Thursday, January 28, 2010

Cerita zaman sekarang.

Lepas layan A7X, kepala aku rasa ringan sikit untuk menulis. Hari ni memang penat. Ditambah dengan aku tak cukup tidur sebab berjaga pukul 4 sampai 6 tengok United vs Manchester City.


Nasib baik menang oh. Berbaloi sikit pengorbanan tidur aku tuh. We're going to Wembley !


Wembley, Wembley, we're the famous Man United and we're going to Wembley ~


Ni la Wembley Stadium. Lagi satu stadium yang tak dapat dipisahkan dengan United. ;D


Selingan kejap.


Harapan menggunung pagi tu untuk segalanya berjalan lancar dan tanpa sekatan. Walaupun aku tau jauh di lubuk hati ianya tak mungkin, tapi ku harapkan juga. Harapan hanya tinggal harapan.


Saat itulah mulanya otak aku merasakan ruang di dalam tempurung kepala ni sangat sempit. Ditambah dengan meningkatnya intraocular pressure, kepala ni seolah-olah mahu meletup ! Dan kelakuan manusia-manusia yang susah nak membuat keputusan di saat genting tidak membantu emosi aku untuk terus berada dalam keadaan stabil.


Aku tak faham.


Soalan mudah. Tak perlu menggunakan formula algebra, mahupun perlukan statistik dikira.



Hanya perlu jawab, YA atau TIDAK.


Akhirnya, emosi menguasai diri. Kata-kata yang tidak boleh ditarik balik dikeluarkan. Mangsa keadaan menerima padah.


Aku hanya perlukan maafku diterima.


Dan, kelakuanku dilupakan......


@@@


Proses pembesaran, dari tadika sehingga sekolah menengah, aku dikelilingi oleh pelbagai kaum dan berlandaskan agama yang berlainan. Cina, India, Kristian dan Buddha majoritinya. Bangsa dan agama lain-lain pun ada sekali, tapi aku tak tau pulak apa nak namakan (sebab aku tak pernah tanya).


My point is, I've grown in a harmonious multi(racial+religion) environment. And I'd like to keep it that way till the day the world ends.


Gambar hiasan


Jadi janganlah pergi rumah ibadah agama lain, main letup-letupkan atau letak kepala babi !!!

No comments: