Thursday, April 30, 2009

Khamis, 30 April 2009 (2)

Sekarang aku tengah kebingungan.

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pasal nama aku. Tapi, dua tiga hari lepas aku dengan secara tiba-tiba terfikir nama aku.

Kenapa nama aku Azlina ?

Kenapa Azlina ?

Azlina. Azlina. Azlina. Apa ada pada Azlina ?

Sampaikan aku menyebut nama aku kuat-kuat. Dan bila aku sebut datang satu perasaan yang sangat aneh. Aneh kepada nama tu. Maksud aku, nama tersebut yang telah menjadi identiti aku selama 23 tahun, adalah satu nama asing bagi aku. Aku tak kenal nama tu. Aku tak kenal tuan punya nama tersebut. Aku tak suka perasaan tu.

Dan selama ni juga aku tak pernah tau maksud di sebalik nama aku. Aku pernah tanya Mak apa maksud Azlina tu, tapi aku lupa lah dia jawab ke tak. Aku rasa tak jawab kot. Sebab aku tak ingat apa jawapan dia. Jadi, tadi aku tanya Pak Cik Google apa maksud nama aku. Malang sungguh jawapan yang diberikan. Semua jawapan Pak Cik Google bagi berkenaan dengan Azlina Jelani @ Lina Joy. Alah, perempuan Islam yang murtad tu lah. Aku rasa aku dah click butang next tu dah puluh-puluh kali. Tetap juga keluar nama perempuan tu.

Berdasarkan apa yang aku tengok, ramai juga yang tak tau maksud Azlina ni. Ada satu website tu dia letak entri pasal pengertian nama-nama Islam. Teka lah berapa komen entri tu.

500 ++ beb !

Semua tanya apa maksud nama yang mereka nak berikan kepada anak/cucu/sedara-mara/sepupu sepapat. Banyak juga lah aku tengok nama pelik-pelik yang keluar. Berpinar mata aku baca komen. Ada juga yang tanya berkenaan nama Azlina, tapi tuan punya blog tak dapat jawab daaa. Hampa aku. :(

Jadi sekarang, kepada semua pembaca-pembaca yang budiman, kalau korang tau maksud nama Azlina, sila lah letak di ruangan komen yee.

Untuk pengetahuan, nama aku ditulis dengan 'ain dan bukan alif. Harap maklum. :)

Oh, apa yang aku dapat mengenai personaliti di sebalik nama. Tengok lah kat bawah ni.



You Are Bold and Fearless



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



Kebanyakan memang betul. TIPU.

Ok lah. Memang semua betul pun ! Arghh. Cekik juga budak ni kang.

Khamis, 30 April 2009

Yeay ! Ada layout baru. Yeay, yeay !

Diam lah budak kecik ! Dush dush dush, hiyaaa !!!

Aku ada layout baru. Heehee. Saja je rasa nak tukar. Dah bosan dengan layout sebelum ni. Layout kali ni aku pilih sebab ia berwarna merah. Merah kan warna feveret aku. :D

Nikmatilah layout terbaru daripada ku. (Walaupun sebenarnya aku download je dari website) Nak tau siapa yang mereka layout ni ? Scroll sampai bawah. Mesti ada tulis. Oh, dan untuk layout kali ni aku sertakan sekali link untuk komen-komen bernas daripada pembaca. Jadi apalagas, dah reti baca reti lah tinggalkan komen ! (sambil cekak pinggang dan buat muka bengis)

Yang leceh tukar layout ni sebab aku kene letak balik blogroll tu semua. Nanti lah aku update kan. Sekarang aku nak pergi baca balik nota-nota Toxicology. Sabtu ni examnya. Doakan kejayaan aku menjawab soalan. Amin. :D


Mata aimashou !

Buah oren yang sedang dikupas.

Tora datang lagiiii !! Dengan permainan baru.


Korang ingat lagi tak iklan tu ? Dulu aku selalu beli benda alah tu untuk dapatkan permainan yang merepek-merepek tu. Heehee. Fikir balik macam rugi pula duit Abah. Yelah, aku beli pun sebab nak permainan tu je. Biskut bersalut coklat bulat-bulat tu bukannya aku makan pun. Tak sedappp ! Wekk. Permainan tu pula bertahan beberapa hari je. Lepas tu masuk tong sampah. :p

Tora tu pesanan penaja je. Entri kali ni aku nak ceritakan pasal benda/orang/peristiwa lama. Dalam erti kata lain, perkara yang telah berlaku.

Aku tengah mental block sekarang. Lupa apa aku nak tulis.

Ha ! (keluar mentol berwarna kuning kat tepi kiri kepala)

Aku mendapat panggilan daripada orang yang dah lama aku lupakan. Ok, aku tipu. Orang yang dah lama aku cuba untuk lupakan. Jadi, bila dia telefon aku terkesima seketika. Otak aku memang kosong kecuali flashback dalam kepala aku ni. Untuk pengetahuan korang, aku belum jawab lagi panggilan dia. Aku tarik nafas panjang-panjang dan menjawab, "Hello..".

Ingat lagi ke siapa ni ?

Mesti lah ingat.

Macam mana boleh ingat ?

Sebab cam suara lah.

Kenal ke ?

Kenal lah.

Kenal rapat ke ?

Errrrr.....boleh lah.

Selepas tu, bermula lah sesi mengenang semula. Aku benci. Aku benci bila orang mengeksploitasi keadaan dan membuat aku kelihatan seperti orang bodoh. Tak suka, tak suka tak suka ! (sambil menunjuk ke arah dinding yang dicat guna cat antibakteria)

Orang lama lagi bagus. Lebih memahami.
Kalau yang lama lebih memahami, kenapa dia jadi lama ?
Emmmm....

YES. Aku berjaya menyerang balas !

Panggilan telefon tersebut ditamatkan dengan rasa ragu-ragu. Kenapa ? Sebab dalam perbualan tu seperti ada udang di sebalik mee kari kat kedai Kak Pah (bukan kedai sebenar). Aku bingung seketika. Dan selepas perbualan yang membingungkan tu, aku jadi hilang mood. Apa yang dibuat semua serba tak kena. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

KANTOI TAK MANDI ! Mana ada orang mandi tak basah.

Diam lah kau !!

Aku jadi teringat balik kenapa, mengapa, bagaimana. Malangnya, aku tak dapat jumpa jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Nak ditanya, ego aku masih dikategorikan sebagai toxic dose.

Tak apa lah. Lain kali je kita kupas lagi buah oren ni.


Mata aimashou !

Monday, April 27, 2009

Soalan bocor ke ??

Kemungkinan soalan Basic Pharmacology esok :

1. Pelajar yang masih tinggal di Akademi untuk minggu ke-8.
  • Yazid
  • Hafiz
  • Aishah
  • Claudia
  • Aril
2. Lagu tugasan untuk minggu ke-8.
  • What Time Is It
  • Slot Akasia
  • Terima Kasih Cinta
  • Gives You Hell
  • Breathing
Soalan esei pula..

1. Senaraikan tenaga-tenaga pengajar yang berada di dalam Akademi.
2. Terangkan persembahan Yazid pada konsert minggu ke-7.

Kahkahkahkahkah.

Di saat aku sepatutnya membaca nota-nota Pharmaco, di sini pula aku berada dan juga di depan TV. Ngeee...

Sejujurnya, aku dah malas lah nak baca. Aku berserah je lah. Malasssssssssss !

Sunday, April 26, 2009

Hari kedua.

Yatta !

Aku sangat gembira sebab aku berjaya menjawab kertas Japanese I dengan jayanya. :D :D Rasa-rasa boleh dapat markah penuh ke ? Hmm, berlagaknya budak ni. Anak sapa lah ni. HUH.

Sekarang cabaran yang sebenarnya akan bermula. Selasa nanti Pharmaco. Jadi malam ni dan hari esok adalah masa aku untuk berhempas pulas memasukkan nama segala jenis ubat dan kesan-kesan sampingan akibat 'overdose'. Pehhhh, aku cakap dengan korang memang banyak lah ubat-ubatnya. Tak terhafal aku. Macam mana lah orang boleh minat subjek ni. 'Complicated' sungguh. Tapi kalau tak ada subjek ni macam mana saintis nak cipta ubat untuk menyembuhkan dan mengurangkan kesakitan kita kan ? Hmm takpe lah. Yang pasti aku memang tabik spring lah kat sesiapa yang cemerlang dalam bidang Pharmacology ni.

Aku tengah layan cerita The Golden Compass kat HBO. Aku dah pernah tengok sebelum ni. Tapi kurang sikit lah kualiti gambarnya. Yelah tengok VCD cetak rompak mana nak best kan. Jadi, aku bersemangat lah nak tengok kat HBO ni. Malangnya, cerita ni sangatlah membosankan. Aku lagi suka baca bukunya.

Buku-buku aku tengah beratur tunggu masa aku nak baca mereka. Dalam simpanan setakat ni ada lah dalam 2-3 buku. Cuti nanti aku nak pulun habis-habisan baca buku ni semua. Kalau ada rezeki lebih aku nak pergi tambah lagi koleksi buku aku. Aku ada senarai buku-buku yang patut dibaca sebelum mati. (Kahkahkahkah, lawak betul bunyi bila dah translate)

Dah lah. Aku mahu tidur. Oyasuminasai.


Mata aimashou ! <-- Ayat ni keluar dalam exam tadi. Dengan pantas aku menjawab. :D :D :D

Saturday, April 25, 2009

Entri Akademi Fantasia aku.

Aku sangat gembira malam ni sampai aku nak masukkan entri kedua untuk hari ni. Wheeee~

Berbaloi lah aku tak study untuk tengok AF. Kahkahkahkah.

YA, AKU TENGOK AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7.

DAN, YA, AKU JUGA TENGOK DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7.

Kalau korang tak boleh terima, lantak kau lah. Aku tak kisah pun. Yang penting aku tak kacau hidup korang. Ada betul ?

(Ayat tu aku tujukan untuk yang suka kutuk mereka yang tengok AF. Sekian terima kasih )

Tujuan utama aku untuk review sikit persembahan pelajar-pelajar AF tu, terutamanya Hafiz dan Aril. Aku memang tak ada kelayakan dalam bidang seni ni. Apa yang aku tulis ni hanyalah dari pandangan seorang manusia yang gemarkan hiburan (tapi takde sampai tahap melampau okayyy..).

Malam ni mereka punya persembahan memang the BOOOOOMMBBBBBBB !!! Aku yang dah berjanji pada diri sendiri untuk tak mengAFUNDI telah mungkir janji. Gahh, lantak lah. Dan dari aku tak minat pada Aril boleh jadi aku minat dia malam ni. Sebab persembahan dia memang terbaikk ! Malam ni aku rasa pelajar-pelajar lelaki yang meletopppp tebabom pom pom pom ! Hafiz, Aril dan Yazid. Akim tu 50-50 je lah. Tak berapa meletop sangat. Tapi menarik juga.

Aku tulis yang aku suka je lah ye. Kita start dengan Aril lah, sebab dia pelajar pertama yang buat persembahan.

Aril :
Seperti yang aku telah nyatakan di atas. Memang terbaik lah. Seksi pun ada. Hahaha. Sesuai lah dengan tajuk lagu dia, Panas. Ada ala-ala dangdut sikit kalau dengar lagu asal. Tapi bila Aril nyanyi tak dengar pula dangdut tu. Memang syiokkk woo tengok persembahan dia. Pandai dia berkomunikasi dengan penari-penari and penonton. Untukmu Aril, 10 bintang ku berikan.

Hafiz :
Dalam diari untuk minggu ke-7 ni memang banyak fokus kat Hafiz sebab minggu ni dia dapat lagu yang memerlukan Hafiz untuk rap. Jadi, dia banyak 'down' dan memang nampak lah kesukaran dia untuk menghafal lirik. ( Pehh, aku dah macam pengikut setia pula... ) TETAPI, persembahan dia malam tadi, macam Aril juga, TERBAIKKKKKKK ! Ok lah. Ada lah sikit tergelincir tapi tak ada lah nampak ketara sangat. Dengan gaya, bahasa tubuh dia memang aku bagi 2 ibu jari atas ( two thumbs up, dalam bahasa Inggerisnya ). Sebelum dia mula nyanyi aku memang dah seram sejuk je. Takut lah dia terlupa lirik lepas tu tak tau nak buat apa untuk coverline. Dah tu pula, ASTRO duk panggil Najwa nyanyi sama atas pentas. Najwa tu penyanyi asal lagu ni, sekali dengan Malique. Nasib lah dia pandai nak berinteraksi dengan Najwa. Apa-apa pun aku bagi 10 bintang kat Hafiz !

Yazid :
Dalam konsert-konsert sebelum ni, Yazid memang gagal lah dalam bab-bab tunjukkan emosi masa buat persembahan. Aku yang minat kat dia pun boleh jadi bosan bila tengok persembahan dia. Dengan muka selamba dia, suara pun ala kadar je keluar emosi. Tapi, malam tadi persembahan dia lain daripada yang lain. Tak keterlaluan kalau aku cakap persembahan dia yang paling TERBAIK dari segala segi. Kau bayangkan M.Nasir buat persembahan macam mana. Haa, lebih kurang macam tu lah persembahan Yazid. Dia berada dalam dunia dia sendiri malam tadi. Gerak-geri dan bahasa tubuh dia betul-betul menampakkan yang dia menghayati lagu tu secara total. Walaupun bila kita tengok dia bergerak macam pelik je, tapi cara dia bergerak tu betul-betul menarik. Untuk Yazid aku bagi 15 bintang !

Ok. Aku dah kehabisan bintang. Baik aku pergi kumpul bintang balik untuk konsert minggu depan.

Oh, sebelum aku pergi tidur, doakan kejayaan aku menjawab soalan Jepun esok petang.



Mata aimashou !

Edit

TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!

Baru aku mula minat masa ni lah dia diundi keluar ! Argghhhhh tidak dan tidak dan tidak ! Konsert kali ni Aril keluar ! Adoi. Aku dah cuba untuk naikkan dia punya peratus.

Aku sedih balik. :((

Tak patut dia keluar minggu ni. Aishah patut keluar !!

Nihongo benkyou shimasu !

Hajimemashite. Watashi wa Azurina desu. Douzo yoroshiku.

Ashita wa Nihongo no tesuto desu. Shichijihan kara goji made benkyou shimashita. Taihen ne ! Mainichi toshokan ek ikimasu.

Ni terjemahannya...

Hello. I am Azlina. Nice to meet you. Tomorrow I have Japanese test. I did my revision from 7.30 am until 5 pm. Exhausting right ? Everyday I went to library.

Aaaaaahhhhhh. Penat aku perah otak untuk keluarkan beberapa ayat tu. Takat tu je yang aku boleh buat. Heehee. Tak berapa pandai lagi lah beb. Baru habis Japanese I. Kita tunggu lepas aku belajar Japanese II. Mesti aku mahiiiiiiirrrrrrrr berbahasa Jepun. :D :D :D

Hahaha. Lawak betul bila aku baca balik. Memang bahasa buku lah. Aku belum sampai tahap intermediate lagi, Baru je beginner. Harap-harap universiti nanti buat lah Japanese II. Boleh aku memahirkan lagi bahasa Jepun aku. * peace *

Korang tengok lah nanti lepas Japanese II, mesti aku tulis Jepun semua. Biar korang tak faham. Terkapai-kapai korang nak baca entri aku. Kahkahkahkah. Kejam sungguh. Takde lah. Gurau je. Aku ni seorang yang boleh tahan juga lah baik hati. (o_o) Aku buat macam tu karang takde sesiapa nak baca pula blog aku ni. Kan dah jadi tak best.

Aku takde idea nak tulis ni. Tapi aku rasa best pula membebel tak tentu pasal dalam blog ni. Korang pun mesti rasa best baca kan ? Aku tau. :p Harap takde lah korang rasa menyampah tahap gaban bila baca eh. Malu je aku syok sorang-sorang.

Hari ni aku dan keluarga aku dah ditinggalkan oleh Mak. Huwaaaaaaaaa. Aku sangat tertekan dan sedih !













Relax lah beb. Mak aku balik JB hujung minggu ni je. Dengan ditemani Ida. Yang tertekan, perut aku je. Kelaparan yang amat. Hahaha. Abah malas nak pergi beli makanan. Aku malas nak masak. Takde benda pun yang boleh dimasak melainkan air. Apa lagi ? Aku terus mengorder Mekdi. Aku makan Mekdi saja untuk sarapan dan makan tengahari. Malam nanti tak tau lah makan apa. Makan hati jeeeee....

Nenek aku sakit. Mak aku nak jaga mak dia bila saat-saat mak dia sakit. Macam aku jaga Mak bila dia sakit. Cheeeewaaah, sempat lagi aku nak menyelit puji diri sendiri. Hmm, aku takut kalau akan berlaku sesuatu dalam masa terdekat ni. :(

Mari sama-sama kita doakan kesihatan nenek aku kembali semula. Amin yarabbal alamin.

Aku nak pergi sambung benkyou shimasu !

Ganbatte ! Ganbatte ! Hiyaaa, hiyaaa !


Mata aimashou !


Sunday, April 19, 2009

Cara penggorengan yang betul.

Korang pernah dengar lagu Terima Kasih Cinta nyanyian Afgan ?

Aku baru je dengar tadi. Lupa pula dari mana aku dapat tau tentang lagu ni. Hmm..tak kisah lah kan. Aku sangat kagum dengan suara Afgan ni.

Afgan ni dari Indonesia. Baru je 18 tahun. Tapi suara dia tak macam budak 18 tahun langsung. Memang power lah. Pertama kali dengar lagu dia, Terima Kasih Cinta tu, mendayu-dayu perasaan aku dibuatnya. Hahaha. Memang feeling habis lah. :) :)

Tengok lah video ni. *tersenyum lebar sampai ke telinga*



Hari Rabu yang lalu satu azab dah lepas. Sekarang tinggal lagi 4. Tapi lagi 2 yang akan datang ni cabaran terhebat. Basic Pharmacology dan Toxicology. Dua subjek ni adalah subjek yang paling aku tak minat, paling aku benci, paling aku tak faham, dan segala paling lagi lah. Memang dua subjek ni punca aku selalu dalam keadaan tekanan yang teramat. Dari awal semester aku memang tak boleh terima dua benda ni dalam hidup universiti aku. Heehee. Macam ada unsur-unsur ter'over' pula. :p

Sekarang ni pun aku dapat update blog ni sebab kepala aku tepu sungguh dengan maklumat-maklumat daripada nota Pharmaco Cik Hamidah tu. Walaupun aku rasa aku tak boleh nak keluarkan dengan tepat apa yang masuk, tapi kira dah OK lah tu. Ada juga benda dalam otak aku ni. Hahaha. Selasa depan dalam dewan aku pandai-pandai lah goreng sikit dengan bahan yang sedia ada ni. Untuk pengetahuan korang, selalu bila peperiksaan dalam bahagian esei aku lebih banyak goreng daripada hafal bulat-bulat dari nota. Alhamdulillah, setakat ni hasil gorengan aku berjaya mendapatkan aku pointer yang memberangsangkan. Jadi, nasihat aku di sini, pandai-pandai lah kumpul bahan untuk digoreng yee. Dan hendaknya bahan yang korang cari dan kumpul tu sesuai lah dengan masakan yang nak dimasak. Bukan main hentam keromo je ok. Asalkan jangan goreng sampai hangus. Nanti habuk pun takdak. Takkan nak bagi lecturer makan masakan hangus kan ?

OK lah. Aku pun nak sambung balik cari bahan untuk digoreng.

Selamat menggoreng !



Mata aimashou !


P/S = Goreng untuk entri kali ni bukan pasal goreng makanan okayy. Goreng dalam menjawab soalan esei untuk peperiksaan. Harap maklum. Heeee...


Saturday, April 18, 2009

Aku tertekan.

Gahhhhh ! Aku tak berjaya lagi. Hahaha.

Aku takut lah badan aku ni akan jatuh sakit bila minggu exam. Sekarang ni aku dah rasa lain macam sikit. Macam mana ni eh ? Banyak sangat chapter aku belum cover lagi. Aku sekarang ni dah macam nak putus asa je. Ni semua sebab subjek Basic Pharmaco. Aku sangat stress bila sebut pasal subjek tu. Pada aku subjek yang paling menyusahkan sekali, kalau tak ada minat. Ahhhhhhhh !!!!!

Target aku sekarang ni untuk dapatkan 3A 2B je. Tak dapat lah nak sampai semua A. Memang dah tak ada harapan lagi. Dengan terus-terangnya aku beritahu, aku dah give up untuk usaha lebih Pharmaco nanti. Tapi yang B tu pun aku macam takut je tak dapat. Huh. Badan aku terlebih kerja keras semester ni. Aku harap semester akan datang dah tak macam semester ni lah. Boleh pengsan aku macam ni woo. Dengan nak travel dari Subang ke Shah Alam. Lepas ni aku nak minta belas kasihan Mak dengan Abah untuk benarkan aku duduk dekat sikit dengan Unisel. Aku tak tahan dah !

Patutnya dari aku berceloteh kat blog ni baik aku pergi sambung belajar. Hahaha. Tak dapat jack ! Kepala otak aku dah nak pecah dah rasa ni. Pandang nota tu aku nampak benda lain. Pandang nota tu balik aku nampak lain pula. Baik aku lepak-lepak kejap, layan perasaan. ;)

Tolong wehhhhh. Aku tak larat lagi dahhhhhhhhhhhh.....

Fokus aku sekarang = HOLIDAYYYYYYYYYYYY !!!!



Aku rindu dah nak pergi tempat tu. Sangat rindu ! Boleh lah aku berangan honeymoon dengan 'suami' aku. Huahuahuahuahuahuahua. Borang permohonan sedang dicetak untuk batch kali kedua. Kahkahkah. :p

Dah lah, aku dah mula balik ni.


Mata aimashou !

Thursday, April 16, 2009

Kahwin ??

Aku tak berjaya melawan godaan daripada laptop ni. Aku geram dengan diri aku sendiri. Sangat geram.

Geram, geram, geram, geram, geram. Gerammmmmmmmmmm !

Sebenarnya hari ni aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada semua perkara. Aku rasa semua ni berkaitan dengan .........

Bila jadi macam ni aku rasa sangat susah hati. Bukankah sepatutnya aku perlu rasa gembira ? Mengapa aku berperasaan sebaliknya ? Tak kisahlah kan. Yang penting, hmmm, apa yang penting ? Memang sah aku dah merepak sekarang ni.

Aku baru lepas baca blog isteri Adi Nang, Hidd. Dalam entri terbaru dia tulis mengenai cabaran semasa bertunang. Aku bukannya akan bertunang dalam masa terdekat ni. Cuma lepas aku baca buat aku terfikir, macam mana aku bila bertunang nanti. Jauh kan aku berfikir ? Heehee.

Sejak dua menjak ni aku banyak mengeluarkan perkataan 'kahwin'. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata aku dah gatal sangat nak kahwin, calon pun aku tak ada lagi. Hahaha. Oh, bercakap pasal kahwin ni, aku teringat apa aku beritahu Mak aku. Aku cakap pada Mak aku kalau aku dah berumur 28 tahun tapi masih belum ada calon untuk dijadikan si suami, aku nak Mak aku carikan calonnya. Macam mana ? Menarik tak cadangan aku tu ? Kahkahkah.

Jadi, Mak, sekarang ni silalah berkenalan dengan orang baru yang ada anak bujang. Hahahahaha.

Apa-apa pun, perjalanan hidup aku masih panjang lagi, insya-allah. Tempat dalam hati aku pun masih kosong lagi. Kepada sesiapa yang berminat, sila ambil nombor dan isi borang permohonan. Tiada tempoh untuk submit borang tersebut. Tetapi, jangan ambil masa isi borang tu. Bila tempat dah diisi, korang yang melepas nanti.

Hahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahaha. Memang aku dah merepek !

Dah lah. Sebelum aku merepek meraban lagi baik aku sambung study.


Mata aimashou !


p/s= Aku rindu kau. Sangat lama tak berjumpa. :(

Wednesday, April 15, 2009

Kelas terakhir.

Aku sedang mencuri masa daripada masa belajar aku. Heehee.

Hari ni merupakan hari terakhir aku ada kelas. Mula dari 22hb aku punya final exam. Arghh, sangat stress untuk minggu ni sehingga 3hb !!

Setakat ni, keadaan mental dan emosi aku masih lagi boleh dikatakan normal. Haha. Tapi aku tak tau lah macam mana hari Ahad nanti. :p Mungkin aku akan berubah menjadi orang gila sekejap.

Kat rumah aku ni memang susah lah kalau nak study. Bising yang amat ! Penuh sangat dengan manusia sampai tak ada satu tempat pun yang aku boleh dapat ketenangan. Eh kejap, biar aku ulang semula. Tak ada satu tempat pun yang boleh aku belajar. Dalam bilik memang sah-sah aku tak dapat nak study. Atas katil beb, macam mana ?

Jadi, dalam masa peperiksaan ni aku akan berkampung di perpustakaan Unisel. :D Aku harap-harap lah pelajar-pelajar Unisel semua nak belajar kat rumah supaya tenang sikit aku nak study kat perpustakaan tu. Yelah, kalau ramai sangat orang boleh jadi bising. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman, sebab aku yang buat bising tu. Hahahahahaha. Maaf lah kepada sesiapa yang sakit hati bila aku dan budak kelas aku ada kat situ. Kami ni memang tak boleh berkumpul ramai-ramai. Ada je benda yang nak dibualkan.

Berbalik kepada keadaan sekarang, aku kene study betul-betul dan dapatkan cGPA yang tinggi sebab aku tengah bersaing dengan budak kelas aku. Siapa yang dapat pointer paling rendah akan dikenakan denda. Nak tau apa dendanya ? Lari keliling padang Unisel 40 kali + belanja pemenang makan. :D :D :D Jadi, dengan sedaya upaya aku nak jadi pemenang. Tak nak aku lari 40 kali. Hahahaha. Satu round pun aku confirm tak larat !

Takeshi aku hampir-hampir menjadi bahan pertaruhan. Tidaakkkkkkk ! Aku bukan ibu yang kejam, sanggup menjual anaknya.

Tujuan sebenar nak cerita tentang kelas terakhir aku. Heehee. Kelas terakhir aku ialah Japanese 1. Lepas ni tak dapat lagi lah dengar celoteh dan lawak jenaka sensei. :( :( Aku sangat sedih ! Dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku ambil, aku rasa kelas sensei ni lah yang paling best sekali. Yang terbaik ! Takpe lah. Lepas ni kalau terserempak dengan sensei aku akan tegur dia menggunakan bahasa Jepun. Konbanwa sensei ! (sambil melambaikan tangan) Sebelum berpisah kami sempat mengambil gambar. Heehee. Sayangnya, aku tak bawa Takeshi ke kelas seperti sebelum-sebelum ni. Jadi gambarnya tak lah secantik mana. Gambar diambil menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson W910i.

Itulah Sensei Arbain. Sensei terbaik kat Unisel. Heehee.

Ok lah. Mata aimashou !

p/s = Aku mungkin tak akan dapat sempat untuk update blog ni sampai lah habis exam. Jadi, kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian, jenguk-jenguk lah blog ni semula lepas 3hb Mei ok ?

Sunday, April 12, 2009

Lego den.

Hooyeahhh !!

Mak aku dah tau pasal Takeshi. Dan petang tadi merupakan sesi pengenalan Mak aku dan Takeshi. Heehee. Dan yang paling best, Mak aku merestui kehadiran Takeshi dalam hidup aku. Yes yes yes ! Petang tadi merupakan sesi pengenalan antara Mak aku dan Takeshi. :D :D

Aku sangat gembira. Sebab sekarang tak perlu lagi aku sorok-sorok nak jaga Takeshi.

Tapi Mak aku ada cakap, kat Cherating nanti aku lah akan jadi mangsa jadi photog. Hmm, tak kisah lah kan. Macam lah aku tak boleh guna self-timer. :p

Beautiful imperfections. Embrace it.

Sepet, Gubara, Muallaf, Mukhsin, dan terbaru Talentime.

Umum ketahui siapa pengarah kesemua filem-filem tersebut. Ya, Yasmin Ahmad. Aku terpanggil untuk berkongsi mengenai pengarah yang hebat ni.

Aku bukan nak buka cerita lama tapi entri ni lebih kepada kebijaksanaan dah tahap kreativiti beliau, yang pada aku memang mengagumkan. Pengarah hebat ni berjaya membuatkan aku tabik hormat habis pada dia.

Sepet merupakan titik pengenalan kami. Sebelum itu, aku memang tak pernah dengar namanya apalagi mengenali beliau. Pada aku, filem-filem beliau wajar tergolong di bawah kategori filem Malaysia. Jalan cerita dalam setiap filem beliau memang nampak keikhlasan dan ketulusan hati anak jati Muar, Johor ni. Apa yang beliau tunjukkan dalam filem beliau, realitinya itulah yang berlaku. Menerusi mata aku, filem beliau tiada unsur kepura-puraan.

Walaupun setiap filem yang beliau hasilkan akan disertai dengan kontroversi, namun, beliau berjaya menyampaikan mesej di sebalik jalan ceritanya. Hal-hal remeh seperti berkemban, adegan mesra tak hengat di antara pelakon dan lain-lain bagi aku perkara biasa dalam industri perfileman. Tidak adil lah kalau disebabkan perkara-perkara tersebut anda tidak menyokong niat murni beliau untuk memantapkan lagi industri perfileman di negara kita. Senang cakap, filem beliau banyak bagus dari tak bagus. Itu yang penting. Itulah perkara pokok yang perlu kita bincangkan.

Aku neutral. Tak memihak mana-mana pihak. Tapi kalau aku diminta pilih antara Nana Tanjung atau Sepet, tanpa perlu berfikir aku akan memilih Sepet. Maaf kata, cerita-cerita seperti Nana Tanjung bagi aku adalah sampah. Bukan niat untuk menghina atau mengutuk, tetapi sekadar menyatakan pendapat. Aku tengok rakyat Malaysia ni suka sangat tengok filem yang tak perlu gunakan otak. Macam Nana Tanjung tu lah. Setakat duduk dalam wayang, gelak pada lawak jenaka yang kurang bijak, keluar wayang balik rumah tidur. Pada aku membazir lah RM10 yang kamu keluarkan. Aku tak rasa dapat banyak input lepas tengok filem tu.

Fenomena di negara kita ni agak berlainan sedikit berbanding dengan negara jiran. Filem bermutu dianaktirikan, filem entah apa-apa disanjung tinggi. Senario jaguh kampung lebih diutamakan di Malaysia ni. Jadinya, tak terkejut lah Mukhsin menang anugerah di festival filem luar negara tetapi dalam negara penghargaannya kosong. Aku geleng kepala banyak kali tengok senario ni.

Ok, aku tak cakap filem Yasmin Ahmad sahaja yang bagus. Ada juga pengarah lain yang hasilkan filem bermutu dan bercirikan Malaysia. Sebagai contoh Cinta, Sepi dan .......( tak terkeluar pula nama filem lain ). Tapi, filem Yasmin Ahmad ni ada feel lain sikit. Sesiapa yang dah pernah tengok tu faham lah. Sesiapa yang non-judgemental lah. Sampaikan Mak aku yang tak gemar tengok wayang pun jadi suka tengok filem-filem Yasmin Ahmad ( walaupun dia tak setuju juga dengan adegan peluk tu ). Mak aku cakap dia tenang tengok Mukhsin. Itulah yang aku maksudkan. Tenang, sarat dengan emosi. Itulah yang menggambarkan filem Yasmin Ahmad.

Satu lagi perkara menarik dalam karya beliau ialah perpaduan antara kaum. Kalau kita lihat, semua karya beliau ada kaum Melayu, India dan Cina. Dan tak ada pergolakan kaum, diskriminasi dan dengki sesama sendiri dalam karya beliau. Apa yang bagusnya, beliau mengambil dari sudut positif. Dan kita dapat lihat betapa harmoninya hidup ini jika semua orang dapat bersikap JUJUR.

Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada karya beliau. Aku biarkan pada pendapat korang lah untuk menilai mana yang baik. Bak kata pepatah, 'Hanya jauhari mengenal manikam'. Kalau korang dapat kenal manikam tu, maka korang ni jauhari lah. Kalau tak kenal, hmmmm, mungkin korang hanya batu biasa je kot. :p Gurauan semata-mata. Jangan ambil hati yee.

Sebenarnya, aku cuma nak kongsi pendapat sahaja. Sekali lagi, bukan niat untuk menghina atau mengutuk. Apa kata korang tengok video di bawah ni ? Salah satu daripada hasil Yasmin Ahmad. Tapi video di bawah ni bukan dibiayai oleh Malaysia, tetapi Singapura.

Lihat, orang luar lebih menghargai kreativiti beliau.....



Rakan-rakan pembaca, mulai sekarang apa kata kita lupakan perkara yang remeh. Fokus kepada yang lebih penting. Orang putih kata, 'Look at the bigger picture'. Kita boleh jika kita kata kita boleh ! Sesiapa yang tak tersentuh lepas tengok video ni, sila pergi jumpa doktor. There's something wrong with you.

Aku makan di Chilli's.

Akhirnyaaaaa, aku dapat juga jumpa dengan kawan aku yang seorang ni.

Hmm, lama juga lah aku tak jumpa dia. Sejak dia balik dari Europe bulan lepas. Aku dan dia macam ada rutin. Kami tak berjumpa selalu, tapi dalam masa sebulan tu dapat jumpa sekali dua dah cukup. Dengan dia sahaja aku dapat buat pengecualian untuk melepak.

Lepak dengan dia bukan lepak berbual kosong je. Kami bincang berbagai perkara. Dari cerita mengenai kehidupan masing-masing ke politik ke teknologi terkini, bab AF pun masuk sekali. Haha. Hampir semua tajuk perbualan kami bukan perkara remeh atau lebih tepat lagi, mengumpat. :p

Aku dapat ole-ole daripada Europe. Heehee. Betul-betul tak sangka Amir sanggup susah-payah nak belikan aku ole-ole. Terima kasih banyak-banyak lah Amir. Aku hargai sangat pemberian kau ni. :D :D

Rancangan awal aku hari ni sebenarnya untuk ulangkaji, tapi petang tadi bila Amir telefon ajak lepak dengan pantasnya aku batalkan rancangan aku. Aku rindu nak jumpa dia kot ! Makan malam tadi Faid pun ada juga. Seronok lepak dengan mereka ni. Faid ni memang jenis suka buat lawak lah. Dan mungkin sebab kami banyak sependapat dalam beberapa hal, sebab tu aku boleh layan berbual dengan mereka ni.

Amir bawa kami makan malam di Chilli's Bangsar. Pertama kali aku pergi makan kat Chilli's ni. Yep, aku tau. Kesian kan. :( Dan hidangan pertama aku ialah Cajun Club Sandwich, minuman ice lemon tea. Ok juga lah sandwich tu. Yang menariknya, air aku tu boleh di refill. Kau boleh refill sampai perut kau kembung dengan air. Heehee. Sebab tu juga aku tak dapat habiskan sandwich tu. Kenyang betul lah. Alhamdulillah. Merasa juga aku makan kat situ. :D :D

Tadi juga Amir ajar aku serba sedikit mengenai setting kat Takeshi. Tapi aku tak dapat tembak banyak gambar. Yelah dah sibuk berbual dan makan, mana lah sempat. 2-3 gambar sahaja dapat tembak.

Ok lah. Enjoy lah gambar yang ada ni. Aku nak pergi tidur. Penat ! :D


p/s= Aku miss AF malam ni. Tak dapat tengok Hafiz ! :(

Friday, April 10, 2009

Mengenangkan kenangan.


Macam bodoh je muka aku kan ?? Garang nak mam... Muka minta pelempang. Hahahaha.

Macam aku tak suka je dapat diploma tu. :p

Nak tau kenapa muka aku macam ni ? Heehee.

Nampak studio ni macam sunyi sepi, tak ada gangguan langsung kan ? Tapi, sebenarnya, sekeliling kamera tu bersepah manusia-manusia yang tengah tunggu giliran mereka untuk ambil gambar. Bayangkan keadaan kat sekeliling Kaabah masa musim haji. Haa, macam tu lah. Kene berhimpit-himpit. Sebelum giliran aku punyalah lama kene tunggu. Memang penat lah. Dengan nak tahan orang tolak-tolak, dengan panasnya lagi. Bila panas dah naik ke kepala, apa lagi. Mesti lah menggelegak je hati ni. Haha. Itulah yang aku rasa sebelum gambar sebelah ni diambil.

Photog tu suruh aku senyum. Mula-mula aku boleh lah senyum tapi ada pula budak ni sibuk tanya apa entah kat photog tu. En. Photog tu pula pergi layan budak tu. Mana aku tak bengang. Dah lepas tu tak boleh nak senyum. Ditambah lagi dengan ramai orang merenung aku. Kalau parents aku ada sebelah aku takpe juga. Tapi parents aku malas nak sesak-sesak jadinya aku seorang lah dalam gambar ni.

Aku tak suka tengok gambar ni. Tapi nak buat macam mana kan ? Layan je lah.....Gambar ni dah diframekan, tapi sampai sekarang ia tidak bergantung. Malu aku lah kalau orang tengok gambar ni. :p

Aku terbuka folder masa aku kat PTPL dulu. Terkeluar lah gambar-gambar masa konvo dulu. Enjoy !




Gambar-gambar bawah ni sebelum konvo. Kira hari raptai lah. Lepas kitorang dapat jubah dan mortar board semua. Jalan-jalan di KLCC. Heehee. Rindunya korang !! Enjoy !



Kak Mazwan, rinduuuuuuu !

Semua gambar diambil guna point and shoot camera, Olympus ke Canon. Aku dah lupa lah. Rindu lah Kak Mazwan, Kak Tasha, Zarifi, Rey, Kak Ina, Kak Ayu, Syafa, Rolis dan errr....lain-lain. Heehee. Takpe lah. Nanti harap-harap akan ada yang nak buat reunion.


Mata aimashou !

Friendship.

Aku tak tau kenapa, tapi aku suka tengok gambar ni. Gambar ni memberikan aku ketenangan dan juga rasa senang hati. Aku boleh tatap gambar ni lebih daripada 10 minit.

Pelik ?

Entahlah. Bagi aku, tak salah untuk menghargai apa yang berada di depan mata kita. Contohnya, gambar tu. Melalui gambar tu, aku nak menunjukkan kepada semua pandangan aku mengenai kawan-kawan aku. Aku bernasib baik sebab dapat capture moment tersebut. Lihat muka mereka. Ceria, gembira, tak tension. Itulah yang aku rasa bila berada di samping mereka. :D :D

Boleh tahan juga 'sweetness' aku ni. Hahahahahahahaha.

Sebenarnya, semester 4 nilah kami menjadi semakin rapat. Semester sebelum ni rapat juga tapi takde lah serapat semester ni. Kami bergerak ke mana-mana dalam satu kelompok. Cuma ada seorang dua je yang tak selalu berada dalam kelompok tu. Tapi, tak kisahlah. Sebab bukan selalu pun.

Tapi, masa memang mencemburui kami. Akhir tahun depan mungkin kami tidak akan serapat sekarang. Tinggal lagi 2 semester sebelum semua berpisah menjalani latihan praktikal. Kalau dapat satu kelas satu tempat praktikal kan best. Memang habis lah hospital tu ! Heehee.

Apa yang penting sekarang, kami akan gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Kepada budak-budak Degree MLS intake 1/2007/2008,
Aku happy sangat dapat berkenalan dengan korang semua. Walaupun kita baru kenal baru 2 tahun lebih tapi korang lah yang paling sokong dan faham perangai aku. Sampai mati aku akan kenang kenangan kita bersama. Aku sayang korang !

Lepas grad nanti harap-harap kita semua akan still keep in touch, walaupun dah bekerja di berlainan tempat ok ?



Macam dah tak jumpa lagi pula lepas ni. :p

Thursday, April 9, 2009

SURPRISSEEEEEEEEE !!!

Haaa, inilah surprisenya ! Heehee.

Ok. Mari aku kenalkan dulu mangsa-mangsa kami. Hidayah dan Suganiya, dua-dua sambut hari lahir dalam bulan April. Hidayah 7hb, Suga 12hb.

Planning awal nak celebrate pada 13hb, tapi sebab hari tu kene pergi ambil t-shirt jadi terpaksalah diawalkan. Decide pun last minute, kira 2 hari sebelum 9hb lah, hari Selasa lah. Isnin birthday Hidayah, tak ada sesiapa pun yang wish dia. Melainkan Syue dan Jana lah, dah kata duduk serumah. Takkan tak wish kot. Hafiq pun wish juga. Ntah apa pasal pun tak tau. Suga wish Hidayah sebab dia tak tau yang patutnya tak boleh wish.

Hari Selasa tu kami banyak berbincang pasal party tu. Dan agak susah juga lah sebab Hidayah ni jenis yang suka ambil tahu and bertanya. Jadi, bila dia datang dekat dengan tempat perbincangan kitorang terus senyap dan pergi jauh sikit daripada dia.

'Apa ni bisik-bisik ramai-ramai ?! Aku datang semua lari !'

Heehee. Kami pun terpaksalah coverline sikit. Muka dia pun dah lain macam je. Bila dia cerita pasal birthday dia, semua buat tak tau je. Bila nak balik tu nampak sikit lah muka tak puas hati dia. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksalah Hidayah. Gomen nasai. :D :D

9hb=Khamis.

Kami ada kuiz Biochem pada sebelah pagi. Punyalah sibuk aku plan party ni dengan yang lain sampai aku tak tumpukan sepenuh perhatian pada kuiz ni. Heehee. Tapi takpe, sebab masa kuiz tu lecturer tak duduk dalam kelas, jadi adalah antara kami yang berbincang diam-diam. :p

Masa tengah tunggu habis masa kuiz tu aku nampak kereta Kak Tini. Aku terus hantar kertas jawapan dan keluar dari lab. Kak Tini dan Hafiq ditugaskan untuk ambil kek dari kedai. Lepas aku keluar, seorang-seorang budak kelas keluar juga. Nasib baik Hidayah dan Suga antara yang keluar lambat. Dapatlah budak-budak yang lain menyelinap pergi BK8 (tempat berlangsung). So bila mereka keluar, aku dan Rita mula menjalankan tugas. Tugas kitorang untuk pastikan mereka tak berada dekat dengan BK8. Kami bergerak ke library. Alasan = main Vocab. Heehee.

Tengah-tengah main tu Hafiq dengan Syue banyak kali pula call aku. Sampai Hidayah dah sibuk tanya semua. Terpaksalah aku menipu cakap adik aku call. Heehee. Bila Hafiq dah hantar SMS cakap semua dah sedia, aku mulakan tugas aku untuk bawa mereka ke BK8. Dengan penuh memaksa, aku hentikan game Vocab tu dan ajak mereka pergi makan. Kata aku, dah lapar sangat dari pagi tak makan. Huhu. Nasib baik Rita dapat tangkap cepat dan sokong aku.

'Dari pagi tadi you cakap lapar, kesian you.'

'Tapi nanti kita pergi BK8 dulu ehh, aku nak jumpa Farid ambil duit t-shirt', kata aku.

Aku buka pintu BK8. Dalam gelap-gelita. Lepas tu ada pula bunyi belon meletup.


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Hidayah and Suga,
Happy birthday to youuuuu !'


Masa menyanyi lagu tu muka Hidayah dan Suga dah lain macam. Heehee. Hidayah lagi lah, terus berdiri tepi pintu, menyorok. Aku kene tarik dia baru dia masuk. Suga dah buat muka blur. Haha. Memang priceless lah dapat tengok muka terkejut diorang.

Inilah kek yang dibeli dari Secret Recipe, Chocolate Strawberry. Kureng sikit lah pada aku. :p

Tiup lilin dalam gelap tuuu. Heeheee...

Lepas potong kek, apa lagi ? Makan lah. Heehee. Jaegan dengan Mahathir pula sibuk pecahkan belon-belon yang ada. Lagi-lagi Jaegan. Sampai semua marah dia. Haha. Padan muka you Jaegan. Orang cakap sekali bukan nak dengar, lagi hebat dia lawan. Ish ish ish...

Memang kitorang had fun lah hari ni. Lepas makan main sepak-sepak belon. Release tension konon. Hahaha. Lepas tu main attack orang menggunakan belon. Aku pun kena !

Kejam betul budak-budak ni. Hahaha. Semua sudut aku kene serang. Sebelum Mahathir dan Jaegan nak blah, kitorang ambil gambar ramai-ramai, Jana je tak turut serta. Enjoy lah ye ! :D



Lupa pula nak sebut. Warna tema party ialah biru/pink. Jaegan je yang tak ikut tema. Memang betul Mr. Boring lah Jaegan ni.

Tapi tak mengapa. Yang penting,

aku gembira, puas hati dan sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaattttt penat hari ni ! :D :D: D :D :D


Mata aimashou !

Wednesday, April 8, 2009

Bulan untuk bercuti ! Yeehaa !

Yeeeeeehaaaaa !!!

Bulan depan adalah bulan percutian aku. Aku sangat teruja dan tak sabar nak menantikan ketibaan bulan Mei. :D :D

Tapi sebelum aku boleh bergembira dan bebas dari segala beban, ada satu cabaran yang menanti aku. Sebenarnya, 5 cabaran. Dan cabaran-cabaran inilah yang membuatkan aku sangat tertekan sekarang ni. Cabaran akan bermula 22/04/09 ni, dimulakan dengan subjek Pathophysiology.

Hehehehe.

Yep, final exam aku akan menjelang. Dan sekarang adalah saat-saat terakhir untuk mengulangkaji bab-bab yang telah diajar oleh pensyarah. MALANGNYA, mood tu tak kunjung tiba dalam diri aku. Sebaliknya, aku lebih banyak menghabiskan masa di depan laptop dan membelek 'anak' aku, Takeshi. Ya, aku namakan kamera aku Takeshi sempena nama pelakon Jepun kegemaran aku, Takeshi Kaneshiro. :D :D

Ok lah, berbalik kepada tajuk entri, bulan depan aku akan pergi bercuti ke 2 destinasi pelancongan di Malaysia, Cherating dan Pulau Langkawi. Tapi untuk Cherating aku pergi dengan keluarga, Langkawi pula aku pergi dengan kawan sekelas. Makin gelap lah kulit aku lepas ni. Duk berjemur di tepi pantai je nanti. Wheee ~

Boleh tahan juga lah tahun ni. Setakat ni. Baru satu perkara je yang betul-betul mengganggu jiwa dan raga aku. Whatever.

Aku ada kuiz esok. Sejak kebelakangan ni, kalau ada kuiz/test/presentation aku lebih suka buat perkara yang tidak sepatutnya seperti online, update blog, tengok TV dan lain-lain. Bahaya nih !

Esok ada kejutan untuk kawan aku. Nantikan entri seterusnya ! :D

Mata aimashou !

Saturday, April 4, 2009

Kiasu & Luahan Hati

Idea aku untuk menulis macam melimpah ruah pula malam ni. Aku belum habis study lagi ni. Hmmm...

Aku kiasu. Aku mengaku aku kiasu. Aku secara tak sengaja dibesarkan menjadi kiasu. Nak tau apa kiasu ?

Cari sendiri dalam kamus.

Sikap ni aku nak ubah. Kerana aku rasa ia menyebabkan orang ramai akan jadi tak puas hati dengan aku. Aku baru sedar sejak dua menjak ni. Banyak perkara aku baru sedar dalam masa 4 bulan ni. Aku nak patah balik memang tak dapat lah kan. Tapi aku harap sesiapa yang pernah kene dengan ke-kiasu-an aku ni, bagilah peluang kedua untuk aku betulkan yeee. :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak luahkan sedikit perasaan tak puas hati aku kat sini.

Niat aku bukan untuk mendapat balasan/pujian/yang sewaktu dengannya. Aku buat dengan ikhlas. Akan tetapi, perbuatan aku ni macam tak ada sesiapa nampak, atau lebih tepat lagi, HARGAI. Aku pelik lah manusia ni, termasuk aku. Bagi aku setiap perbuatan seseorang itu harus dapat pembalasan, tak kisah lah perbuatan baik atau buruk. Bak kata pepatah, 'Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Tetapi pada mata aku, yang aku nampak, tang nak balas jahat tu lah ramai manusia nak buat. Tang balas baik tu tak ada pula. Macam mana niiii ??

Kadang-kadang tu aku terasa juga kenapa aku diperlakukan sebegini. Mungkin aku bersalah, mungkin tidak. Aku dah cuba sedaya upaya untuk menggembirakan korang, tapi bila masa aku nak gembira korang pula buat tak tau. Apa ni guyss ?? Penat aku nak ambil hati korang tau. Senang-senang je korang ketepikan perasaan aku. Aku bukan jenis yang cakap depan-depan bila tak puas hati. DAN aku juga bukan jenis suka cakap belakang. Cuma, aku TAKKAN cakap bila aku tak puas hati.

Yang paling 'best' tu pula, aku dijadikan kambing hitam. Orang yang bertanggungjawab. Sebab ? Sebab orang yang sepatutnya bertanggungjawab tak nak pikul tanggungjawab tersebut. Dia takut untuk membuat keputusan. Takut orang tak suka keputusan dia. Takut orang benci dia. Tapi bila bahagian dapat nama, nama dia sahaja lah yang keluar. Lupa habis dengan ketakutan dia. Orang yang buat kerja, perah otak, keluarkan arahan, dah nak pecah kepala otak tak pula dapat nama.

Kenapa ? Kenapa kau kene buat macam tu ? Apa salah aku ? Apa aku buat pada kau ?

Aku tak pernah menyisihkan orang lain, walaupun aku kurang selesa dengan perangai seseorang tu tapi aku takkan sisihkan dia. Apa alasan kau sisihkan aku ?

Bila aku minta dihargai, korang akan cakap aku minta balasan. Aku penat lah. Aku kecewa dengan perangai manusia. Silap. Aku kecewa dengan perangai kau.

Aku minta maaf lah kepada sesiapa yang membaca entri ni. Aku dah tak boleh tahan sabar. Kalau aku tahan lagi, memang aku akan kurang ajar dengan orang tu.

Realiti vs Fantasi

Sekarang antara lagu dalam playlist aku adalah lagu di bawah ni.

Here (In Your Arms)
Hellogoodbye

I like
Where you are
When you drive
In your car
I like
Where we are
Here...

Cause our lips
Can touch
And our cheeks
Can brush
Our lips can touch
Here...

When you are the one, the one
That lies close to me
Whispers, "Hello, I've missed you quite terribly"
I fell in love, in love
With you suddenly
Now, there's no place else
I could be but
Here, in your arms.

I like
Where you sleep
When you sleep
Next to me
I like
Where you sleep
Here...

Our lips
Can touch
And our cheeks
Can brush
Cause our lips can touch
Here...

You are the one, the one
That lies close to me
Whispers, "Hello, I've missed you quite terribly"
I fell in love, in love
With you suddenly
Now, there's no place else
I could be but
Here, in your...

You are the one, the one
That lies close to me
Whispers, "Hello, I've missed you quite terribly"
I fell in love, in love
With you suddenly
Now, there's no place else
I could be but
Here, in your arms.

Here in your arms
Oh...here in your arms.


Tarikan magnet lagu ni kuat sangat sekarang. ;D

Aku nak ia berakhir !

*mengeluh*

Kenapa perkara ni harus terjadi pada saat-saat aku perlu memberi sepenuh perhatian kepada final exam bulan depan ? Grrr, aku sangat tak puas hati !

Aku harap fasa yang sedang aku alami ni akan berakhir tak lama lagi. Betul-betul menyusahkan hidup aku sekarang ni. Bagi sesiapa yang tengah study lagi tu faham lah apa aku cakap ni. Bila nak dekat exam ni lah banyak benda yang nak diselesaikan, assignment lah, tutorial lah, habiskan chapter lah. Tu belum kira nak review balik chapter-chapter lepas yang akan masuk dalam exam. Boleh tahan juga lah tekanan untuk semester ni. Arghh !!

Aku dah cakap pada diri sendiri, aku tak nak terlibat dengan 'perkara' ni sampai aku dah graduate. Tapi malangnya, tak dapat ! Heehee. Nak kata malang, tak juga. Sebab ia buat aku lebih bersemangat. Yatta ! ;)

Sepatutnya aku kene baca nota sekarang ni, tapi kat sini pula aku. Heehee. Sambil-sambil tengok Diari Akademi Fantasia. :p

Friday, April 3, 2009

Derma.

Aku dah lama simpan hajat nak derma darah ni. Sejak dari diploma dulu. Tapi sebab masa diploma dulu berat aku bawah 50kg maka niat aku nak menderma tu tak dapat lah. Tak cukup berat. :p

Semalam aku dapat lah menderma darah aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, tak ada sebarang komplikasi semasa dan selepas proses tu. Cuma aku adalah rasa pening-pening lalat sikit sebab tak cukup tidur malam sebelumnya.


Tengok la keadaan aku sebelum darah aku diambil. Benda kelabu yang aku pegang tu fungsi dia sebagai ala mengepam. Haha. Masa jarum dah dimasukkan dalam salur darah aku kene 'pump' sikit supaya darah tu cepat sikit keluar, dan banyak. Cerah pulak nampak lengan aku tu. Heehee.


Nampak tak beg darah tu ? Banyak tu darah aku kene ambil. 450 ml. Heehee. Masa jarum besar tu dicucuk kat lengan aku tak tengok. Aku buat-buat berbual dengan Rita. Heehee. Aku ok je nak tengok, tapi masa Cik Misi tu tunjuk jarum aku jadi panik pula. Entah apa pasal.

Budak kelas aku semua memang 'sporting' lah. Semua semangat nak menderma. Tapi, disebabkan beberapa faktor yang memang tak dapat dielakkan ada yang tak dapat meneruskan hajat. Antara yang menderma, Shamini, Hidayah dan Hafiq. Yang nak menderma tapi tak dapat, Rita, Jaegan, Syue dan Jana. Takpe lah lain kali kita derma lagi. Heehee.


Tengok Hidayah tu. Badan je kecik tapi relax je darah kene ambil. Darah dia kene ambil dalam 350 ml sebab berat dia 46 kg je. Gambar Shamini dan Hafiq aku tak dapat nak ambil. Yelah, dah terbaring atas kerusi tu. Sedap woo kerusi tu. Kalau aku dapat letak satu kat rumah pun best juga.

Mahu sehari aku tak bangun. :p


Mata aimashou !

Thursday, April 2, 2009

Perjalanan jauh.

Baru sekarang lah aku dapat update blog ni. Sangat sibuk okay !

Fuhhh. Penat seh panjat tangga kat Batu Cave tu !

Buat pertama kalinya aku pergi melawat kuil kat Batu Cave tu. Alaaa, tempat kaum India sambut Thaipusam besar-besaran tu la. Sebenarnya dah lama aku nak pergi tapi, taakkk sampai-sampai. Heehee. Akhirnya, sampai jugak aku.


Alang-alang dah ada kat Batu Cave kan ? Kat sana aku tengok ramai mat saleh yang datang. Mat arab pun ada jugak. Mat Melayu pun ada, tu haa budak kelas aku dua orang. Elok je bertenggek kat depan pintu gerbang tangga tu.


Gayat tu bila nak turun. Huhu. Sepanjang perjalanan turun tu aku pandang kaki je. Takut terjatuh. :p

Masa kat kuil ni adalah masa matahari tengah tegak atas kepala. Bayangkan lah betapa hangat dan teriknya keadaan masa tu. Pehh, panas tak hengat lah ! Lagi aku pakai baju hitam dan 2 lapis.

Aku pun dengan main-mainnya ajak pergi air terjun. Haha. Mahathir pulak dengan semangatnya 'Jom !' Aku pun apa lagi, dah ada orang nak pergi, aku ia kan je lah. Tapi last-last kitorang naik ke Genting. Best woo. Udara nyaman je, sejuk pulak tu. Aku bukak tingkap kereta je nak rasa kedinginan angin tu.

Nak dijadikan cerita, tengah gunung tu boleh pulak kereta tu naik temperature. Huhu. Tersadailah kitorang kat tepi jalan tu. Lebih kurang dalam 2 jam jugak lah. Memang menarik betul. Masa nak naik tu, aku dengan Hidayah ada cakap macam tak percaya je kitorang nak pergi Genting. Lawak betul lah kalau aku fikir balik. Tapi, walaupun tersadai kitorang tetap sempat sampai kelas Patologi malam tu pukul 8. Heehee. Kenangan manis betul !

Ok lah. Korang tengok je lah gambar-gambar ni. Perlukan penjelasan yang lebih ? Ruang chatbox ada kat belah kanan tu.




Mata aimashou !