Friday, July 2, 2010

Caca marba perasaan (ada ke ?)


Makanan banyak oi sebenarnya !


Sebagai ganjaran kepada para senior MLS di salah sebuah universiti tempatan, kami anjurkan barbeku (agak pelik eja dalam BM) untuk meraikan hari terakhir para senior sebagai pelajar sepenuh masa. Hari tersebut berlalu dengan begitu pantas dan penuh tekanan disebabkan oleh seseorang yang bersifat kejam dan sangat mementingkan diri sendiri. Oleh itu, kami, para senior mencuba sedaya upaya untuk berseronok di hari tersebut walaupun bergelumang dengan perasaan bercampur-baur di antara gembira, teruja dan MARAH. 


Walaubagaimanapun, pesta barbeku tersebut berjalan dengan jayanya hasil kepakaran para senior dalam menyediakan juadah hangit. Juadah utama ialah spageti, ayam barbeku hangit dan juga kentang hangit. Juadah sampingan termasuklah nuget, kek coklat dan jajan. Dan sebagai pencuci mulut, tembikai disediakan. Oh, barbeku ini diadakan di lokasi sekitar Shah Alam atau lebih spesifik, di Tasik Raja Lumu yang terletak berhampiran pusat membeli-belah Plaza Alam Sentral. Kami pulang dengan perut kenyang dan hati girang. =D


Malangnya, tidak semua senior dapat menghadirkan diri. Di mana ia sangat saks (terpaksa me-MELAYU-kan ejaan kerana tak dapat cari kata ganti yang sesuai) kerana saya sangat berharap untuk mengumpulkan semua senior pada hari tersebut. Bagi saya, hari tersebut tidak sempurna.


Bila saya ke depan, saya mahu satu kumpulan ke depan. Bila saya pergi bersuka-ria, saya mahu satu kumpulan pergi. tapi bila saya tertinggal di belakang saya tidak mahu sesiapa pun dalam kumpulan menunggu, walaupun saya akan menangis sendirian.


=)

4 comments:

top_ace7 said...

ohh. aku lupa nak bagi resipi barbeku itu. bz sgt mungkin. sorry ! HAHA.

AZ said...

Takpe. In the end kitorang beli ayam dah siap marinate kat tesco. ;p

top_ace7 said...

macam ni lah org yg bekerjaya. semuanya lupa. hahaha.

ada ke jual ayam marinate? macam pelik je. tak basi ke?

AZ said...

Ada lah. Nak basi kenapa pulak ? Beli terus panggang. Macam-macam perisa ada jual. Masala, black pepper. Sedap !