Tuesday, October 12, 2010

Dunia dan Akhirat saling berhubung

Dalam beberapa tahun kebelakangan ni aku hanya ada dua impian/cita-cita/keinginan, apa saja nama yang kau gelarkan lah.

Pertama,
Aku mahu jumpa seorang lelaki yang boleh membimbing aku di dunia dan di akhirat. Seorang yang biasa-biasa tapi luarbiasa pengetahuan agamanya.

Kedua,
Aku mahu dikurniakan zuriat selepas impian pertama tercapai. Tak kisah sedikit atau ramai.

Mudah tapi susah. Mudah untuk diimpikan tetapi susah untuk dapat jika tidak disertakan dengan usaha yang setimpal.

Susah untuk mengimbangkan duniawi dan akhirat. Susah bagi yang tidak kuat iman. Susah bagi yang cetek ilmu agama. Susah, susah dan susah. Tuhan bagi jalan yang luas untuk kita menikmati kehidupan di muka bumi. Luas dan lurus. Terpulang pada kita bagaimana mahu membentuknya. Cuma satu permintaan Tuhan selepas Dia berikan kita nyawa. Jangan lupa Dia dalam setiap nafas dan setiap pergerakan kita. Jangan lupakan Dia. Mudah sekali permintaan Dia. Mengapa begitu susah untuk kita kabulkan ?

Semalam HBO tunjuk cerita I Love You, Man. Kadang-kadang aku pernah rasa apa yang Peter rasakan. Dan bila sampai masanya aku harap ketika tu aku ada seorang kawan untuk dipilih menjadi yang kedua penting. Aku bukan seperti Peter yang hidupnya sentiasa berpasangan. Aku ialah Peter yang tiada kawan yang rapat, memahami dan boleh ngam dalam keadaan susah atau senang.

Aku ada beberapa kawan yang memang aku boleh menjadi diri sendiri. Dan aku suka bila kami dapat berkumpul. Tapi pergaulan kami terbatas. Agak susah untuk aku bila aku perlu menurunkan kadar sympathetic nervous system activation.

Dan satu-satunya kawan yang aku boleh ngam ketika susah dan senang telah hilang tanpa sebarang khabar berita. Walaupun dia mempunyai banyak kekurangan tapi aku tetap boleh terima dia seadanya. Cuma keadaan yang memisahkan kami.
.

No comments: