Gambar hiasan
Sebagai wanita kita sebenarnya yang menentukan hala tuju generasi masa depan macam mana perangai mereka. Kerana setiap permulaan sesuatu generasi adalah daripada generasi lama. Dan jika generasi lama itu betul tindak tanduknya maka, tidak mustahil ia akan terpancar dari tindak tanduk generasi seterusnya.
Isi utama di sini, jika ibu betul-betul mendidik anak mereka dengan cara yang berkesan maka, anak-anak mereka tidak akan menyimpang dari garis panduan yang ada.
Okay mungkin senang untuk kita cakap. Tapi realitinya tidak seindah dan semudah yang disangkakan.
Seorang ibu adalah manusia yang berkuasa sekali dalam sesuatu institusi kekeluargaan. Tanpa ibu, tak mungkin si ayah dapat fokus semasa bekerja di luar rumah. Tanpa ibu, kebajikan si ayah dan anak-anak takkan terpelihara sepenuhnya.
Ibu adalah wanita. Wanita mempunyai tarikan yang paling kuat dan paling menarik, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Di dunia wanita mampu membuatkan lelaki tertarik untuk memandang. Lumrah manusia, mahu memandang yang cantik. Di akhirat wanita mampu membuatkan kaum Adam terjerumus ke dalam neraka. Bagi si suami, sang isteri akan menarik beliau apabila sang isteri tidak taat dan melanggar perintah si suami. Bagi si ayah, sang isteri dan anak-anak perempuan mampu menarik beliau apabila aurat tidak dijaga dihadapan lelaki bukan mahram. Begitu juga dengan si adik-beradik lelaki serta pakcik. Dosa yang dilakukan oleh seorang wanita sekurang-kurangnya akan menarik seorang lelaki ke dalam neraka.
Renungkan betapa berkuasa seorang wanita itu.
Dalam hal ni si ibu memainkan peranan paling penting dalam mendidik anak-anak. Bagi anak lelaki si ibu perlu memastikan anaknya diajar cara-cara menghormati wanita dengan betul dan didik beliau cara memimpin keluarga di dunia dan akhirat. Bagi anak perempuan, si ibu perlu mengajar mengenai maruah seorang perempuan yang begitu berharga dan didik mereka cara mentaati seorang ketua keluarga.
Jika seorang ibu telah melakukan tugas dengan baik mendidik anak lelakinya, tidak mustahil anak lelakinya itu mampu untuk membimbing keluarganya di kemudian hari di atas landasan yang betul.
Jika seorang ibu telah melakukan tugas dengan baik mendidik anak perempuannya, tidak mustahil anak perempuannya mampu menjaga keharmonian rumahtangga beliau dan mendidik anak-anak beliau sebagaimana yang dilakukan ibunya.
Tetapi untuk si ibu mendidik anaknya dengan baik beliau memerlukan kerjasama daripada si ayah. Sebagai ketua keluarga si ayah bekerja untuk memberi nafkah kepada keluarga beliau. Tetapi itu tidak memberikan beliau kebebasan untuk lepas daripada tanggungjawab mendidik anak-anak. Dalam tugas mendidik anak, si ayah hanya bertindak sebagai pembantu kerana (seeloknya) si ibu meluangkan lebih masa bersama anak-anak di rumah. Itu yang sepatutnya.
Sekali lagi, ia tidak semudah yang disangka. Atas kertas semua nampak mudah, tapi untuk menjayakan sesuatu perkara dalam dunia sebenar adalah sebaliknya. Zaman sekarang sukar untuk seorang wanita menjadi suri sepenuh masa dek kerana tekanan keadaan yang memerlukan wanita itu bekerja untuk membantu sang suami mencari rezeki untuk keluarga. Dan sedikit sebanyak ia memberi lebih tekanan kepada wanita untuk menjalankan tanggungjawab beliau dengan tahap kualiti yang tinggi.
Berat tanggungjawab menjadi ibu. Tapi aku rasa itulah pekerjaan yang paling mulia dalam dunia. Seburuk mana pun seorang ibu di mata anaknya beliau tetap ibu yang mengandungkan dan melahirkan beliau ke dunia ini.
Mungkin aku tak mengerti lagi segala tindakan Mak selagi aku tak bergelar ibu, tapi dalam hati aku tahu yang tiada siapa pun boleh menggantikan kehadiran Mak.
Aku pilih untuk terima seadanya walaupun kadang-kadang berbisa.
Sekian.
.
4 comments:
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu – P.Ramlee
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
:P
M.. U H....
Tak paham. Sekian.
Post a Comment