Setiap perkara memerlukan pembuka dan penutup. Permulaan dan pengakhiran. Mula dan berhenti. Tanpa pembuka dan penutup ibarat kau menulis karangan yang tidak lengkap. Karangan yang akan ditulis 'Jumpa saya !' dengan dakwat merah di bahagian bawah mukasurat.
Jika sesuatu tidak dimulakan dengan betul maka, akhirnya juga tidak akan ada. Jika akhirnya tiada apatah lagi pertengahan. Tak lengkap. Ibarat membina sebuah rumah, asasnya perlu ada sebelum dapat dibina dinding dan dipasang bumbung. Asas tiada, rumah pun tiada.
Semua dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita diharuskan mengucap salam sebelum memulakan perbualan, bukan semasa berbual. Bukankah janggal jika di pertengahan perbualan baru diucapkan salam ? Doa dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmanirrahim dan diakhiri dengan Amin ya rabbal alamin.
Apabila melakukan sesuatu adakan satu permulaan dan pengakhiran. Mulakan hari, mulakan perbualan dengan ucap selamat dan akhirinya dengan ucap selamat dan mungkin bagi sesiapa yang terlebih mesra boleh diselit dengan terima kasih.
Jumpa kenalan/rakan/sahabat, cakap good morning, hello, hi, hey ho, let's go ke. Atau memadai dengan sekadar senyuman atau lambaian mesra. Kan lebih sopan daripada datang dengan muka masam atau muka buat tak tahu. Seperti kau tidak meng-'acknowledge' akan kehadiran orang tersebut.
Percayalah, benda-benda remeh dan kecil seperti ni yang membuatkan orang rasa lebih dihargai.
Atau mungkin itu pada aku saja ?
.
2 comments:
betul tu kalau jumpa rakan , sahabat, kenalan sekurang-kurangnya kita menyapa mereka ...baru mereka rasa senang hati,
tapi sapaan yang iklas dari hati untuk rakan ,,kenalan ,,,sahabat yang sebenar .........
tapi kalau jumpa mereka yang bukan kita atau mereka anggap kawan ..etc ..sebenar keiklasan tu takkan timbul...
dalam sesetengah keadaan kalau terpaksa ..atau punya kepentinggan munkin kita akan menyapa dalam terpaksa tanpa keiklasan.....
untuk menjadi seseorang yang berpura-pura bagi sesetengah orang adalah sesuatu yang sukar
kecuali keadaan mendesak. :)
Betul tu. Tapi kalau tak ada sapaan pun memadai lah dengan senyuman. Tak rugi pun.
Post a Comment