Aku faham betapa susahnya untuk mencari duit bagi menyara keluarga. Aku faham keperitan mengeluarkan kudrat dan menitiskan peluh untuk meng-asapkan dapur kat rumah tu dan pastikan keluarga kau sihat walafiat dan cukup makan minum tanpa perlu rasa kebulur macam kanak-kanak di negara ________ (isi tempat kosong).
Walaupun duit susah nak cari tapi kadang kadang duit tu tak penting. Ada benda yang kita keluarkan duit kita rasa berbaloi.
Dan ada benda yang kita rasa tidak. Tapi hati meronta-ronta untuk keluarkan duit. Akhirnya, duit keluar dan hati puas.
Ada juga benda yang memang kita tak rasa berbaloi keluarkan duit dan hati tak puas. Kes macam ni yang parah sikit. Sebab sampai mati kita akan ingat benda ni dan akan ungkit bila masalah kewangan timbul.
Ada ketika aku memang berharap aku tak dilahirkan ke dunia ni. Kalau aku tak ada kurang sikit beban mak dan abah.
Kurang duit dibelanjakan.
Kurang masalah untuk difikirkan.
Lebih kasih sayang dan perhatian untuk abang dan adik-adik aku.
Terutama sekali bahagian duit tu.
Macam aku cakap tadi. Aku faham ayah aku penat bekerja untuk sempurnakan hajat anak-anak. Sampai kadang-kadang dia lupakan hajat dia. Pada dia, biarlah dia tak ada baju baru asalkan anak-anak dapat beli apa yang dihajati.
Pernah sekali aku gunakan duit abah untuk perkara yang tak sepatutnya. Sekali tu je aku guna BANYAK duit dia dan akhirnya tak mendatangkan hasil langsung. Dan sampai saat ni abah masih ingat.
Aku menyesal ikut kata-kata orang yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Tapi aku mengaku, aku mengikut kata mereka dek kerana termakan dengan perhatian yang diberikan. Aku ikut kata hati aku yang naif. Aku dapat jumpa semula kawan-kawan lama. Aku jumpa kawan-kawan baru.
Aku DEGIL.
Sesal kemudian tidak berguna.
Semua duit yang dah dibelanjakan untuk aku tak mungkin dapat bayar balik. Biarpun jika satu hari nanti aku menjadi seorang juta/hartawan. Jasa tak payah cakap la. Dah tentu aku tak terbayar. Sampai aku masuk syurga/neraka pun aku tetap hutang.
Aku bukanlah anak yang bijak seperti Nur Amalina, jauh sekali cantik macam Camelia. Apa aku nak guna untuk banggakan mak abah ?
Maaf...
3 comments:
Tak bijak tapi pandai, tak cantik tapi sweet. Dont think too much Miss Buat Cerita. Life have a way of balancing out. Have faith.
thank you, anon, for the comment. :)
nak jugak tau siapa so i can give proper thanks. but it's ok. segan kot nak reveal.
terima kasih kak. kata-kata akak memang bagi semangat kat saya. syukur saya kita dipertemukan. alhamdulillah. kadang kadang emosi jadi down sangat and terlupa nak bersyukur. nasib ada orang yang masih sanggup nak tarik saya balik ke jalan benar. kalau takde orang macam akak ngan kawan kawan lain mungkin saya dah hanyut dalam dunia sendiri.
terima kasih kak.
Post a Comment