sedih, hal kolej, hal aku bosan, hal nak kongsi gambar. Kalau semua campuraduk dalam satu blog aku rasa semak untuk tengok. Kalau aku tuan punya blog semak apa lagi orang yang membaca. Jadi, untuk lebih menyejukkan mata aku memandang aku dah buat satu blog baru khusus untuk aku tulis mengenai projek masak-memasak. 


Maka, Rancangan Memasak #2 dan seterusnya akan bersambung di Bake Or Broke. Tapi aku takkan update post setiap hari. Bila aku masuk dapur barulah aku post dengan hasilnya, okay ? 


B.O.B akan ditulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan aku bercerita. Sebab kebanyakkan resipi yang aku dapat dalam bahasa tu. Jenuh la kalau aku nak translate semuanya. Kalau tak faham boleh buka kamus Dewan Bahasa atau apa-apa jenama kamus yang ada.




Kebetulan pula malam tu kami bertiga pakai jersey United. Cuma berlainan season saja. Gempak kan ? Saja untuk tontonan sempena Manchester United berjaya melayakkan diri ke knockout stage untuk Champions League selepas mengalahkan Rangers hari tu hasil jaringan RudeBoy Rooney.
.

Thursday, November 25, 2010

Malam perempuan keluar berjalan

Semalam ialah hari 'konvokesyen' Abah di CIMB. Majlils dilakukan di Menara Bumiputra Commerce yang terletak bersebelahan dengan Sogo. Hari sebelumnya Mak dah bagitau awal-awal supaya kami ikut sekali bila ambil dia balik kerja sebab lepas tu dia akan hantar Abah ke MBC dan sementara menunggu majlis 'konvo' Abah selesai dapat merayau di Sogo.


Jadi semalam kami merayau dalam Sogo. Bukan shopping pun. Mak cuma nak survey harga untuk set pinggan mangkuk kaca untuk rumah baru kami nanti. Mak dah lama berhajat nak beli satu set pinggan mangkuk baru kerana yang sedia ada sekarang ni dah banyak kurang. 


Majoriti masa dihabiskan di tingkat Living Center. Lepas tengok pinggan mangkuk kami pergi mencari dustbin yang Abah pesan sebelum dia pergi. Dustbin untuk diletakkan di rumah baru. Sedang cari-cari bahagian yang ada display dustbin terjumpa pula baking section. Beratur baking pan semua sebaris. Huih, terbeliak mata aku terus. Mak teruskan perjalanan mencari dustbin sementara aku berlegar di baking section. Rambang mata nak memilih cake tin. Bila aku selesai memilih apa yang aku mahu aku tanyakan pendapat Mak. Dia pandang dan cuma tanya harga. Dah tau harga dia diam dan jalan macam biasa. Bila macam tu tandanya dia okay lah. Tiada sebarang bantahan. Dan aku pun dapat membeli bukan satu, tapi dua cake tin bulat. Satu jenis springform pan dan satu lagi jenis bulat biasa. 


Hobi aku kali ni memang disokong sepenuhnya oleh Mak. Best !


Hajat di hati nak terus membuat non-bake chocolate cheesecake malam tu, tapi semasa kami tiba di supermarket pakcik guard tu kata supermarket dah tutup. Hampa aku tak dapat membeli bahan-bahan. Maka terpaksalah pendam lagi hasrat nak buat cheesecake.


Tapi hari ni untuk mengubat hati kecewa aku buat brownies lagi. Bukan untuk sendiri makan tapi untuk makcik aku. Masa aku buat dulu dia ada rasa dan katanya sedap sebab tak manis sangat. Dia order suruh aku buat untuk dia. Mak aku belikan lagi brownie mix tu dan suruh aku buat. Jadi aku buat lah.


Cuma kali ni aku turunkan sikit suhu oven tu. Pertama kali aku buat bahagian tepi brownie jadi keras dan aku ada bertanya pada sis Rima dari Bisous A Toi kenapa jadi begitu. Sis Rima cadangkan suhu untuk bake brownies ialah 170-175 degree C. 


Brownies yang dihasilkan memang berlainan dari segi teksturnya. Brownies jadi lebih fudgy tapi rasa tetap sama. 




Hujung minggu ni harap Mak ada masa untuk bawa aku pergi beli bahan-bahan. Tak sabar ni nak guna springform pan tu. Resipi dah ada, cake pan dah ada....tinggal bahan-bahan je belum ada. Oh dan skill
.

Monday, November 22, 2010

Tebalkan muka untuk dapat apa kita mahu.

Dulu....masa movie Harry Potter and the Order of Phoenix (ye masih dalam mood Harry Potter lagi) aku pernah masuk contest dari website GSC. Contest tu memerlukan peserta mengumpul seberapa banyak tiket wayang HP dari panggung GSC. Aku ingat lagi hadiahnya ialah merchandise HP macam t-shirt, mug, beg bla bla bla. Aku memang teruja habis bila tengok merchandise tu semua. Jadi aku tanamkan azam untuk menang. Bermulalah pengembaraan aku mengumpul tiket wayang. Hehe.




Pertama kali aku pergi menonton HP5 dengan Amir di GSC One Utama, Gold Class lagi tu ! Saja nak cuba tengok dalam panggung macam tu. Demi HP bayar berapa pun sanggup. Masa tu tengok petang....balik rumah malam tu kawan-kawan masa praktikal kat Lablink pula ajak lepak dan tengok HP5. Aku on saja kalau pasal HP. 




Lepas Amir hantar balik siap-siap mandi kawan aku ambil pergi beli tiket di TGV KLCC. Masa ni aku tak tau lagi pasal contest GSC tu. Jadi aku tak beria-ia sangat.




Beberapa hari lepas hari pertama HP5 keluar baru aku dapat tahu mengenai contest tersebut. Apa lagi. Aku ajak semua kawan aku pergi tengok HP5. Aku pesan pada adik aku dan kawan-kawan dia untuk simpan tiket kalau pergi tengok HP5. Aku war-warkan pada semua kenalan dan kawan aku termasuk kenalan dan kawan adik-adik aku untuk simpan tiket HP5 dari GSC dan beri pada aku. Banyak juga yang aku dapat kumpul. Terima kasih banyak-banyak.


Aku ingat lagi masa aku tengok HP5 dengan Zarifi aku buat benda yang tak pernah dibuat orang. Masa tu di GSC Summit. Selepas aku masuk panggung aku sempat pesan kat satu kumpulan lelaki di barisan belakang kami untuk simpan tiket mereka dan beri pada aku lepas habis movie. Terus ja dia bagi pada aku lepas aku cakap tu ! Memang bagus. Aku pesan juga pada couple yang duduk belah kiri aku. Dia bagi juga tiket ! Aku suruh juga Zarifi pesan pada orang duduk sebelah kanan dia. Dapat juga ! Aku rasa gembira sangat ramai yang sudi membantu. Dalam kepala aku dah terfikir untuk bangun dan bagi satu pengumuman untuk pesan semua orang dalam panggung untuk simpan dan beri aku tiket mereka. Tapi masa aku dah dapat keberanian nak bangun panggung dah gelap. Terpaksa lah aku tunggu sehingga movie tamat.



Tamat je movie aku terus tunggu di pintu keluar panggung. Semua orang aku minta tiket mereka. Ada yang bagi, ada juga yang tak sebab mereka dah tinggalkan dalam panggung. Ikut hati aku nak ja masuk balik dan cari tiket-tiket tu tapi kesian pula fikirkan Zarifi yang macam dah segan-segan kucing tengok aku meminta-minta macam orang minta sedekah. HAHAHA !


Dengan tiket-tiket yang aku dapat kumpul tu semua dapat jugalah aku hadiah. Bukan top 5. Hadiah saguhati ja. Hmmpph ! Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tau jumlah tiket aku tu tak seberapa sangat. 


Kenangan tuuuu ! Aku harap TGV akan buat contest macam ni. Aku rasa seronok sebab dapat pergi tengok HP banyak kali walaupun duit pun banyak keluar. Heh.


Okay siapa belum tengok HP7 lagi ? Aku bersedia untuk teman. 
.

Sunday, November 21, 2010

Tak suka tunggu ! (Amaran: Spoiler HP7 !)

Akhirnya, semalam aku dapat tengok Harry Potter and the Deathly Hallows (HP7) sejak ia ditayangkan pada 17/11/2010. Terima kasih kepada makcik aku kerana tanpa kad kredit beliau, tak dapatlah aku menonton dengan keselesaan maksima dalam panggung. 


Sebelum aku membebel panjang, aku rasa TGV perlu ubah sistem yang lebih baik untuk e-Ticketing mereka. Aku hampir-hampir tak dapat membeli secara online tiket Harry Potter gara-gara sistem e-Ticketing TGV. Okay, kita lupakan sekejap hal tu.


SEKALI LAGI DIINGATKAN KEPADA MEREKA YANG BELUM MENONTON CERITA TERSEBUT DAN TAK MAHU TAHU APA-APA SEBELUM MENONTON DINASIHATKAN TEKAN BUTANG X WARNA MERAH DI HUJUNG ATAS KANAN DI SKRIN ANDA. 


SPOILER ALERT !!


Keseluruhannya aku puas hati dengan HP7. Sangat puas hati, walaupun ada beberapa orang yang cakap ia tak best. Masa HP5 dan HP6 juga perkara yang sama terjadi. Lepas aku tonton memang aku rasa tak best. Tapi untuk HP7 ni aku rasa ia sangat awesome !!


Permulaan cerita memang agak slow. Tapi aku suka sebab dalam buku pun ia diceritakan satu persatu, jadi aku boleh terima ke-slow-an HP7. Kalau diubah aku rasa penonton yang tak baca buku akan jadi sedikit keliru untuk memahami jalan cerita. Satu bintang untuk jalan cerita ! *


Sinematografi untuk HP7 bagi aku, best juga. Semua sudut kamera, pergerakannya, semua aku rasa tak kelam kabut dan membantu menaikkan suasana dan emosi babak-babak tersebut. Dan kebanyakannya lebih kurang seperti apa yang aku bayangkan semasa membaca buku. Jadi aku bagi lagi satu bintang. *


Skrip. Yang ni memang mereka tak boleh nak lari sangat. Tapi ada penambahan dan pengolahan semula dari teks asal dalam buku. Dan tiada penambahan skrip yang membuatkan WTH?! keluar dalam fikiran aku semasa menonton. Lagi satu bintang. *


Emma Watson dah besar dan sangat hot. Enough said. Satu bintang khas untuk Emma Watson. *



HOT HOT HEAT !



Physically perfect !


Ada satu babak yang membuatkan WTH?! keluar dalam kepala aku. Kissing scene Harry dan Hermione. Aku rasa tak perlu ia dilakukan dalam keadaan begitu kerana dalam buku paling lucah sekali pun budak-budak tu comolot. That's it. Bila aku tengok scene dalam movie tu aku rasa seperti mereka desperate sangat nak masukkan elemen SX walaupun sedar cerita ni budak-budak pun akan tonton. 


Cara Hedwig mati memang totally different dari buku. Aku tak suka.


Makam Dumbledore juga tak seperti yang aku bayangkan. Tapi tak put off sangat pasal tu. Apa lagi yang aku tak suka ? Rasanya itu saja. Kalau ada nanti aku tambah lagi. Yang pasti aku lebih banyak suka dari tak suka !


4 setengah bintang untuk HP7 !


Aku rasa nak pergi tengok lagi. Tak kisah lah harga tiket tu. Movie Harry Potter sebelum ni paling kurang aku tengok ialah 3 kali. Jadi sesiapa yang nak pergi boleh ajak aku (kalau sudi). Kalau tak ada hal Insyallah aku boleh turut serta.

.

Gumbira ! Gumbira !

Hari ni adalah salah satu hari dalam hidup aku yang membuatkan aku gembira sepanjang hari. Tidak langsung aku berada belakang tirai hitam. 


Hari bermula perlahan seperti biasa tapi momentum meningkat apabila kami sekeluarga keluar berjalan. Destinasi untuk jalan-jalan petang Sabtu ialah kawasan Ikea/Ikano/Curve. Tujuan utama nak ke Curve tapi dah lama tak pergi Ikea jadi jalan-jalan di Ikea dulu.


Aku teruja sebenarnya nak pergi Ikea sebab aku nak beli kelengkapan untuk hobi terbaru. Mak pula menyokong penuh hobi ni, jadi apa aku nak aku ambil saja. Siap berbincang lagi dengan Mak apa yang perlu diambil (selain dari apa yang aku dah ambil). Memang heaven habis jalan dalam Ikea tu. Memang tak pernah dalam sejarah balik dari Ikea tidak jinjing beg plastik berisi barang. Tak pernah ! Ada saja yang nak dibeli.


Lepas simpan barang dalam kereta, kami teruskan jalan-jalan di Curve. Jalan kat flea market tu, tapi hujan jadi lepak la kat kedai makan Thai, apa entah nama tak ingat. Hujan dah reda kami gerak ke Ikano sebab aku nak singgah Cold Storage. Beli barang. Heheh.


Dah lewat petang baru berangkat pulang. Sampai je rumah aku kemas barang-barang yang dah beli (rajin sebab puas hati dapat barang yang nak). Punyalah teruja sampai game malam ni aku acuh tak acuh je tengok. Masa game United lepas first half aku pergi masuk dapur. Buat apa lagi, baking baking lah. Masa kat Cold Storage aku ternampak kotak Betty Crocker brownie mix tu jadi terliur pula. Lagipun baking section kat situ tak berapa mengancam. Mak cakap nanti pergi kedai baking supplies yang dia bawa makcik aku pergi dulu. Kedai kat area rumah aku pun ada juga, tapi weekday saja buka. Jadi bahan-bahan lain aku tangguh dulu beli.


Maka rasmi sudah aku menggunakan barang-barang yang dibeli di Ikea tadi. Puas hati beb ! Sila nikmati hidangan gambar-gambar di bawah. 


 Olive fried rice

 Kerabu mangga (favourite !)

 Double scoop Baskin Robbin's Choc Chip Cookie Dough + German Chocolate Cake

 Besar dah adik-adik aku ni....

Muka lepas kekenyangan. Alhamdulillah !

.

Tuesday, November 16, 2010

Rawak 3 : Buang sampah merata-rata

Situasi dalam kereta berhenti kerana lampu isyarat warna merah.


Dah sedap sedut puntung rokok tinggal kontot dia petik keluar tingkap kereta. *tik* Puntung rokok kontot tu jatuh atas jalan *pup* dengan bara masih menyala.


Bodoh ! Ikut hati aku nak je bagi dia rasa tapak tangan ni.


Okay, sekarang kita kaji situasi tersebut.


Tak perlu bicara panjang mengenai kesalahan pertama iaitu merokok. 


Kita terus ke kesalahan kedua iaitu membuang sampah merata-rata. Sikap beginilah yang menjadikan negara kita susah nak maju. Mentaliti yang beginilah kita perlu pupuskan. Tengok negara-negara yang maju di luar sana tu, ada negara mereka bersepah dengan puntung rokok di tepi jalan semua ? Sendiri mau ingat la dey. Kau duduk dalam negara ni, tempat hidup dan mungkin mati kau. Kalau sendiri tak jaga takkan rakyat Indonesia pula yang perlu jaga. Akai ada ka ?


Pantang sungguh lah jumpa orang perangai macam tu. Dah la merokok di kawasan awam, buang sampah merata lagi. Orang ada Phd kalau merokok buat perangai macam ni pun sampai mati tak ada respect pada dia. 


Belajar sivik elok-elok dulu na baru hang boleh cakap banyak....
.

Monday, November 15, 2010

Susah susah dahulu, senang senang kemudian.

Seindah suria dah jadi ribut taufan.

Aku syak mereka yang buat tak endah itu kerana mereka membenci. Dan aku tersentuh dengan kebolehan mereka untuk tidak mengendahkan apa yang aku lakukan dan masih nampak seperti malaikat di hadapan khalayak.


Ya, kembali kepada mood depress.


Aku tak minta banyak. Aku cuma minta dorongan dari mereka. Itu pun susah ke nak beri ? Perlu berkira ke ? Bukannya apa yang aku buat tu benda jahat. Itu pun nak merendahkan-rendahkan aku. Salahkah aku untuk bersemangat melakukan sesuatu yang tak pernah aku cuba sebelum ni ?


Kalau nak kata ada masalah cuba kata dengan terang. Ini tidak, masih nak bermuka-muka sambil merendahkan niat aku dengan harapan orang tak nampak masalah tu. HIPOKRIT macam sial. Mereka yang SEPATUTNYA menyokong rupanya menjadi pihak lawan. Mereka yang aku tak jangka pula yang menyokong lebih.


Bangsat sangatkah aku sampai begitu hina semua perbuatan aku ? Bodoh sangatkah aku sampai semua yang aku buat kau perlu pertikaikan kesalahannya ?


Kau bodohkan mereka agar diri kau tak dianggap orang yang riak. Kau bodohkan mereka agar orang tak mengata di belakang kau. Tapi pernah kau terfikir perasaan mereka apabila diperlakukan begitu ? Pernah kau melihat riak muka mereka ketika kau perlakukan mereka begitu ?


PERNAH ?!


Aku tak minta banyak.

Sumpah, aku tak minta banyak.....
.

Sunday, November 14, 2010

Rancangan Memasak #1

Bila tengah lapar dan tiada makanan yang terhidang (ada sebenarnya tapi aku tak in sangat) atas meja aku akan menjalankan OPS GELEDAH dalam dapur. Aku nampak 2 makanan yang memang aku in habis bila lapar (atau bila-bila masa saja).

Pertama,


San Remo Macaroni Cheese


Kedua,


San Remo Spirals


Tapi tiba-tiba aku ternampak pula yang ini.....


Betty Crocker Hershey's Chocolate Chunk


Pulak semalam aku ada pinjam loyang dari makcik. Apa lagi ? Bermulalah episod pertama rancangan memasak bersama Kak Joy. Kenapa Joy pun aku tak paham.

Ikut hati aku nak buat brownies from scratch, tapi brownies mix kat atas tu dah menghampiri tarikh luput jadi aku rasa daripada terbazir macam tu je baik aku gunakan. Bukan susah pun...


Bahan-bahan :
  • Brownie mix
  • 3 tbsp water
  • 3 eggs
  • 1/2 cup vegetable oil
  • Butter (for greasing pan)


Preparations :
  1. Panaskan oven - 180 degree Celcius.
  2. Grease loyang dengan butter untuk pastikan brownie tak melekat pada loyang dan senang untuk dikeluarkan.
  3. Campur brownie mix, air, telur dan minyak sehingga sebati.
  4. Tuang mixture tersebut dalam loyang.
  5. Masukkan loyang dalam oven dan biar selama 25-26 minit. Nak tahu brownie dah siap cuma perlu cucukkan lidi di tengah-tengah loyang dan kalau lidi tu keluar dengan bersih maknanya dah siap !


Senang je kan ? Nah tengok la hasilnya.


Haaa yang hangus sikit kat tepi tu sebab aku terlebih biar dalam oven. Aku setkan masa 35 minit sebenarnya. Tapi masa check lepas 20 minit dah siap bakar rupanya. Saja biar lama sikit dalam oven. Jadi macam tu pulak. First timer tau ni !

Lepas keluarkan dari oven aku biar sejuk sikit lepas tu baru potong. Dan akhirnya jadilah macam ni....


Setelah sekian lama asyik tulis pasal benda depress je, nah sekarang aku bagi benda gembira. Best juga rasa bila baking semua ni. 


Jadi sekarang aku ada 3 projek untuk dilaksanakan.


Projek tahun akhir (yang ni wajib habiskan dan kena buat betul-betul DAN ada dateline!)

Projek 365

Projek Masak


Setakat ni projek tahun akhir dah selesai bahagian pertama. Cuma tinggal untuk sempurnakan lagi kerja-kerja aku untuk bahagian pertama tu iaitu menulis tesis. Erghhh malas betul nak tulis sebab pertamanya aku kena bandingkan dengan jurnal-jurnal lain yang aku malas sungguh nak cari, dan keduanya.....oh tiada sebab kedua. Sebabnya hanya kerana aku MALAS !

Projek 365 ialah projek untuk mengambil satu gambar sehari untuk 365 hari. Aku belum tentukan hari pertama, walaupun sebelum ni aku ada juga ambil gambar. Mungkin esok, mungkin minggu depan....entah. 

Projek Masak aku dah mulakan hari ni dengan Chocolate Brownies. Sekarang aku tengah kumpul resipi untuk dicuba. Tapi kebanyakannya makanan barat, bukan masakan Melayu. Belum ada perasaan lagi nak buat semua tu. Heheh.


Lepas ni aku nak cuba buat brownies tanpa menggunakan brownie mix. Aku dah ada resipi dia. Cuma belum ada masa nak pergi beli bahan-bahan sebab Mak dengan Abah malas nak bawa aku pergi Carrefour. 
.

Saturday, November 13, 2010

Luas pemandangan, jauh perjalanan. Ke terbalik ?

Kadangkala kita perlukan sesuatu untuk mendorong kita untuk bergerak. Macam ayat kat atas tu kira boleh pakai juga kan. Bila pemandangan kita luas mesti timbul perasaan ingin meneroka apa yang dipandang tu. Ini pendapat aku saja. Tak semestinya salah, tak semestinya betul.

Kebelakangan ni aku banyak habiskan masa di Chocolate Chunk. Di sana serupa satu tempat yang beri semangat untuk aku. Salah satu pemberi semangat ialah makanan. Banyak ilham aku dapat. Dan aku dapat rasa lebih kebebasan untuk mengekspresikan diri aku.

Aku memang mudah untuk berasa bosan dan terikat dengan sesuatu. Tidak kira sama ada ia barang atau seseorang. Hakikatnya, aku takkan pernah kekal statik untuk satu jangkamasa lama.

Hubungan serius aku semuanya hanya kekal untuk setahun. Dan pada setiap kali aku mencari alasan untuk meninggalkan hubungan tu. Dan tidak satu pun alasan yang aku cari menuding pada aku. Sejujurnya, aku berasa bosan dengan keadaan. Dan aku lepaskan pada mereka yang tak tahu apa-apa.

Telefon bimbit pula aku tak pernah gunakan lebih daripada 3 tahun. Tapi cuma satu terkecuali. Telefon Sony Ericsson W910i yang aku beli menggunakan duit gaji bulan terakhir semasa aku bekerja sambilan cuti semester 3 bulan dulu. Telefon tu saja yang melekat dengan aku, walaupun aku sudah beralih arah kepada telefon lain. Rasa lain untuk aku lepaskan telefon tu.

Aku risau masa depan nanti. Aku sama seperti orang lain yang impikan sebuah perkahwinan yang berkekalan hingga ke akhir hayat dengan satu-satunya pasangan yang dicintai. 

Kosong. Kosong. Kosong. Satu lubang kosong mendiami diri. Dah cuba dah isikan lubang tu tapi tak lama kemudian ia kembali kosong.

Satu tapak satu masa. Aku yakin dapat isi lubang kosong tu. Sampai masa nanti hilang juga. =)
.

Tuesday, November 9, 2010

Kita pengambil. Itu yang kita buat untuk hidup. Kita ambil.

Dah lama tak pergi tengok wayang, akhirnya ada juga kesempatan untuk pergi. Dan aku rasa sangat gembira !

Jalan cerita memang cliche. Plan plan, rompak rompak, lari lari, member tikam belakang, polis siasat, polis kejar, habis cerita. Tapi bagi cerita ni, uniknya........eh tak ada yang unik. Cuma yang best sinematografi dan pelakon-pelakon yang HOT dan AWESOME. Aku perempuan, biasalah.

Kalau ada sequel harap cepat sikit lah keluar. Kerana cerita ni takkan lekat lama sangat. Mungkin sebelum musim panas tahun depan orang dah mula lupa dan tak berminat lagi. 



Saturday, November 6, 2010

Projek Mega (bukan bangunan 100 tingkat)



Setelah lama sangat dalam mode cuti, tiba saja satu tahap aku akan rasa seperti terperangkap. Aku perlu untuk melihat dunia luar. Hanya perlu duduk dalam kereta, jalankan ia dan nikmati pemandangan berlatarbelakangkan muzik dari corong radio. Ya, aku bukanlah seorang yang terlalu bersosial dengan manusia. 

Bila rasa terperangkap yang diperlukan hanyalah udara dan pemandangan yang berubah-ubah. Tak semestinya perlu disertakan sekali dengan manusia dan perbualan.

Keinginan untuk meneruskan projek tu datang kembali. Aku cuma perlukan dana untuk memastikan projek berjalan lancar. 

Tidak, bukan final year project.

Projek ambil gambar menggunakan anakandaku, Ayano. Gambar-gambar yang diambil akan dipaparkan di dinding bilik aku tak lama lagi. Maka, dengan ini Abah dapat menjimatkan wang dan tak perlu membeli wallpaper untuk menampal dinding putih yang suci lagi bersih itu.

Namun, projek ini hanya akan berjalan sekiranya aku dapat kelulusan daripada MBF (Mak Bapak Fnance) untuk membeli Diana 35mm back yang berharga RM195 (tidak termasuk caj penghantaran).

Doakan.
.

Thursday, November 4, 2010

Kalau bosan kita isi masa dengan benda berfaedah (ke?).

Baru beberapa bulan aku tukar layout blog ni tapi aku dah mula rasa mual tengok. Aku tukar sikit lah background dengan header tu. Kasi fresh sikit rupa.

Oleh kerana aku ada banyak masa terluang, aku dah buat akaun Tumblr. Di situ adalah tempat untuk aku melihat benda-benda yang boleh membawa kegembiraan dan aku kongsi dengan followers (kalau ada yang sudi). Nanti kalau dah mula kelas tak tahu la sama ada boleh update lagi ke tak. Harap aku dapat luangkan sikit masa untuk tengok benda-benda yang happy. Asyik nak depress je tak sihat pula kan ?

Jadi, kalau kamu sudi untuk melihat sila klik Chocolate Chunk
.

9 Bulan Pertama.



Siapalah kita jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang telah melalui fasa ni. Walau apapun yang kita buat takkan dapat dikira sama taraf dengan mereka. Mereka yang pertama dan akan kekal pertama sehingga akhir zaman.

Aku rasa video ni sangat sesuai ditontoni oleh anak-anak yang buat salah kepada ibu mereka. Lepas tengok video ni mesti ego mereka runtuh dan mereka akan sedar bahawa tiada apa yang penting dalam dunia ni melainkan ibu kita.

Cuma kadang-kadang untuk menzahirkan perasaan tersebut sangat susah kerana tak pernah di didik untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata. Mungkin tak terlewat lagi untuk belajar. Hmmm...

Setiap kali aku tengok video macam ni memang takkan gagal untuk menjatuhkan airmata. Kalau nak tengok aku menangis tunjuk je lah video yang macam ni. Confirm !

Aku sangat kagum dengan kuasa Allah. Dari sperma dan ovum yang tak nampak dengan mata kasar, akhirannya ialah seorang bayi. Satu nyawa yang dihasilkan daripada gabungan genetik dan darah daging kita sendiri. Anugerah yang Dia amanahkan pada ibubapa untuk menjaga dan mencorak dengan sebaiknya.
.

Monday, November 1, 2010

Jalan memori

Dahulu, apa yang kau katakan semuanya aku bantah. Apa yang kau lakukan semuanya aku benci. Pendek kata, segala-galanya tentang kau aku menyampah.

Kita selalu tidak sependapat tentang semua perkara. Terutama sekali pendapat kau. Walaupun dalam hati aku mengakui kebenaran pendapat kau, namun aku tetap membangkang hanya kerana kau menyuarakan pendapat itu. Yang pasti, aku hanya mahu kau kelihatan seperti orang bodoh.

Namun, kita tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi aku tahu kau menyimpan dendam terhadap aku. Kau simpan segalanya yang kau rasakan. Semua kau kumpulkan dan kau biar hati dan perasaan kau ditoreh oleh mereka yang mengaku menyayangi kau. Di dalam, diri kau berdarah dan luka itu hanya dibiarkan menjadi parut.

Walaupun hubungan kita tidak selalunya cerah, kau tetap cuba untuk menggembirakan aku. Aku masih ingat hadiah hari jadi yang kau belikan. Dan kerana hadiah tu, setiap tahun aku cuba untuk membuat sesuatu istimewa untuk hari jadi kau, kerana aku sangat terharu dengan pemberian kau walaupun kita seperti anjing dan kucing.

Tidak terlintas di fikiran sesiapa pun bahawa satu hari nanti kau tak sanggup lagi untuk menahan semua perasaan yang kau pendam selama ini. Sejujurnya, aku memang tidak mengambil peduli langsung mengenai diri kau sehingga aku sedar ia sudah terlewat. Dan pada masa itu, diri aku tidak cukup kuat untuk mula dari awal.

Aku mungkin boleh dianggap lebih bertuah dari diri kau yang selalu keseorangan tanpa teman untuk berbicara. Kau membawa diri di luar sana mencari mereka yang boleh mengisi kekosongan. Siapa tahu, mereka yang kau anggap pengisi kekosongan itu telah mengkhianati kepercayaan kau.

Kalau boleh diulang semula, hanya satu yang akan aku betulkan. 
.

Cakap bye itu menyedihkan

Dalam Bahasa Inggeris kita sebut sad, bukan pathetic okay kawan-kawan.

Aku dapat rasakan dunia aku akan hancur dan hidup tidak bermakna lagi jika aku kehilangan salah seorang daripada mereka yang membawa aku ke dunia ni. Serius. Kalau Mak atau Abah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya aku pasti aku takkan dapat bersendirian buat seketika. Walaupun untuk ke tandas.

Selain daripada kenyataan bahawa kedua-dua mereka adalah orang terpenting dalam hidup aku, aku juga tak boleh terima perpisahan. Aku tak suka perpisahan. Aku tak suka berpisah. Aku tak suka dipisahkan.

Dalam setiap cerita yang aku tengok, semua adegan orang berpisah/terpisah aku akan merasakan satu kekosongan dalam diri. Tak kisah lah jika situasi adegan tu memang tak logik atau tiada kena mengena langsung dengan diri aku. Kekosongan tu akan tetap hadir. Pasti hadir. Dan aku akan terganggu buat beberapa ketika sehingga kekosongan tu terisi dengan perkara-perkara yang menyatukan umat manusia. Contohnya, kawan-kawan berkumpul dan berborak, sesi gurau senda bersama keluarga/sahabat, movie best ada kat HBO/Star Movies. 

Aku juga tak suka untuk mengakhirkan satu outing bersama kawan-kawan. Setelah seronok bergembira dan berbual dengan gelak ketawa (atau cacian manja), aku sangat benci untuk balik ke rumah. Okay, keadaan ni hanya berlaku bila aku bersama kawan-kawan yang boleh dipanggil kawan dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Mungkin keadaan ni tergolong dalam salah satu kategori penyakit yang hanya boleh didiagnos oleh seorang pakar terapi/psikologi, tapi aku hanya perlu meluahkan pada seseorang.....atau sesuatu. 

Supaya apabila aku betul-betul kehilangan Mak atau Abah akan ada seseorang untuk menjaga aku untuk tidak berasa keseorangan dari segi emosi.
.