Thursday, August 26, 2010

Kau dah kenapa ?

Bila orang cakap buruk secara berdepan aku senyum sambil mengiakan apa yang diperkatakan, jika ia benar. Masa tu aku takkan rasa macam kena batang hidung. Rasa macam kena sipi-sipi je kat muka. Tapi bila aku dah berseorangan dan ditinggalkan dengan kata-kata tersebut terngiang-ngiang dalam kepala, kelenjar airmata dengan secara semulajadinya akan merembeskan cecair dan seterusnya cecair tersebut akan mengalir membasahi pipi kerana masa tu lah batang hidung aku akan rasa sakit.


Ya, semua manusia tak sempurna. Aku tak terkecuali. Majoriti kenalan akan cakap aku ni sombong. Bagi mereka yang aku baru kenal, tak mudah bagi aku untuk berbicara/berbual seperti aku berbual dengan kawan yang dah lama kenal dan selalu jumpa. Mungkin juga aku takkan bercakap dengan orang asing. Ini kelemahan aku. Bukan saja orang yang tak (dan baru) kenal, tapi kawan pun ramai yang mengatakan begitu.


Kadang-kadang perkara kecil dan remeh dah cukup untuk mengguris perasaan. Walaupun pada kita ia kecil, namun pada orang di sebelah sana menganggap ianya besar. Bila perkara kecil dibesarkan ia mengundang bencana. Maka, seeloknya yang kecil itulah kita hapuskan sebelum ia membesar dan membentuk satu ruang yang tidak mampu ditutup. Masa tu, segala usaha untuk menutup ruang tersebut sia-sia saja.


Rasa macam nak kembali masuk belakang tirai hitam.
.

No comments: