Dari awal aku perhati semuanya biasa sahaja. Tiada yang terlalu menarik dan tiada pula yang jelik. Aku lihat sebagaimana aku melihat mereka yang lain.
Segala perbuatan kecil memberi impak besar pada sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan seseorang. Apa yang kau buat, walaupun hanya mengungkapkan satu perkataan, boleh menghakis sedikit dinding tebal yang ada selama ni. Bahayanya, apabila dinding tersebut terhakis akan ada satu jurang di antara dua bahagian yang menampakkan kelemahan kedua-duanya. Maka, senang untuk menundukkan pihak lawan sama ada mereka bersedia atau tidak.
Segala tindak-tanduk menunjukkan apa yang dirasakan. Gerak hati manusia seharusnya dipercayai. Bila mana ianya merasakan sesuatu bermaksud betullah ia. Dan kadangkala berada di pihak yang benar tidak seindah suria yang memancar cahaya. Kerana yang betul tu tak semestinya apa yang kau mahu !
Namun masih lagi belum pasti. Yang penting sekarang hanya perlu menjauhkan diri dan tak melakukan perbuatan bodoh yang akan membawa kepada kehancuran.
Sekian.
.
2 comments:
now i'm curious -.-
Curiousity is good for mental health. :D
Post a Comment