Thursday, December 24, 2009

Masihkah anda diselubungi misteri ?

Dah banyak kali aku login kat Blogger ni untuk update blog dan tulis apa yang ada dalam kepala aku ni. Banyak kali tu jugak la hasrat tu tak tercapai.

Dan malam ni sama je macam malam-malam hasrat aku tak sampai tu. Aku penat dan sangan mengantuk. Satu malam aku menjerit dengan ketawa je. Leher cramp, kaki cramp, jahang rasa longgar. But I had fun. Berbaloi la.

Dah la. Nak tidur dulu. Esok esok je ye baca blog ni. Kalau sudi la...aku cerita apa aku buat malam tadi. Jeng jeng jeng.....

Monday, December 21, 2009

Selamat kembali

Dah terlalu lama aku meninggalkan blog ni. Beribu-ribu alasan aku boleh bagi. Tapi hakikat sebenarnya aku tersangat malas untuk menulis. Oh well, aku sibuk main game kat Facebook tu. Hari-hari nak kena bukak. Kalau tak ada je aku hilang duit atau takde stok arak untuk tangkap hantu.

Memang melekakan kan ?

Banyak cerita aku nak cerita. Tapi kalau cerita semua dalam entri ni dah tentu panjang berjela orang baca. Ecewahh..macam ramai sangat la yang membaca.

Aku baru je 6 hari cuti. Tapi sumpah aku rasa macam dah setahun. Masa cuti ni la selalunya hidup aku macam takde hidup. Orang putih cakap no life. Memang tahap gaban la boring dia. Siang aku celik mata je mengadap laptop sampai lah malam. Aku pun tak tau macam mana aku boleh tahan mengadap lama sangat. Padahal aku bukak Facebook je. Main game.

Memang takde life kan ?

Bukan aku suka sangat pun duduk mengadap laptop tu. Yelah aku ni suka mengelak dari jumpa orang. Jadi, tak ada la member yang boleh aku ajak melepak bila bosan. Aku bukan anti-social. Cuma kurang keyakinan diri.

Dan sekarang aku mengantuk. Mungkin kalau aku login Blogger waktu siang banyak cerita aku boleh tulis. Tengoklah esok macam mana.

Saturday, September 5, 2009

Sambung cerita ujian.

Ok kat sini aku dah cerita perihal hari aku gagal ujian JPJ bahagian III bulan lepas. La ni aku nak cerita pula masa aku buat ujian ulangan minggu lepas. Ya, dah basi baru aku nak cerita. Banyak kerja lah nak kena selesaikan. Jangan risau, cerita pendek je.


Tak payah cakap banyak. Aku dah lulus. Baca: LULUS. Huahuahua. Aku dah cakap, kalau dapat JPJ lelaki baru aku bleh lulus. Kalau tak, haraaaaaammm. Terima kasih En. Kasturi bin Kasiman. Lu memang rock !


Ok ? Pendek je cerita aku. Ha ha.


Oh ye, aku belum ucapkan selamat datang pada ahli keluarga baru yang selamat tiba ke dunia pada 17 Ogos lalu. Aku dah cakap aku lambat, banyak kerja wehhh.


Welcome to the family Nur Zara Alana !


Nak gambar ? Kena tunggu dulu. Belum dapat pelepasan dari pihak berkuasa lagi. :)

Friday, September 4, 2009

RudeBoy Rooney pledged his allegiance to United.


"I've always said I love this club and, as long as I'm wanted here, I'll play here," Rooney was quoted as saying this week. "It's as simple as that. I can't see one reason why I should want to move. I honestly can't see me going anywhere else unless I'm told otherwise by the manager."
Petikan diambil dari sini.

Ronaldo has now lauded the stocky striker, claiming Rooney to be the best in the division. “It is a league of amazing talent, but for me the stand-out player is Wayne Rooney,” he told The Sun.

“His ability is fantastic, but his attitude when he plays football is that he is willing to die for the team.”
Petikan diambil dari sini.


Bergenang airmata aku untuk beberapa minit lepas baca dua-dua perenggan tu. Aku tak sangka RudeBoy ni seorang yang setia pada yang satu. Aku salute tahap kesetiaan dia. Dan aku harap dia akan mengikut jejak langkah Giggsy yang bermain untuk Manchester United selama 19 tahun. Atau mungkin lebih. Walaupun kau tak sekacak David Beckham dan tak sehebat Cristiano Ronaldo, tapi kau memang true United !

Thursday, September 3, 2009

Dugaan.

Tiap kali bulan puasa aku mesti akan mengalami benda yang sama. Boleh kata penyakit bermusim juga. Aku susah betul nak segarkan mata untuk bangun sahur. Susah gila ! Masa kecil-kecil dulu situasi tidur depan nasi memang perkara biasa. Tapi bila dah besar ni, perkara luar biasa kalau jadi. Hahaha.


Aku pun tak tau kenapa susah sangat nak bangun. Hasutan syaitannirrojim ? Kan dah kena ikat. Entah lah.


Oh tidak. Dah nak pukul 12 malam. Confirm aku tak sahur kejap lagi.


Melepas lagiiiiiiii....

Ujian JPJ.

Ujian JPJ aku sepatutnya dijalankan pada 12 Ogos 2009, tapi atas sebab-sebab JPJ tak nak bagitau aku tarikh ujian ditunda ke 14 Ogos. Bagus juga ditunda sebab aku terlupa pasal ujian ni dan belum buat pra-ujian lagi. Huehuehue. Jadi bila dapat tau je ujian ditunda aku terus telepon cikgu aku, Abg Wan, untuk buat pra-ujian. Lepas bagitau dia pasal ujian ditunda dia set pada petang Khamis. Dalam hati aku dah kira bagus lah sebab ujiannya esok, hari Jumaat. Masih boleh ingat lagi lah macam mana nak gerakan kaki untuk klac dan minyak.


Hari Khamis aku bertugas di kampus untuk proses penyaringan H1N1. Dapat duit woo, mesti lah aku nak buat. Kalau tak dapat duit pun aku nak buat juga. Tak payah susah-susah beratur panjang-panjang sampai berpeluh untuk daftar semester baru. Sebab aku ada pra-ujian hari tu aku bertugas setengah hari je lah. Abg Wan cakap dia datang ambil aku pukul 3 kat rumah tapi aku tunggu punya tunggu, pukul 4.30 baru dia datang. Memang orang Malaysia betul. Pra-ujian ni aku buat sekali dengan lagi seorang pelajar, Cik J. Jadi lepas ambil aku Abg Wan pergi ambil Cik J kat Bandar Sri Damansara. Lepas tu barulah kami bergerak menuju ke Institut Memandu SKEM yang terletak di Gombak.


Jauh kan ? Sebab SKEM cas sekolah memandu murah, itu pasallah. Masa mula-mula aku duduk belakang stereng aku jadi kelam kabut. Bukit ke mana, garisan kuning ke mana, klac ke mana, semua benda entah ke mana-mana perginya. Ambil masa juga lah untuk aku tune balik dengan cara bawa kereta tu. Maklumlah, dah lebih sebulan aku tak pegang stereng. Bila tune aku dah datang balik barulah aku boleh buat semua. Bukit, parkir, 3-point-turn. Semua tak ada hal. Tapi kadang-kadang kantoi juga kat parkir tu, sebab berbukit.


Dilajukan ke esok hari.


Nombor giliran aku ialah 32 dan aku dalam sesi pertama. Cuak memang tak payah cakap lah. Perut aku tu macam ada orang tengah tekan-tekan. Kadang-kadang ada juga terasa macam nak buang air besar, tapi itu semua amaran palsu. Masa tunggu giliran tu aku tengok jugalah calon-calon lain buat. Ramai juga yang kantoi. Lagi buat aku cuak. Bila sampai calon nombor 15 ada seorang kakitangan SKEM beritahu yang JPJ hari ni semua OK, mesti lulus melainkan kamu sendiri tak dapat buat dengan betul. Lega sikit perut aku. Yalah, hari Jumaat kan. Mesti JPJ semua nak buat pahala sikit. Dapat ke tak aku tak nak cakap. Itu hal mereka dan Tuhan.


Sampailah giliran aku. Bila dapat signal untuk jalan, aku pun menggerakkan kereta. Dengan penuh yakin aku tekan minyak kuat sikit. 3-4 saat lepas tu aku terus tekan klac dan brek. Terlantun aku ke depan kejap. Aku free gear, tarik hand break, aku tengok kat pakcik JPJ A. Dia geleng sambil cakap turun balik, ni peluang kedua ha, buat elok-elok. Aku undur kereta, ambil nafas dalam-dalam sambil baca Bismillah dan doa sikit supaya aku lepas kali kedua ni. Habis semua tu aku masuk gear dan tekan minyak lebih sikit dari tadi dan tunggu lama sikit sebelum tekan klac dan brek. Belum sempat aku lepas tangan dari stereng pakcik A dah suruh turun. Dah sampai bawah bukit aku pergi jumpa pakcik A. Alhamdulillah, aku nampak palang dalam kotak LULUS masa nak tandatangan. Selamat aku senyum manis dekat pakcik A tu sebelum turun tadi. :D


Cabaran kedua. Lepas aku tandatangan dokumen aku terus berharap aku takkan dapat kawasan parkir 3 atau 4. Tapi nasib tak menyebelahi aku, aku dapat yang paling susah, parkir 4 ! Aku hilangkan gabra, panik dan segala macam anasir-anasir jahat yang boleh menggagalkan aku. Dokumen dah aku bagi pada pakcik B. Aku kasi senyum manis lagi satu, baik punya. Sampai giliran aku gerakkan kereta. Semua teknik aku ikut betul-betul, tak ada satu pun aku salah. Sampai je nak tegakkan kereta dalam kotak aku gagal. Enjin mati. Panik, gabra, cuak semua datang balik. Aku cuba lagi. Gagal lagi. Enjin mati. Cuba lagi, gagal. Enjin mati. 3 kali enjin mati aku dah mula ada perasaan yang aku akan kecundang pada cabaran kedua. Tengok cermin sisi aku nampak pakcik B mengorak langkah ke tempat aku. Tekad tak mahu pakcik B gagalkan aku, aku kumpul segala keyakinan, aku gunakan teknik balancing untuk tegakkan kereta. Sampai aje pakcik B depan kereta, dia menunjuk tanda OK dan suruh aku keluar. Tarik nafas lega aku keluar dari kotak dan hampir-hampir melanggar bahu jalan.


Cabaran ketiga. Cabaran ni memang tak mencabar sangat. Jadi badan aku mula longgar dan tak keras masa cabaran kedua tadi. Keluar saja dari petak 3-point-turn tu aku kembalikan semula kereta di kawasan bukit dan naik untuk berjumpa pakcik B untuk tandatangan dan dokumen. Pakcik B tengok aku dan suruh duduk sebelah dia. Soalan pertama beliau mendatangkan semula anasir jahat tadi. 'Lepas keluar parking kau langgar bahu kan ?' Dengan muka naif aku jawab, 'Tak adalah'. Pakcik B diam tanpa berkata apa-apa dan menyerahkan dokumen untuk aku tandatangan. Aku lihat kedua-dua kotak LULUS bertanda. Yabedabeduuuuuu ! Aku berjaya melepasi Bahagian II.


Bahagian III. Di awal ujian aku dah diberitahu oleh seorang calon untuk bahagian III majoriti JPJ adalah perempuan. Memang mampusss lah macam ni, hati kecil aku berkata. Jadi sementara menunggu giliran aku untuk bahagian III aku berdoa semoga seorang JPJ lelaki ditugaskan untuk menguji aku. Macam biasa, kita tak akan dapat apa yang kita mahukan. Aku dapat juga JPJ perempuan.


Kesalahan pertama -
Aku baik sangat dengan makcik tu. Terlebih mesra. Mungkin dia meluat sebab dari pagi tadi semua nak mesra lebih-lebih dengan dia.

Kesalahan kedua -
Aku terlupa nak check sama ada gear bebas atau tak sebelum jalan.

Kesalahan ketiga -
Punat hand break kereta tu sangat lah ketat sampaikan aku tak boleh nak tekan. Makcik kurang sabar dan tolak tangan aku dan turunkan hand break.

Kesalahan keempat -
Aku nampak lampu isyarat hijau menyala dan dengan penuh keyakinan meneruskan perjalanan.


Lepas aku buat kesalahan keempat (masa tu aku tak rasa bersalah lagi sebab aku yakin lampu hijan), makcik suruh berhenti tepi. Lepas berhenti ini sesi dialog yang berlangsung :

Makcik: Awak tak nampak ke lampu isyarat merah tu tadi ?
Aku: Ha ? Tak. Saya nampak hijau yang menyala.
Makcik: Hijau apa. Lampu merah tadi. Awak main jalan je. Hish, tak tau lah apa nak jadi dengan korang semua ni. Buat undang-undang sendiri. Tau tak salah langgar lampu isyarat merah tu.
Aku: ....................
Makcik: Bla bla bla bla bla..tak tau apa yang korang belajar..bla bla bla bla bla bla bla bla (sambil isi borang aku with unnecessary force). Dah awak turun.
Aku: Ok.


Jadi, aku GAGAL. Perasaan memang tak dapat nak digambarkan. Geram dan geram. Bukan geram sebab aku gagal patuhi ujian, tapi geram sebab makcik tu dengan tak semena-mena melepaskan geram dia kepada calon ujian. Dan yang paling buat aku sakit hati bila dia keluarkan ayat yang diboldkan tu. Nasib baik aku tak marah dia masa tu juga. Fikirkan dia tu orang yang lebih tua dan penguji aku, takkan nak balas masa tu juga kan. Maunya aku kena blacklist dengan JPJ. Keluar dari kereta aku ucap selamat kepada calon seterusnya. 'Good luck to you, you'll need it with her' aku cakap pada budak tu. Dia Cina kenalah speaking sikit. Budak tu dah buat muka cuak. Menyesal pula aku cakap macam tu.


Aku bagitau Mak dan Abah. Mak telepon aku tanya semua benda, dari A sampai Z. Sempat lagi dia nak marah aku. Lagi terbakar jiwa raga aku hari tu. Aku dapat SMS dari Abah.

Biasalah tu. First time dia takkan bagi lulus punya.

Abah ku terbaik. Aku lega sikit baca SMS Abah. Eh panjang gila cerita aku ni. Dipendekkan cerita,


aku gagal ujian JPJ bahagian III disebabkan melanggar lampu isyarat merah yang kelihatan seperti hijau. Dan juga salah satu faktor kepada kegagalan aku ialah makcik JPJ tu ada masalah yang tak dapat diselesaikan di rumah atau dia tengah nak menopause.


Sekian.

Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah Ramadan (Harap bukan time Ramadan je..)

Hari ni aku banyak masa terluang sebab aku ponteng kelas untuk sepanjang hari. Bukan saje-saje ok, aku ada ulangan ujian JPJ Bahagian 3. Kenapa ulangan ? Tu entri seterusnya aku cerita. Tunggu je lah.


Sambung cerita. Jadi untuk mengisi masa lapang aku jalan-jalan dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain dan akhirnya aku jumpa laman web ni www.zaharuddin.net. Salah satu tajuk artikel yang terdapat dalam laman web tersebut ialah mengenai aurat wanita. Terkesima aku kejap bila baca. Serius. Banyak point-point yang ada dalam artikel tu kena tepat kat batang hidung aku. Tak perlulah aku ulas panjang pasal tu kan. Bila dah jadi macam tu buat aku terfikir balik. Apa tujuan hidup aku ni ? Nak dapat kebahagiaan sementara di dunia atau kebahagiaan kekal abadi ? Jawapan aku semestinya kebahagiaan kekal abadi. Tapi bila dilihat balik pada ibadah yang aku buat nampak macam aku lebih pentingkan kebahagiaan sementara dari yang kekal. Macam mana tu ?


Kenapa kita susah sangat nak melawan nafsu ?
Kenapa kita susah nak melawan syaitan ?
Kenapa kita susah nak jadi orang yang beriman ?
Kenapa kita hidup dengan anggapan dunia ini kekal sentiasa ?
Kenapa kita tak takut melanggar perintah-Nya ?
Kita tak takut masuk nerakakah ?
Atau,
Kita rasa kita sempat nak bertaubat ?


Apa saja jawapan yang diberikan itu semua hanya alasan. Mungkin jawapan bagi soalan ke-6 saja yang kita boleh jawab dengan jujur. Tak kira budak tadika/sekolah/universiti mahupun orang dewasa. Dan soalan terakhir tu, tepuk dada tanya selera. Emm aku rasa semua soalan tu kena tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri. KENAPA ?


Aku ambil contoh aurat ni. 1 contoh je lah. Kalau banyak sangat contoh aku bagi sampai bulan Syawal pun aku tak habis cerita. Ya, aku memang pakai tudung, tutup rambut dari pandangan lelaki bukan muhrim. Tapi kalau nak bandingkan dengan cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam jauh beza macam langit dan bumi. Aku pakai tudung tapi tak tutup dada. Aku pakai baju kurung tapi tak pakai sarung kaki. Aku pakai baju lengan panjang tapi menampakkan lengan.





Untuk gambar lebih jelas klik sini dan sini.


Jadi macam mana ? Termasuk dalam kategori mana satu ? A, B, C, D, E, atau F ?


Bagi yang tak pakai tudung pula mereka gunakan kata pepatah Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Maksud disebaliknya, walaupun mereka tak bertudung dan menutup aurat tapi mereka sembahyang, buat baik kepada makhluk Allah, bersedekah and so on. Senang cakap, walaupun mereka free hair tapi mereka orang baik. Point ni Ustaz tu ada bincangkan dalam artikel. Aku cerita sikit lah apa yang dibincangkan.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang."

Rasanya bos tu nak percaya ke cakap pekerja tu ? Tanpa sebarang bukti atau perbuatan yang menunjukkan pekerja tu ikhlas.


Rasanya Allah SWT akan terima alasan tu walaupun dengan terang-terang kita dah langgar perintah dia ?


Don't judge a book by its cover, BUT actions do speak louder than words.


Jadi apa kata kita sama-sama lah buktikan apa yang terdapat dalam hati nurani masing-masing dengan menzahirkan pada luaran. Jika hati kita bersih, luar kita bersih, peribadi kita bersih, tak mustahil umat Islam akan dipandang bersih di mata semua.


Bawah artikel tu, dalam bahagian komen-komen daripada pembaca ada satu komen yang tanyakan soalan.


Posted by aime, on 18-11-2008 01:13, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
saya wanita tidak memakai hijab, tetapi saya mendirikan solat? adakah solat saya diterimaNya..kerana saya kerna ALLAH melaksanakannya..dan saya pernah terdengar solat wanita tidak memakai hijab tidak diterima...tolong terangkan ustaz :? :?

UZAR (Ustaz Zaharuddin) : Pakai hijab dalam solat adalah syarat sah solat..jika tak pakai maka batal solat.

Pakai hijab di luar solat adalah wajib..jika tak pakai berdosa tetapi ia tidak beri kesan sah atau batal kepada solat fardhu..hanya kekhusysukan akan hilang akibat dosa2 tidak berhijab di hadapan lelaki asing.

Akhirnya, solat hilang kualiti di sisi Allah dan buktinya, apabila solat itu gagal membentuk diri sdri utk berhijab di luar solat, itu tandanya solat itu nilainya semakin jatuh pada pandangan Allah.


Tak ke ayat-ayat Ustaz tu membuatkan kita terfikir balik sama ada solat kita tinggi atau tidak nilainya bagi Maha Pencipta ? Ikut pemahaman aku, bagi diri yang diselubungi dosa atau melanggar perintah Allah nilai solatnya adalah rendah.


Wow.


Aku tulis entri ni bukan nak riak atau berlagak bagus. Cuma nak kongsi pandangan dan untuk peringatan, kepada diri sendiri dan semua. Aku pun manusia yang punya kelemahan dan buat kesilapan. Sebaik-baiknya kita cuba untuk tebus kesilapan tu dan mohon keampunan daripada Allah setiap masa. Sentiasa mengingatkan diri sendiri dan orang di sekeliling mengenai tanggungjawab kita pada agama. Kawan-kawan, ingatkan aku bila aku mula lupa ok ?


Itu yang aku sedang cuba buat. Come on !

Air batu campur kosong satu boss ! Gula kasi lebih !

Berhabuk sudah tempat ni. Nasib aku tak ada penyakit asma. Kalau tak mesti salur pernafasan aku dah menjalankan tugas melindungi badan aku dari sebarang serangan agen-agen perosak yang terdapat dalam debu-debu dan udara. Topeng dah habis. Aku tak sempat nak beli untuk lindungi diri dari selesema babi.


Tak faham sila buat-buat faham.


Nak cerita pasal perlawanan United vs Arsenal hari tu semua orang dah tau keputusan dan banyak dah reviu-reviu dibuat di alam maya ni. Dan mungkin juga orang dah malas nak dengar/baca mengenai betapa hebatnya Arsenal main tapi tak ada nasib malam tu. Mungkin juga orang dah penat bersorak dan bagi pujian melambung pada Darren Fletcher sebab memperkasakan benteng pertahanan United yang agak goyah disebabkan ketiadaan Ferdinand. Tapi aku rasa orang belum jelak lagi melihat tandukan Abou Diaby yang menewaskan penjaga gol pasukan beliau. 'Orang' dalam ayat-ayat aku tu dah tentulah penyokong United. Sebab penyokong Arsenal dah tentu masih lagi meratapi kekalahan mereka malam tu dengan menangis dalam bilik air selama 7 hari 7 malam. Lagi teruk, ada juga penyokong Arsenal yang melakukan aksi merempit bila pergi dan balik kerja. Nak lepas geram kasi preng preng sikit lah. Konon nak tunjuk hebat lah depan penyokong United.


Please dude. Your team lost, no matter what. Hahahahahaahahhaha.


Aku yakin Wenger menaruh dendam kesumat yang teramat terhadap Fletcher, dan mungkin juga pada Ferguson. Tapi yang pasti dendam ni akan bertambah parah lagi bila United bergelar juara EPL buat kesekian kalinya. Bawa ke musim seterusnya dan seterusnya dan seterusnya sampai lah Wenger bersara akibat tekanan perasaan tak dapat merampas gelaran juara EPL dari United.


Ok selesai sesi menjatuhkan maruah mereka.
Opppssss, tercerita pula. Maklumlah, I beremosi sikit bila cerita pasal United.


Ok ok, ni bukan blog bola. Jauh sekali blog rasmi Manchester United. Maka aku hentikan cerita berunsurkan bola buat sementara. Untuk entri ni je.


Aku amat bahagia sekarang kerana Mak dah tak boleh halang aku untuk menjadi pengawal stereng kereta lagi. Dengan rasminya hari ni aku menjadi seorang pemandu berwarganegara Malaysia yang sah di sisi undang-undang. Dengan lesen P. Tapi aku tak rasa aku sah di sisi Mak aku lagi. Tak apa, jalan ni masih jauh lagi untuk dilalui.


Ingat tau jalan biar ke depan, jangan ke belakang. Selingan iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 bertemakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Utamakan habissssssss! Tambang teksi naik, tambang bas naik, harga minyak naik, stok gula kurang. Apa ni Uncle Najib ???? Janganlah bagi rakyat makin susah. Tengah-tengah kegawatan ekonomi ni lagi nak naikkan tambang pengangkutan awam. Uncle tak tau ke majoriti pemandu teksi kat Subang Jaya dan Shah Alam tak pakai meter ? Uncle tak tau ke betapa peritnya bila minta ayah sendiri duit lebih untuk bayar tambang teksi yang tak setimpal dengan perkhidmatan ? Uncle tak tau ke ayah I nak pencen dah ? Susah lah macam ni. Nasib baik bulan puasa tau, kalau tak I terpaksa ikat perut untuk kurangkan perbelanjaan ayah I. Sedih tau macam ni. 1Malaysia 1Malaysia juga. Tapi bila dah menyusahkan rakyat macam mana nak 1Malaysia ?! Jangan sampai 1Malaysia jadi Malaysian Malaysia. NO.


Sebelum aku tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku ditahan dalam ISA baik aku berhenti. Dah lah. Nak pergi buat assignment dan tutorial yang berlambak-lambak tu. Lagi lama aku peram lagi lambat aku nak sampai tahap optimum untuk dapat Anugerah Dekan. Ceeeeeeewah!!


Selamat tinggal.

Thursday, August 20, 2009

Ramadan kembali lagi !

Lusa dah mula berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Tup tup je dah Ramadan. Macam baru semalam je aku bergaya sakan dengan baju raya ready made sebab tukang jahit aku tak nak terima lagi tempahan. Shioooooot ! Tahun ni pun kemungkinan besar perkara sama akan berlaku. Sejarah mungkin berulang, bak kata Tomok Newboyz yang dikenali sebagai Shah Indrawan sekarang. Yelah, orang dah jadi jutawan apa barang guna Tomok. Tak happening la weh.


Lari tajuk.


Bulan Ramadan syaitonnirrajim semua kena ikat. Tapi masih juga ada umat Islam yang melakukan kemungkaran. Ramai je yang ponteng puasa (laki perempuan sama je). So what does this tells you ?


Adakah kita ini syaitan ?
Mestilah tak. Kita manusia.
Dan sesetengah adalah syaitan bertopengkan manusia.
Minta mereka ni dijauhkan daripada golongan manusia yang suci lagi murni hatinya.


Mari kita sama sama kuatkan semangat untuk melawan segala hasutan yang membawa kepada bencana.


Aku nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan Yang Mulia ! Semoga segala amalan baik kita di bulan Ramadan akan berterusan sehingga akhir hayat. Dan semoga segala amalan baik kita diterima Allah S.W.T.


Amin.

Wednesday, August 19, 2009

I gotta feeling.

Otak kusut, hati kalut, hidup serabut !


Hari ni memang tak best ! Pengeluaran duit, tenaga dan masa aku beta adalah sangat tidak berbaloi. Jadi atas sebab itu aku mengisytiharkan hari ni, 19 Ogos 2009, adalah hari tak best. Semua telefon aku punya pasal. Hmphh.


Adakah ini petanda tak baik untuk malam ni ? Mintak simpang jauh jauh. Jangan jadi macam hari tu. Rekod kemenangan akan berterusaaaaaaaaannnn ! Yeah.


Perlu merehatkan diri sekarang. Cas untuk hiburan malam ni. Hoyeahhhhh !


Malam ini beta umumkan masa untuk bersuka ria. Pergilah kamu seluruh rakyat jelata ke setiap pelosok negeri untuk menghiburkan diri. Dan jangan kamu berani menghadap beta sekiranya kamu hanya duduk di rumah menghadap komputer. Ha ha ha ha.


Sekian terima kasih kerana sudi membaca nukilan beta yang riak ini.

Tuesday, August 18, 2009

Jiran oh jiran !

Zaman moden sekarang kebanyakan kita tak kenal dengan jiran masing-masing. Ada tu memang lah ada tapi aku rasa lagi ramai yang tak kenal dari kenal. Kalau kenal pun mungkin tau muka je tapi nama, asal usul dari mana semua kita tak tau.


Kenapa kita tak boleh jadi satu komuniti yang harmoni dan saling kenal antara satu sama lain ? Kalau kat kawasan USJ mungkin ada yang macam ni kot. Yelah, mereka ada komuniti sendiri, persatuan sendiri, rukun tetangga sendiri. Macam kawasan perumahan makcik aku. Dulu pakcik aku ambil giliran pergi meronda malam malam kat kawasan perumahan dia. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab dah ada pengawal yang dibayar untuk buat kerja tu.


Bagus sebenarnya hidup dalam komuniti yang rapat. Banyak kebaikan dari keburukan lah. Aku tak pernah rasa tapi pada pandangan aku je lah. Bayangkan kalau kau sakit ke kemalangan ke, jiran kau boleh tolong hantar pergi klinik ke hospital, kalau tak ada sesiapa yang boleh bawa kau masa tu. Kau pun kira tak segan lah nak minta tolong sebab kau dah kenal dia. Ni kalau tak pernah bersapa, tak pernah berbual, apa lagi senyum dengan dia, macam mana nak minta tolong kan ?


Orang rumah sebelah rumah aku kenal. Kiri dan kanan. Lebih sikit dari tu ada juga yang kenal. Kebanyakan yang kenal tu kenal dari sekolah lah. Kawan-kawan sekolah, senior kat sekolah etc etc. Ok lah tu. Daripada tak kenal langsung siapa siapa.


Tak lama lagi aku nak pindah dah. Mungkin tak jumpa lagi lah jiran-jiran sekarang. Tak jumpa lagi Aunt Chom. Tak jumpa lagi Dr. sebelah. Tak boleh nampak lagi kelibat Rohan, Puvesh, Kamil dan adik-adik. Mungkin aku akan rasa sedih nanti.


Misi lepas pindah ialah berbaik-baik dengan jiran baru. Mana tau rumah sebelah ke, rumah belakang ke ada anak bujang yang boleh dicalonkan dengan aku. Ceeeeeeeeewah ! Kahkahkahkah. Berangan tu best.


Dah lah. Patutnya aku cari pasal etika pekerjaan. Melalut pula kat sini. Hari ni first day classs. Penat siot !


Notakaki: Malam tadi jiran aku eksiden. Tapi semua tak tau mana rumah dia. Rupanya selang satu belah kanan rumah aku. Baru aku tau siapa penghuni rumah tu.

Saturday, August 15, 2009

Thank you.

Aku down sikit semalam. Tapi, your simple 'Tak payah lah nak sedih-sedih sangat' made my day. Sebab dah lama aku tak mendengar kata-kata semangat dari kau.


You really are my friend.
And for that, I thank you.

Friday, August 14, 2009

Semoga yang selamat terus selamat.

Bermula sudaaaaaaaaaah semester baru.


Kepada pelajar-pelajar senior, Selamat Kembali !

Kepada pelajar-pelajar baru, Selamat Datang !


Harap-harap memang betul selamat semester akan datang ni. Jangan kena tutup sudah. Nanti lagi lambat aku habis. Sekarang tengah pening kepala disebabkan hal akademik aku. Ni semua sebab pihak atasan lah. Kalau mereka jalankan tugas mereka dengan betul dah tentu aku tak ada masalah macam sekarang ni. Bab duit tak payah cakap lah. Aku dah mula risau pasal tu dari tahun lepas lagi. Bulan 10 ni Abah dah pencen, berat pula rasa hati nak minta duit untuk bayar duit yuran.


Tu la, dulu suruh belajar betul betul buat main-main...
Dah nasiiiiiibbb. Tapi aku salahkan diri sendiri.


Blah la...

Monday, August 10, 2009

Harapan

Omaigod, dari minggu lepas sampai minggu ni badan aku asyik rasa macam dalam sauna. Panas memanjang tapi aku tak rasa aku demam. Kalau aku demam dah tentu aku tak larat nak bangun dan melantak puas-puas. Mungkin sebab cuaca yang panas buat organ dalaman aku juga jadi panas. Baru lepas mandi badan mesti dah terasa bahang. Dan buatkan aku rasa nak mandi 5 kali sehari atau lebih, mengalahkan nak ambil air sembahyang. Aku rasa bil eletrik bulan ni mesti setinggi bulan lepas.


Harapnya pemanasan badan ni tak ada kena mengena dengan selesema babi. Kalau tak, kesianlah kepada mereka yang terdedah. Minggu ni minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru. Dan aku akan jadi sukarelawan untuk buat proses penyaringan selesema babi. Kalau aku sendiri tak lepas proses penyaringan tu macam mana aku nak buat kat orang lain kan. Semoga aku lepas lah. Bosan lah duduk rumah tak buat apa apa. Aku nak berada di medan perang daripada duduk diam-diam dalam khemah ni. Gila merepek.


Ujian JPJ ditunda hingga hari Jumaat. Patutnya hari Rabu ni. Padanlah cikgu aku tak contact suruh aku buat pre-test. Aku pun malas nak contact cikgu aku. Biar dia cari aku. Jadual dia lagi padat berbanding jadual aku. Jadi buat apa aku nak bazir kredit pergi telepon dia. Dah hampir sebulan rasanya aku tak pegang stereng. Cuak juga nanti masa ujian. Harap pakcik JPJ (atau lagi baik, abang) yang jadi tester aku tu sporting dan tak banyak hal sangat.


Karangan hari ni macam panjang pula. Ok masa untuk noktah terakhir.


Notakaki: Alah, kalau takat menang penalti apa barang. Tak payah lah nak heboh sangaaaat!

Friday, August 7, 2009

Paranoid oleh Abang Jonas.

Aku tengah guna komputer adik aku, sebab laptop aku buat perangai macam cibai. Oppss, sengaja. Aku geram gila dengan laptop aku sampai rasa nak hempas dari ke bawah dari tingkat 5 bangunan satelit Unisel.


Dah tentulah aku takkan buat.
Nanti nak download movie aku guna apa ?
Nak download lagu rock guna apa ?
Nak update blog...eh...sekarang pun aku tak boleh update blog guna laptop. Shucks !


Kau bayangkan duduk dalam rumah sorang-sorang dan ada pekerja jalan-jalan atas bumbung dan luar tingkap kau.


Dan kau perempuan.
Paranoid beb !


Abah pun bukan nak bagitau jiran aku nak buat macam tu. Balik tadi menggagau aku ingat ada pencuri pecah masuk rumah.


Tapi berani juga naik atas nak tengok. Ha ha ha.


Sepanjang masa aku duduk dalam bilik yang berkunci dan sentiasa buka telinga besar-besar dengar sama ada bunyi tu datang dari luar rumah atau dalam. 5 minit je telinga aku tahan. Lepas tu aku berhijrah ke alam lain. Apa jadah aku nak paranoid sampai Abah balik.


Esok pergi Seremban. Classmate kahwin. Semangat ni nak jalan-jalan.


Eh dah nak Maghrib. Aku belum siapkan juadah berbuka.
Serius rasa macam dah bulan Ramadhan.
Cepat masa berlalu...


Ke aku banyak sangat alasan nak ganti puasa last minute ?


Aaaaaah, tak kisah lah.

Monday, August 3, 2009

Aku tetiba angau.



Lets find words that can sum up Ryan Giggs.


Remarkable
Talented
Excellent
Fantastic
Splendid
Dedicated
Best
Humble
Loyal
Committed
Determined
Ambitious
Spectacular
Great
Energetic

aaaaand last but not least..............

Hairy. Arrrr!


LOL.


And of course, not forgetting this word, LEGEND. A United legend that is.

***

Pertama kali aku kenal Giggs masa kat Johor. Sepupu aku memang die hard fan Man Utd. Jadi bila dia tengok gam MU aku adalah sekali dua tertengok juga. Masa tu zaman kegemilangan Cantona 7.


Masa tu pun umur aku berapa, dalam 6-7 tahun rasanya. Budak perempuan kecil, what do you expect bila tengok bola ? Mestilah tengok pemain-pemain kan ? Lol. Jadi, masa tu aku rasa semua pemain MU memang good looking. Terutama sekali Giggs lah. Maka dari saat itu, bila sebut MU dalam kepala aku keluar muka Giggs. Heh.


Giggs is not just about the looks. He is one damn good footballer ! You all probably knew that, of course.


Walaupun detik permulaan memang sebab muka dia, tapi lepas tu aku kagum dengan kehebatan dan kelincahan dia atas padang. (Skema sikit ayat aku...)


And from then on, I am an avid fan of the No.11, Ryan Giggs and Manchester United.



Jadi, aku setuju bila Giggs bersara baju No.11 tu pun di-bersarakan. Bukan calang-calang pemain boleh pakai nombor tu. 19 tahun dia bermain untuk MU. 19 tahun beb. How committed and loyal a player can be ?


Mungkin bila Giggs dah tua kerepot dan dah dapat gelaran Sir baru dikeluarkan balik nombor tu.


That's the least the team can do to honour his servitude.



Glory, glory Man Utd !

Sunday, August 2, 2009

Kerja berat.

Selama ni aku tak pernah nak ambil tau apa perasaan pekerja buruh bila mereka bekerja. Yelah, bukan ada dalam senarai pekerjaan idaman aku pun. Dan aku rasa tak ada sesiapa pun yang nak jadi pekerja buruh. Lagi-lagi orang Malaysia ni.


Dengan penat angkat barang-barang berat, bekerja bawah pancaran terik matahari, rehat pun kejap kejap je, siapa yang nak kan ? Semua nak kerja dalam tempat berhawa dingin, ada meja sendiri, boleh rehat ikut suka hati badan diorang. Atau pun kerja di kalangan orang-orang yang berstatus, dikenali ramai, gaji melambung-lambung tingginya tapi kerja sikit.


Itu baru sikit. Banyak lagi kerenah manusia atau rakyat di Malaysia, mahupun dunia, yang memilih tempat pekerjaan. Dah nama pun pekerjaan tetap, mesti nak yang terbaik juga. Macam pilih rumah, kereta atau suami/isteri. Semua yang terbaik.


Tapi bila fikir fikir balik, kalau tak ada sesiapa pun yang nak kerja susah macam pekerja buruh tu, mampukah sesebuah negara tu maju ?


Boleh ke ada bangunan tertinggi di dunia ?
Wujud ke jambatan gantung tertinggi di dunia ?
Dapat ke perjalanan dari Selangor ke Johor cuma ambil masa 3-4 jam je ?
Ada ke pusat beli-belah ?


Mungkin ada, tapi aku rasa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaambat sangat.


Nasib baik la ada warganegara asing yang sudi menerima kerja-kerja susah macam ni. Kalau tak, lambat lah nak capai apa yang kita ada sekarang.


Tapi, tu pun mereka sanggup nak mengkhianati tempat mencari rezeki. Tengok je lah dalam suratkhabar tu. Ada je yang terselit pasal golongan ni.


Kes lupa diri tu. Masalah besar. Orang kita sendiri pun ramai yang lupa diri, sampai nak huru harakan keadaan yang tenang kat Jalan TAR. Susah makcik-makcik kat situ nak berniaga tau. Hampeh betul mereka ni !


MENYUSAHKAN.


Ok, lari tajuk. Sebelum jadi lagi teruk aku berundur dulu. Kita jumpa di lain hari. Renung-renungkan dan selamat beramal !


Notakaki: Aku jadi buruh kejap hari ni, sebab tu terkeluar isu buat kerja berat. Lenguh lenguh kaki dan tangan ku.

Saturday, August 1, 2009

Yang pertama.

Bila aku pandang N aku rasa lain macam pula. Padahal aku rasa muka dia semua sama je. Tak ada pula aku tengok mata dia juling ke, hidung patah ke, mulut herot ke. Macam selalu muka dia bila aku jumpa. Nak kata dia tukar gaya rambut, sama juga, tak ada beza pun.


Tapi lain pula aku tengok kali ni. Berseri-seri.


Berbunga-bunga pula hati tengok N.
Macam baru pertama kali jumpa.
:p


Sampaikan aku tak boleh nak pandang mata dia bila bercakap. Heishh, kes berat !!


;)

Friday, July 31, 2009

Life is good !

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...


Tapi hari hari aku bukan macam lagu di atas. Siang memang hilang, tapi ditelan kemuraman petang.


Jadual tidur dah tak menentu. Tidur lambat, bangun pun dah tentu lambat.


Hidup aku sekarang kosong. Serius. Absolutely zero!


Jangan kaitkan dengan kehidupan single aku. Tak ada kena mengena.


Cuma hidup aku sekaran tiada tujuan. Hidup setakat meneruskan kehidupan tanpa hala tuju.


Kenapa kena teruskan hidup ?


Tuhan jadikan kita dalam dunia ada sebab dan tujuan. Jadi, terpulang pada kita untuk cari apa tujuan kita dijadikan di muka bumi yang serba indah ni.


Setakat ni aku belum dapat lagi apa tujuan sebenar aku. Tapi aku belum putus asa lagi. Walaupun sakit dan payah untuk melalui ranjau berduri ni, aku yakin semua tu menyediakan aku untuk hari yang mendatang.


Satu aku pasti, perjalanan hidup ini kita yang tentukan.
Bukan orang lain.


Jadi, mari kita sama-sama cari tujuan itu.


Kalau dah tau kongsilah dengan aku.

Wednesday, July 29, 2009

Kalau macam ni la....

Omaigod. Sila tengok video bawah ni sebelum baca selanjutnya entri ni. Klik url tu. Tekan pause, tunggu sampai video habis load lepas tu baru tekan play. Style gila !


http://www.youtube.com/watch?v=4-94JhLEiN0


Agak agak kat Malaysia boleh buat macam ni masa jalan masuk nak sanding tu ? Buang kompang, buang bunga manggar, buang silat semua. Melayu manalah yang gila berani tu.


Mesti Mak, Atuk dengan Auntie-auntie kerjakan aku kalau buat macam tu.


Haha. Ye, berangan memang best. :)

Only God can judge me, and everyone else.

Laptop aku ada masalah. Tak boleh nak login dan access website berkenaan Google. Apasal ?

***

Aku suka karya Yasmin Ahmad. Mudah. Tak ada sarat dengan mesej atau pengajaran berselindung di sebaliknya. Karya beliau straight to the point. Dan ramai yang tak suka bila kita tunjukkan jalan yang lurus dan penuh kebenaran. Itu yang jadi pada Allahyarhamah Yasmin Ahmad.


Sampaikan lepas beliau meninggal dunia, masih ada lagi manusia yang sanggup untuk mengaibkan beliau dan secara tak langsung, keluarga beliau.


Aku tak faham.


Lepaskanlah dia dari segala kesilapannya di dunia. Sebesar mana pun kesilapan dia, tak ada siapa pun yang berhak untuk menghukum.


Kecuali Allah.


Aku harap akan ada pelapis yang membuat karya seperti Allahyarhamah.


Al-Fatihah.

Monday, July 27, 2009

Mari berdansa !






Penerangan video: Adam tengah menyanyi kat Konsert JomHeboh. Na'ail ni ternampak dan terus menari, ikut pergerakan Adam. Semua orang bukan tengok Adam (dalam TV) tapi tengok Na'ail. Memang susah nak berhenti ketawa tengok budak ni. Adoi. Nasib Quera tak mengikut jejak langkah Na'ail dan maintain ayu. Video kedua tu Na'ail cuba buat gaya Michael Jackson. Rasa rasa jadi tak ? Huehuehuehue.


Kelakar aku tengok budak ni. Kelakar dan geram dalam masa yang sama. Ini Ayish. Sesiapa yang tak kenal, klik sini. Sekarang dah tak nak respon pada Ayish. Jadi panggil dia Na'ail.


Maaflah terpaksa sengetkan kepala untuk tengok video ni. Maklumlah, juruvideo 'profesional' sangat.

Friday, July 24, 2009

Korea dan Malaysia satu benua tapi...

Bila tengok FC Seoul lawan Man Utd aku rasa malu pula. Tak rasa macam tengok orang Asia main bola.


Kenapa Malaysia tak boleh main macam tu ?


Aku rasa sokongan daripada penyokong ada mainkan peranan dalam kehebatan sesebuah pasukan. Tengok je lah dalam stadium tadi, berbeza dengan masa kat Bukit Jalil, hampir semua pakai jersey FCS.


Kalau kita pakai jersey Malaysia mungkin lain keputusan perlawanan hari tu.


MUNGKIN.


Tapi aku apa tau. Main bola pun tak. Rules and regulation bola pun tau gitu gitu je. Heh.


Notakaki: Demam tak kebah lagi. Bulan puasa nanti mungkin baru hilang.

Penat lah duduk.

Semalam idea datang mencurah-curah untuk aku menulis. Malangnya, aku tak menulis. Sebab aku letih. Yelah, berfikir je dah cukup untuk buat aku letih sejak mula cuti ni.


I'm tired of sitting at home doing nothing. Amir, pinjam ayat kau.


Biarkan lah. Hari ni aku gagahkan jari jemari untuk menaip sikit. Macam tak best pula kalau tak letak sesuatu dalam blog ni.


Dah seminggu Harry Potter kat panggung tapi aku baru tengok sekali je. Tak puas hati betul aku. Harry Potter sebelum ni aku tengok lebih dari 5 kali. Sebab aku kumpul tiket, masuk peraduan kat website GSC. Tapi menang hadiah saguhati je. Tu pun aku tak pergi ambil hadiahnya. Berlagak sikit. Menang complimentary pass je.


Harry Potter kali ni aku masuk juga peraduan. Harap menang lah aku Grand Prize. Boleh guna beg Quidditch tu letak baju nak balik kampung raya nanti. T-shirt Quidditch tu pula aku pakai untuk perjalanan balik.


Peraduan tamat 9 Ogos. Lambat lagi. Tapi, aku dah menang satu hadiah.



Seronok seronok !!


Bila lagi eh nak pergi tengok lagi ? Walaupun aku dah tengok, tak rasa pula rugi duit pergi tengok lagi. Sebab sangat best ! Seperti yang dijangkakan, ada beberapa babak penting yang tak dimasukkan dalam siri 6 ni. Instead, babak yang tak ada dalam buku dimasukkan. Contoh, babak Death Eaters serang The Burrow. Dan juga babak di mana Ginny ikat tali kasut Harry. Apakah ?? Belum apa-apa dah jadi orang gaji ?


Dalam buku, pengakhiran buku ialah upacara pengebumian Dumbledore (opsss, spoiler!). Tapi dalam filem mereka tak masukkan. Aku hampa. Aku rasa bahagian tu patut dimasukkan sebagai tanda hormat pada Dumbledore.


Tunjuk wand ke langit ? Bagi aku agak lame. Dan Harry Potter mana boleh ada unsur lame !


Kalau ada bahagian pengebumian tu mesti lagi basah tudung aku. :( Percaya atau tak, walaupun dah keluar dari panggung aku masih lagi menangis teresak-esak. Tsk tsk tsk... Cuma aku control sikit la audio volume tu.


Ok, cukup dengan negatif.


Positifnya, apa yang aku gambarkan masa baca buku sama dengan yang digambarkan dalam filem. Mestilah kan. JK Rowling tentu dah bagitau bahagian ni macam mana. Hubungan Ron dan Hermione dah ditunjukkan dalam siri ni. Tak apa, awal sikit. Harry dan Ginny pun. Tak apa. Boleh diterima. Masa bahagian Quidditch yang paling aku suka. Ron, Keeper ! Sangat cool !


Patut tunjuk full length match. Baru terbaik !


Sebenarnya aku tak nak tulis review. Ter-tulis pula. Dah lah. Nak Maghrib. Buka puasa !

Wednesday, July 22, 2009

Akhirnya !

Everything was great. The crowd, the seat, the players, the game, despite the stupid commentator reference to MU as Mans United. What the .... ??? He deserve a nice big fat slap in the face, to be honest. Don't think he was a fan of MU.


Wahhhh mentang-mentang lah pergi tengok MU main dah berlagak nak speaking London.


Hikhikhik.


Aku pasti semua dah tau keputusan kedua-dua perlawanan tersebut. Jadi tak payah lah aku susahkan diri menaip balik kan ?


Perasaan dapat tengok pemain-pemain pujaan betul betul depan mata memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ye lah. Mereka tu orang jauh. Bukan selalu dapat tengok ye tak. Bila dapat tengok tu, huish, rasa kitalah orang paling bahagia sekali dalam Malaysia ni. Ok berhenti di sini. Macam dah poyo sikit.


Stadium Bukit Jalil hari tu memang rata-rata yang datang pakai baju merah. Aku pun buat keputusan untuk tak ketinggalan pakai baju merah. Dulu aku runsing baju apa nak pakai. Klik sini. Cuma segelintir pakai baju kuning hitam. Mari kita lihat gambar. Eh belum boleh tengok gambar lagi. Belum upload dalam laptop sebab Ida pinjam Takeshi minggu ni.


Aku pergi awal untuk dapatkan tempat duduk yang best untuk tengok perlawanan tu. Berpanas terik bawah pancaran cahaya matahari sampai terbakar kulit aku. Tapi demi nak tengok dekat punya pasal semua tu ditolak tepi. Sebenarnya, kalau duduk jauh sangat aku kurang nampak.


Walaupun aku peminat MU tapi aku tak lupa untuk sokong pasukan negara kita juga. Baju memang orang boleh pakai merah tapi dalam hati semua peminat MU yang datang hari tu tetap beri sokongan pada pasukan negara kita. Serius aku tak tipu ! Saat yang paling membanggakan masa gol pertama Amri tu. Lagi hebat sorakan gol Amri dari sorakan gol Nani, Rooney dan Owen.


Cayalah Amri !


Dalam perjalanan balik dari perlawanan tu aku dapat berita MU akan lawan semula dengan Malaysia sebab mereka batalkan tour ke Indonesia. Dipendekkan cerita, kami adik-beradik pergi lagi. Tapi kali ni aku rasa nak sokong Malaysia pula. Aku pakai baju Malaysia. Demi Malaysia aku pakai baju warna kuning. Tsk tsk tsk. Tak pernah aku pakai kuning.




Kebulur. Excited sangat sampai lupa makan.

Lambat pula nak tunggu Ida. Nak kasi korang tengok gambar Match of the Year.


Notakaki: Aku duduk baris Tomok seh masa perlawanan kedua tu ! Hahahahahha. Tomok ! Tomok ! Tomok !

Tuesday, July 14, 2009

Benda yang kau tak boleh kutuk depan aku.


Tengok poster je dah cukup untuk buat aku rasa macam nak melompat dan menjerit kuat-kuat. Dalam panggung nanti aku tak taulah macam mana reaksi aku.


Mulanya kata 21 November 2008 tapi dilewatkan ke 16 Julai 2009 disebabkan Twilight. Pfft ! Lama tau tak aku tunggu !


Tapi tak apa. Dalam masa 2 hari lagi aku akan dapat tengok dan bandingkan mana lagi hebat. Imaginasi aku atau imaginasi mereka.


Aku harap David Yates tak mengecewakan dalam siri keenam ni. Aku YAKIN siri ni tak akan menghampakan peminat-peminat setia The Chosen One.


Sekarang aku rasa benda lain tak bermakna lagi. Termasuk perlawanan Manchester United dengan Malaysia Sabtu ni. Heh.


Sorry beb, Harry Potter mengatasi segala perkara dan benda duniawi.


Kat bawah ni antara karakter-karakter yang aku suka. Tengok je lah.



Ron dalam Quidditch robe ! An exciting sight, don't you think ? Sangat segak bergaya seperti Russell Crowe dalam kostum Gladiator. Aaaaahhhhh...



Aku sangat suka Ron Weasley. Ada sifat sense of humour yang innocent, setia, senang puas hati dan berani mempertahankan kawan-kawan walaupun dia sedar kelebihan dia tak seberapa. Karakter yang superb, ditambah dengan pelakon yang betul-betul menghayati watak Ron. Bertambah-tambah suka aku dengan Ron. *giggles*



Emma Watson dah membesar jadi seorang wanita yang sangat HOT ! Walaupun aku sama jantina dengan dia, tapi aku rasa Emma ni memang cantik sangat. Aku sangat adore dia. Walaupun Hermione dalam imaginasi aku tak secantik dia tapi aku buat pengecualian. Tak semua yang kita nak kita dapat. Kan ?



Ini lagi satu karakter yang aku suka dan ditambah dengan pelakon yang tepat untuk karakter tersebut. Draco Malfoy dilakonkan oleh Tom Felton. Cam tak muka dia ? Tom ada berlakon dalam Anna and The King. Alah, cerita yang ada Deanna Yusoff, Chow Yuen Fatt dan...errr...aku lupa nama pelakon perempuan tu. Ha ! Jodie Foster. Tom jadi anak Jodie Foster. Dalam cerita tu dia sangat comel, dalam Harry Potter dia sangat kacak bergaya.


Tu je lah yang aku letak pengenalan bergambar. Kalau ikutkan sampai esok pun aku tak habiskan entri ni. Sebab baaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat karakter yang aku suka. Senang cerita, aku suka semua perkara tentang Harry Potter. Bukan setakat Harry Potter je. Goblins, house elves, Death Eaters. Even giants ! Aku suka semuanya. Lord Voldemort pun aku rasa agak hot, walaupun dia tak ada hidung sangat.


Gila tak sabar wehhhhh !

Thursday, July 9, 2009

Michael @ Mikaeel ?

Aku bukanlah seorang peminat yang hafal semua tajuk lagu dengan lirik MJ. Aku juga tak hafal step lagu Thriller walaupun aku pernah tengok music videonya. Tapi aku akui ada beberapa lagu MJ yang aku suka. Antaranya, Heal The World, I'll be There, You Are Not Alone. Ye, semua lagu yang hit dalam carta. Kan dah cakap aku bukan peminat dia.


Masyarakat memuja beliau dan mengangkat diri beliau sebagai legend. Ramai yang mengalirkan airmata tatkala mengetahui berita kematian MJ. Aku juga sedih tapi tak sampai mengalirkan airmata. MJ merupakan seorang penghibur yang kreatif. Hebat ? Mungkin. Tapi pada aku perkataan kreatif lebih sesuai. Tengok je lah dia punya persembahan. Wajib ada elemen-elemen pelik dan lain daripada yang lain. Kalau kita tolak semua elemen ni aku rasa persembahan dia tak akan jadi sehebat yang biasa kita lihat.


Kehidupan beliau yang eccentric sentiasa menjadi perhatian ramai. Tak kisahlah kalau kau ni die hard fans dia ke tak, kau mesti nak ambil tau. Jangan cuba nafikan. Come on, this is the King of Pop we're talking about ! Mustahil kau tak nak tau mengenai kehidupan peribadi beliau.


Mengenai isu beliau seorang Muslim, aku rasa itu antara dia dan Tuhan. Noktah. Setakat ni tak ada bukti lagi.


Tapi aku jadi sedih yang melampau-lampau bila tengok video kat bawah ni. Tersentuh hati perempuan aku.


His music will live on forever. Aku setuju.


Notakaki: Kalau aku nak ambil Blanket jadi anak angkat boleh tak ?

Bahasa jiwa bangsa.

Heboh satu Malaysia pasal isu PPSMI. Sampaikan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pun turun padang untuk membantah mengenai isu ni. Dan sekarang PPSMI akan dihentikan sehingga 2012. Aku setuju ! Baca lebih lanjut di sini.


Bahasa Inggeris bukan segalanya. Bukan segalanya untuk berjaya dalam hidup ni. Kalau nak berjaya yang penting apa yang kau tau, bukan bahasa apa yang kau cakap. Aku ambil contoh orang Jepun. Mereka maju tapi masih bangga mengunakan bahasa ibunda mereka. Terus terang aku lebih selesa berbahasa Malaysia. Cuma, dalam sesetengah keadaan aku menggunakan BI. Tapi tak selalu.


Bila dengan orang Melayu aku suka kalau berbicara dalam bahasa ibunda sendiri. Aku kurang gemar kalau perbualan antara sesama kaum didominasi dengan BI. Bak kata makcik aku, 'Speaking londoonnn'. Tapi aku tak ada masalah kalau kamu lebih selesa speaking london. Sebab mulut orang mana boleh tahan kan ?


Baca sini. Lepas tu sila undi di bahagian panel sebelah kanan. Aku dah mengundi.


Susah nak puaskan hati semua pihak. So let's agree to disagree. :)

Tuesday, July 7, 2009

Hilang.

Mood menulis hilang. Jadi, berhenti rehat seketika.


Daripada aku membebel tak tentu pasal dan asyik tulis pasal benda sama baik aku jauhkan diri kejap.


Kalau ada idea datang untuk menulis adalah entri baru lepas ni.


Terlalu lama sangat menjalani hidup tanpa tujuan. Tu yang jadi macam ni.

Friday, July 3, 2009

Suka hati aku nak tulis ke tak.

Perut tak sakit. Kepala pula yang sakit ! Lebih kepada pusing.


Tolong, hari ni sangat serabut. Dah lama aku tak dapat berita gembira. Asyik berita tak berapa gembira je. Mengeluh ke ?


Takkk.


Cuma...ah tak ada apa apa lah.


Mungkin aku terlalu fikirkan sangat. Cepatlah datang semester baru. Dapatlah aku alihkan perhatian. Bila sibuk tak ada masa nak fikir benda ni.


Mesti tak best baca kat sini. Asyik cerita benda tah apa apa.

Thursday, July 2, 2009

Yabedabeduuuu


Penambahan ahli keluarga. Nissin Di622.


Lepas ni apa lagi,


KITA ENJOY !


Perut, esok petang jangan sakit ye. Nanti aku tak boleh nak memandu dengan betul. Janji ye jangan sakit sakit ? Saaayang perut.

Wednesday, July 1, 2009

Urbanscapes dan Selsema Babi.

Aku sokong Pak Rais. Sila gunakan selsema babi !


Aku tak pergi pun Urbanscapes 2009 tu. Dengar cerita ada pengunjung yang terkena jangkitan selsema babi. Jadi, siapa yang pergi hari tu silalah berjumpa dengan doktor anda untuk menjalani ujian ye. Kau jangan sebarkan pada orang lain yang tak pergi pula. Jangan jadi babi ok !


Sebut pasal selsema babi.


Aku harap rakyat Malaysia janganlah selfish atau dalam bahasanya pentingkan diri sendiri. Kalau ye pun kau hadap sangat nak melawat negara asing, tak payah lah dalam jangkamasa terdekat ni boleh ? Kau nak mati sangat ke ? Aku cakap selfish sebab kau balik nanti mesti ada je kes terbaru selsema babi.


Statistik meningkat, demand ubat rawatan makin tinggi, merisaukan orang ramai. Yang lagi menyusahkan semua yang jumpa kau kene kuarantin. Kalau kuarantin kat tempat best tak apa. Ni kuarantin dalam rumah. Menyusahkan tau tak !


Tunggu je lah sampai wabak ni reda. Lepas tu kau nak pergi mana pun lantak kau lah. Jangan pergi mati bunuh diri sudah.


Memang aku cakap banyak tapi aku tak kena kuarantin pun. Nasib lah. Bagi sedar sikit rakyat yang lain.


Lepas ni aku harap penternak-penternak babi jangan bagi haiwan mereka mengawan untuk mengurangkan populasi babi. Hahaha. Boleh ke ? Nanti kang ada yang menggelupur tak dapat makan babi.


Sedap ke eh ?


***


'Yang kau nak tu tak ada. Tapi ada maxi plus.' Abah
'Aaaa overnight memang tak ada ke ?' Aku
'Tak ada..' Abah
'Beli je lah apa-apa tapi nak ada wing.' Aku
'Ok.' Abah
'Thanks Abah.' Aku


Amacam ? Abah aku rock kan. Rock memang rock. Tapi dinding muka aku ni nipis. Merah padam tau tak. Ok tipu.


Bulu roma meremang.


Kiranya aku ni tak adalah urban sangat. Hahahahahahahhaha.


Menyampah aku dengan perkataan tu. Ptui.

Tuesday, June 30, 2009

Pilihanraya Manek Urai.

Tak ada kene mengena pun. Haha.


Satu buat aku tak suka bila berada dalam persimpangan dilema ialah bila terdetik dalam diri kita 'Betul ke apa yang aku pilih ni ?'.


Memang sucks. Sebab kita manusia hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalanya. Walaupun kita pasrah dan tawakal dengan pilihan yang di buat, persoalan tu mesti akan tiba tanpa diundang. Ok scratch that. Persoalan tu selalu tiba apabila diundang. Silap aku di situ.


Hidup ni sentiasa memerlukan kita untuk buat pilihan. Hari ni nak pergi kelas ke tak nak, perlu ke tak beli baju hari tu nampak kat Pyramid, nak siapkan ke tak nak report ni, _______________, ________________. Sila isi tempat kosong.


Lagi satu benda, akibat. Akibat daripada pilihan yang kita buat. Sama ada baik atau buruk. Baik tu tak ada hal lah. Dah nama pun baik, siapa yang tak suka betul ? Buruk tu yang mendatangkan mudarat pada diri. Bila dah tersilap catuan apa lagi, suka atau tak terpaksa terima akibatnya. Tapi amalkan pemikiran macam Friedrich Nietzsche,

What doesn't kill us makes us stronger

Dari pilihan yang buruk kita dapat belajar mengenai kehidupan. Kalau kita tak buat silap macam mana kita nak tau benda tu salah kan ? Cuba semua tapi dengan batasan. Jangan main hentam keromo je. Silap hentam masuk penjara pula. Tu boleh bla lagi. Kalau masuk neraka ? Nauzubillah.


Tolong jangan masuk neraka. Dah cukuplah kawan syaitan dalam tu.


Aku dah lalui keadaan di persimpangan. Apa yang aku harap jalan yang dipilih cerah sentiasa, tak berbatu atau berliku, dan di tengah jalan ada jejaka Jepun menunggu aku untuk sama-sama sampai ke penghujung. Heeheee.


Once our sacred ring of trust is broken, it can never be mend again.


Tolong lepaskan. Let the memory fade away.


Be strong ! Be strong ! Be strong !


Ganbatte ne Azurina-chan. (suara KimuTaku)


*drools*


Monday, June 29, 2009

Hari terakhir.

Esok hari terakhir kelas memandu. Dan aku malas nak pergi. Hahahahha. Tapi kene pergi juga sebab aku nak dapat lesen cepat-cepat.


Dah lah esok kene pergi Gombak. Gila jauh ! Dan mungkin aku dijangka akan tersekat lagi dalam kesesakan lalulintas dalam perjalanan pulang. Bayangkanlah, pukul 5 ke atas adalah waktu puncak orang kerja balik. Kelas aku pukul 3 mula. 3 jam. Dah tentu pukul 6 tamat.


Tapi dapat lesen cepat pun bukannya ada kereta nak dipandu. Ahh pedulikan. Bila lesen dah ada aku akan cari akal untuk dapatkan kereta untuk dipandu.


Dah seminggu tak bawa kereta. Masih ingat lagi macam mana ? Hehehe.


Kereta pertama aku confirm auto. Pecah kepala guna manual !

Nenek yang ku panggil Atuk.

Lama meninggalkan blog ni. Aku balik kampung di Johor untuk tolong bersihkan rumah Atuk kat Pontian. Sambil-sambil melawat Atuk juga.


Penaaaaaaaat tau ! Tapi sebenarnya kerja aku tak adalah berat sangat. Takat lap lap bersihkan habuk yang melekat atas bingkai gambar. Cuma kepanasan tahap membara yang buatkan aku rasa letih sangat. Pontian tak ada api.


Faham tak api tu apa benda ? Orang Johor panggil elektrik, api.


Masa nak balik Atuk lain macam sikit. Dia ingat semua orang nak balik KL, padahal semua nak balik semula ke Kulaifornia.

'Atuk nak duduk kat sini sorang ke ?' Aku
'Ha'a lah..' Atuk
'Ish, takkanlah nak tinggalkan Atuk sorang kat sini. Kita semua nak balik Kulai.' Aku


Atuk dah tak berapa kuat ingatan dia. Sedih aku tengok muka Atuk.


Di Kulaifornia, Atuk terbuang air besar atas katil. Yang membimbangkan kami ialah warna najis hitam. Lepas kejadian tu aku tengok muka Atuk sugul je. Anak-anak dia tanya pun dia tak jawab. Diam seribu bahasa. Suasana dalam rumah bertukar menjadi suram. Sesekali terdengar suara gelak tawa penghuni dek kerana kerenah Sari, pembantu Aunt Chon yang agak pelik. Mungkin entri lain aku ceritakan pasal minah ni. Sepanjang petang Atuk tidur. Atuk ingat dah waktu malam. Bila malam dia ingat siang. Atuk dah tak tau nak bezakan siang dan malam.


Aku salam dan cium Atuk sebelum kami bertolak pulang. Aku baru nak tarik tangan, Atuk minta maaf jika dia ada buat salah atau sakitkan hati. Pantas kelenjar air mata aku menjalankan tugas. Hati aku jadi sebak. Aku potong cakap Atuk dan beritahu dia aku yang patut minta maaf.


Sejak semalam aku jadi risau. Risau kalau-kalau sesuatu terjadi. Kalau boleh aku nak berada dekat dengan Atuk sekarang. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.


Mak, jom balik Johor lagi.

Friday, June 26, 2009

Kembali kepadaNya.

Pernah tengok Thirteen Ghosts ?


Sekarang ni perasaan aku sama je macam pelakon-pelakon dalam cerita tu. Ok, tolak part ada hantu hantu tu.


Walaupun dalam rumah tapi hati aku tetap tak tenang. Aku bagai terkurung dalam rumah sendiri. Apa sebabnya ? Maaf, aku tak dapat kongsi di sini.


Tak pernah aku alami perasaan takut berada di dalam rumah sendiri macam aku alami petang tadi. Namun, aku bersyukur kerana penghuni rumah ni tak mengalami apa-apa. Terima kasih Allah kerana melindungi hambaMu ini.


Pengajaran untuk aku. Janganlah lalai dalam menunaikan kewajipan kau kepada Tuhan. Seandainya kau mengalami kesukaran, kembali kepadaNya. Nescaya Dia akan melindungi kau. Dan sekiranya kau memperoleh kesenangan, jangan sekali-kali kau melupakanNya.


Sujud kepadaNya.


Rintih kepadaNya.


Dengan hati yang ikhlas dan tawaduk, Dia akan makbulkan doa hambaNya.



Ya Allah. Tetapkan hati dan imanku. Amin.

***

Kadang-kadang aku perlu mengingatkan diri aku mengenai Pencipta aku. Apa salahnya kalau aku tulis di sini untuk mengingatkan korang sekali. Tolong jangan salah faham entri ni.


Jom solat Maghrib !

Thursday, June 25, 2009

Hari pulau sedunia.

Aku tengah pelik. Minggu ni minggu ke pantaikah ?

Kejap.

Minggu ni Pulau Redang ada buat tawaran hebat ke ?


Berdasarkan pemerhatian aku di Facebook, ramai pula kawan aku yang akan ke sana hujung minggu ni. Tak ketinggalan Langkawi. Pelik seh. Kenapa semua nak pergi ke pulau-pulau peranginan ni ?


Entri dengki semata-mata. Tapi aku pun tak duduk rumah hari minggu ni. Nak balik Johor jumpa Atuk. Ngeeeee ~


Tapi kene siapkan report.


Benci.

Wednesday, June 24, 2009

Penukar. Betulkah ?

Hari ni aku tau memang ramai yang menunggu. Sampai ada yang sanggup ambil MC daripada kerja dan lagi teruk, ponteng sekolah.


Aku seperti juga warga kotaraya yang lain tak ketinggalan untuk turut serta dalam hype hari ni. Dan ternyata, memaaaaaaaaaaang berbaloi !


Terutamanya masa bahagian besi keleting keletung. Peh, memang aku terasa nak melompat-lompat saat tu juga. Bila tamat, aku memang melompat. Ha ha ha.


Semua ni takkan terjadi jika Doreen dan Kamila tak ada tiket lebih. Thank you so much Doreen and Kamila !


Sekarang, siapa nak bagi aku Camaro kuning ?





Notakaki: Doreen dan Kamila adalah orang yang tak dikenali. Mereka tiada hubungan terus dengan aku mahupun ahli keluarga aku. Tapi mereka memang baik hati. :)

Tuesday, June 23, 2009

Mana satu nak pilih ni ?

Sudah tibakah masanya untuk membuat keputusan ?



Nak....................

ke

tak nak.................?



Ok. Kalau umur masih panjang, akhir minggu ni keputusan akan dibuat.

Monday, June 22, 2009

Lethargic sangat.

Selalunya, akan terlintas dalam kepala aku apa entri yang aku nak tulis. Tapi dengan penuh sombong aku tak tulis kat mana mana sebab bagi aku otak aku masih kuat lagi untuk mengingati perkara remeh macam ni.

Tapi bila aku nak tulis balik mesti aku blank. Tak tau apa aku nak tulis. Jadi, aku mulalah merepek meraban dalam ni.



Malam ni tak nak lah buat macam tu.



Esok ada sambutan 10 tahun UNiSEL kat kampus utama. Aku akan turut serta. Tak pernah aku jejak kaki kat sana.



Hari esok bermula seawal 6 pagi.


Yosh !

Friday, June 19, 2009

Cubaan pertama. GAGAL !

Jari-jemari aku sakit dek kerana Ayano.


Perhatian ! Sesiapa yang tau bagaimana nak load filem dalam Diana F+ sila emel aku di elephantoons@yahoo.com.my.


Aku dah letak filem tapi dah nak dekat sampai nombor 1 tu dah tak boleh nak pusing. Kenapa eh ? Filem tu dah ter-expose pun. Aku duk bukak tutup betulkan kedudukan banyak kali.


Pening otak aku. Tambah lagi satu benda yang memeningkan. Heih.


Tak baik mengeluh. Tuhan tak suka.


Ok tarik balik.

Thursday, June 18, 2009

6+1 = 7.

Maafkan aku. Aku berfikiran pendek. Tidak menimbang segala pro dan kontra. Aku kaget kerana takut kehilangan kau.


Namun, aku sedar semuanya tak semudah seperti yang kita harapkan.



Jalan penyelesaian ?

Kami berserah kepadaNya. Walaupun kami dah berusaha dan masih lagi berusaha. Aku redha. Kami redha.



Namun, perjalanan masih jauh. Kami baru memulakan perjalanan.

Doakan kami.

Amin.


***

Maaf sekiranya entri aku tak selesa untuk dibaca. Aku dalam mood yang sangat down kerana terlalu banyak perkara yang terjadi dan perlukan perhatian minda dan jasad aku.

Disini saja tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati.

The angel from my nightmare.

I should have updated last night. But depression came out of nowhere and without a warning. Nothing came across. Plus, I was too tired from my driving lesson. I was driving around busy neighborhoods for two straight hours !

***

Please, I need you now. And forever.



I am the trophy.

But it seems you have lost interest in the game.

And in the end, no one wins.

The trophy just sat on the shelf.

Alone.



I am very vulnerable. Guess I wasn't strong as I thought I was.



Yes. It lasted till this very date.

















The L word.

Tuesday, June 16, 2009

Entri kambing.

Ye, tak habis lagi.

Kenapa aku asyik nak cerita pasal kambing ? Sebab masa kecil adik aku ada cakap dia tak nak naik kuda tapi nak naik kambing. Sangat random dan buat aku akan ingat sampai bila-bila.

Minta perhatian. Adik aku dari kecil skru dia longgar. Terbawa-bawa sampai ke besar. Hahahahahahahha.

Apa kena mengena ? Aku tak faham.

Dah tak payah faham. Golongan cendekiawan je yang boleh faham.


Aku faham keadaan sunyi tu sebab aku mengalami situasi yang sama. Tapi itu tak bermakna kita perlu menurut kepada nafsu dan perasaan semata-mata. Dua-dua tu tak penting sangat sekarang. Banyak lagi perkara penting yang perlu didahulukan. Muka aku belum lagi masuk frontpage Utusan bawah tajuk 'Azlina terima Anugerah _______'. Sila isikan tempat kosong.


Jangan selfish. Aku benci.

Dan sekarang aku suka dalam benci.

Arghhhhh bencinya !

Monday, June 15, 2009

Boling alley.

Pagi Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Sebab hari tu aku ada date dengan Nino (bukan nama sebenar). Malam sebelumnya (atau malam kelmarin aku tak berapa nak ingat dah), Nino ajak aku keluar. Jadi, pagi tu aku ponteng aktiviti mingguan kelab boling. Aku tulis pagi sebab masa ni tingkatan dua ok. Sekolah sesi petang. Hari minggu kena duduk rumah. Mak tak bagi keluar.

Nino jumpa aku depan tempat boling. Aku ajak kawan aku teman, tapi dia dengan baik hati suruh aku pergi sendiri, baru romantik kata dia. Kitorang pergi makan McD. Masa ni kira McD yang paling handal untuk bawa pergi makan. Belum mampu lagi nak pergi Secret Recipe, Chilli's bagai semua. Mak bapak masih support. Sekarang PTPTN support.

Beberapa minit lepas tu dia ajak pula kawan dia, S, jalan dengan kitorang. Dalam hati aku dah mengutuk. Tadi aku nak bawa kawan dia tak kasi. Ni dia pula bawa.

Jalan punya jalan punya jalan, kitorang masuk Tropicana Life. Aku mengekor je lah. Berdirilah aku macam tunggul kayu kat depan pintu kedai sebelah tempat display wallet yang hip dan happening zaman tu. Tiba-tiba Nino suruh aku pergi kat kaunter. Katanya amoi tu nak jumpa. Dengan lurus bendul aku pergi. Amoi tu minta tangan aku dan dia pakaikan gelang warna hijau lumut ada manik-manik kuning dan merah. Aku yang bodoh-bodoh ni pun iakan je lah. Lepas tu aku pergi kat Nino dan S.

'Awak beli untuk saya ?' kata aku dengan penuh rasa teruja.
'Ha. Suka tak ?' Nino.
'Suka. Thanks.' balas aku.

Dalam blur blur Nino ni pandai juga dia ambil hati perempuan. Bertambah cair hati I, you !

S beritahu aku dia dah couple dengan K, kawan aku. Tepat-tepat sehari selepas Nino dan aku. Dalam fikiran aku, desperate betul budak ni. Kawan ada couple, dia pun kena ada juga ke. Tapi aku macam biasa, stoic kan muka ku. Nino pun. Sebab dia dah tau. Ha cepat buka kamus cari makna stoic tu apa.

S tak puas hati bila aku tak percaya. Dia bawa aku pergi telefon awam terdekat dan dail nombor rumah K. Tapi aku tau masa tu K ada kat dalam bangunan yang sama. Aku biar jelah dia telefon K.

Dipendekkan cerita, aku, Nino, K dan S lepak sama-sama. Aku jalan dengan K, Nino jalan dengan S. K cerita kat aku pasal S. K cakap dia tak tau nak jawab apa masa S tanya dan automatik dia terima. Haha. Gila betul.

Yang kelakarnya, si S ni tiru cara Nino buat awal-awal tadi. Tapi dia tak pergi Tropicana Life. Dia pergi Vincci. Bajet up lah tu. Tiru habis aku cakap ! Sungguh tak original. Padan lah suhu badan K maintain 37 darjah Celcius.

Gitu gini gitu gini date kitorang pun tamat. Sebab Nino nak pergi main CS kejap sebelum pergi sekolah. Dia memang kemaruk CS masa ni. Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak pergi 15 main CS. Heih. S buat muka tak puas hati sebab Nino tarik dia sekali.

Bila lelaki-lelaki dah tak ada, aku dan K mula sesi gossip. Hahaha. K cakap dia tak suka pun S. Tapi terpaksa terima sebab dia kesian. Adoi ! Kalau S tau ni mesti dia malu yang teramat nak datang sekolah.

Kami berempat satu kelas. Menarik bukan ?

****

Sampai sekarang aku suka ingat date ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab gelang hijau lumut tu. Ya, gelang hijau lumut.

Kami bertahan tak lama. 2 minggu je. Sama jangka hayat dengan gelang hijau tu. Kihkihkih. Masa tu budak-budak kan. Cinta monyet. Tapi sampai sekarang aku sayang dia. Tapi hanya sebagai kawan.

Selalunya aku teringat date ni sebab perkataan boling. Dan hari ni memang banyak boling tu keluar.

Sebab tu wujudnya entri ni. Layankan je lah.


Notakaki: Kisah S dan K tu mungkin lari sikit dari keadaan sebenar. Aku tak berapa ingat. Tak kuasa nak ingat pun.

Sunday, June 14, 2009

Kasihan Abah.

Hari ni aku kesian tengok Abah. Sepatutnya hari minggu terutamanya hari Ahad ialah masa untuk dia lepak-lepak, dengar kicauan burung, hisap rokok keluarkan asap kepul-kepul.

Tapi. Masa untuk dia buat semua tu terpaksa cancelllllll. Masa Abah terisi dengan membetulkan paip kat tandas bilik dia sebab dah patah. Sinki terpaksa dikeluarkan dan digantikan sementara dengan kepala paip. Mungkin sampai masa untuk kami berpindah baru dipasang semula sinki tu. Huehuehue.

Jadi sekarang bilik air tu dah jadi old school sikit. Rasa macam kat rumah Atok di Pontian pula. Memudahkan sikit lah untuk berwuduk. Ehem. Dan rasa luas sikit nak gerak.

Nak tau punca sebenar kenapa Abah tak dapat lepak ?

Fikirlah sendiri.


































Ni lah padahnya kalau suruh yang berkenaan buat kerja. Sampai luka-luka jari. *peace*

Saturday, June 13, 2009

Kambing.

I have been stood up. Tak ada ilmu punya kambing. Kau apasal tak nak pergi sekolah dulu ?

Kasi boo sama diaaaa. BOOOOOOOOO!



Aku tak kecewa. Tapi. Aku. Sangat. Geram. Dan. Rasa. Diperbodohkan.

Sebenarnya, kau yang rugi. Sebab tak dapat jumpa aku. Kahkahkahkah. Serius. Kau rugi doh. Aku dah bagi peluang kau sia-siakan.

Lepas ni, ayat kambing busuk mana pun kau bagi minta maaf lah bang. Aku tak layan. Ambil semua ayat-ayat sampah kau tu campak dalam laut biar tenggelam di dasar laut. Harap-harap tak akan timbul ke permukaan lagi.







Bunyi macam marah je ?

TAK PUN !

Friday, June 12, 2009

Aku dan Ayano.

Cara pembungkusan yang sangat berkesan. Tapi berpeluh aku nak buka. Sebab dah tak sabar.


Jeng jeng jeng. Hasil daripada titik peluh aku. Hikhik.
Yang kanan: Lomo Notebook. Cool kan design ?
Yang kiri: nama asal Diana, nama baru Ayano. Comel kan ?



Satu lagi tarikh bersejarah.

12 Jun 2009. Detik perkenalan aku dan Ayano.

Ayano. Hasil gabungan perkataan 'Aya' dan 'no'. 'Aya' bermaksud warna atau rekabentuk, 'no' bermaksud kepunyaan. Bila digabungkan ia bermaksud warna saya atau rekabentuk kepunyaan saya. Memang sesuai dengan ciri-ciri baby baru aku ni.

Korang dah tengok macam mana rupanya. Kalau lupa, klik sini.

Sekarang perasaan teruja memang memuncak dalam diri aku. Malangnya, perasaan tersebut tak dapat untuk dipuaskan buat seketika. Filemnya belum dibeli. Kenapa aku tak order sekali hari tu aku tidak tau. Akhirnya, terpaksa memendam perasaan dulu sementara filem sampai ke tangan.

Aku nak cuba guna filem 120 dulu. Tak kenal maka tak cinta. Harap-harap jatuh cinta lah. Heehee.

OK, terima kasih lomokids.SHOP ! Kepada yang berminat, jangan teragak-agak untuk order dari mereka. Servis mereka tip top !

Thursday, June 11, 2009

Zon sekatan.

Hidup mesti ada sekatan. Tanpa sekatan manusia bebas melakukan sesuka hati tanpa memikirkan akibat.










Tapi hidup yang terlalu disekat mendatangkan tekanan menuju puncak.

Aku berada di dalam zon itu.

Wednesday, June 10, 2009

Syaitan bertopengkan manusia.

Hidup tanpa tujuan. Bayangkan hidup kau macam tu. Kejap, aku pun nak ikut sekali bayang juga.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tak best kan ? Mesti rasa macam nak bunuh diri.


Iklan kejap.

'Kau nak kerja kat T***** T*** ke ?' Ella.

'Ha'ah' Aku

'Half-time eh ?' Ella.

'Huh ? Part-time lah bijak !' Aku

Mari kita gelak ramai-ramai. Hahahahahahahahahahahahahahahhahaha. Adik aku memang bijak pandai cerdik dan genius !

Aku nak cerita pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan perkara-perkara di atas.

Masalah utama aku yang paling besar sekarang ialah pengangkutan. Disebabkan oleh seorang pemandu teksi syaitan, aku diharungi perasaan takut dan paranoid untuk menggunakan perkhidmatan awam itu. Jadi, dengan perasaan itu aku menjalani perintah berkurung dalam rumah sehingga aku mempunyai lesen. Sucks wehhhh terperap dalam rumah je !

Bahaya dunia sekarang ni. Pepatah Melayu berbunyi 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya' memang sesuai diaplikasi pada abad ke-21 ni. Sekarang perempuan pun dah pandai jadi jahat. Dulu lelaki je. Sekarang ramai perempuan bertudung tapi bukan untuk menutup aurat. Dulu perempuan bertudung betul-betul sebab nak tutup aurat dari pandangan bukan mahram. Manusia, manusia.

Di dada akhbar sekarang kita boleh lihat banyak kes rogol berlaku. Yang terbaru berlaku di kawasan perumahan aku sendiri dan mangsa ialah kawan sekolah adik-adik aku. Begini cerita dia.

Dina (bukan nama sebenar) mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang berada di SS15.

'Dina, what time are you coming here ?' Kawan A.
'I'm on my way there. Chill lah. Tengah tunggu cab ni' Dina.
'Ok. We'll wait for you' Kawan A.

Dina ternampak kelibat teksi berwarna merah putih dari jauh dan menahan teksi tersebut.

'SS15 please.'

Pemandu berbangsa India itu mengangguk dan menggerakkan kenderaan. Selepas beberapa ketika, Dina menyedari pemandu tersebut membawanya ke arah yang berlainan.

'Excuse me. You salah jalan lah. 15 is on the other side.' Dina
'Ye saya tau. Saya mau pergi ambil barang sekejap.' Pemandu keparat
'Turunkan saya depan sana je lah.' Dina
'........' Pemandu keparat

Pemandu tersebut tidak menghiraukan arahan Dina dan terus membawa Dina tanpa sepatah perkataan. Dina telah mengesyaki perkara yang bukan-bukan dan terus mendail nombor Kawan B yang telah diletakkan dalam speed dial. Disebabkan takut diapa-apakan, Dina berpura-pura duduk diam. Pemandu tersebut membawa Dina ke arah Shah Alam.

'You buka baju sekarang.' Pemandu keparat
'Tolong lah. Jangan buat apa-apa pada saya. Saya boleh bagi you duit dan handphone ni.' Dina
'Diam, jangan cakap banyak ! Buka baju you sekarang !' Pemandu keparat

Setelah di bawa meronda di TTDI Jaya, Dina dibawa pula ke Kelana Jaya. Pemandu tersebut memberhentikan kereta di tepi kawasan sebuah kondominium. Di situlah Dina dirogol tanpa belas kasihan oleh pemandu teksi keparat. Selepas dirogol, Dina ditinggalkan di tepi jalan.

Beberapa jam kemudian, Dina dijumpai oleh anggota polis. Turut bersama mereka ialah kakak Dina yang telah dimaklumkan oleh Kawan B mengenai perbualan Dina dan pemandu keparat di dalam teksi.

Ha macam tu lah ceritanya. Bila baca mesti korang pun rasa takut dah nak naik teksi. Bagi perempuan lah. Lepas dengar cerita ni dari adik-adik aku, memang aku jadi takut gila nak tahan teksi. Yelah, benda ni berlaku dalam kawasan perumahan aku. Cuak tak cuak lah !

Budak tu cuba untuk larikan diri tapi tak dapat sebab teksi tu dah dikunci guna central lock. Jadi dia tak dapat nak buka pintu. Dan mungkin kawan dia lambat bertindak dan tak sempat polis nak selamatkan dia.

Pemandu keparat tu dah pun diberkas. Kena tangkap dalam Subang Jaya juga. Macam haram kan ? Mesti tengah cari mangsa seterusnya. Dia ingat buat dosa ni boleh lepas ke dari pandangan Tuhan. Sorry lah bro. Tuhan takkan lepaskan orang macam kau macam tu je. Walaupun kat dunia kau dapat hukuman tak setimpal, tapi kau tunggu lepas kau mampus. Tu pun kalau kau tak sempat nak bertaubat lah. Kalau dapat kat aku lah jadi penguatkuasa undang-undang, orang macam kau ni memang aku terus jadikan makanan harimau kat Zoo Negara tu, kau tau tak !

Maaf, aku terlebih emosi pula.

Walaupun sebelum ni aku pernah dengar kes-kes rogol oleh pemandu teksi, aku tak ambil pot sangat sebab tak jadi dalam kawasan di bawah radar aku dan tak jadi pada orang yang aku kenal. Tapi budak ni dah lah duduk kawasan perumahan sama, adik-adik aku kenal, kira dekat lah juga dengan aku.

Kepada sesiapa yang baca artikel (?) ni, aku sertakan sekali langkah-langkah persediaan untuk naik teksi.

1. Usha pemandu dan teksi tu. Agak-agak teksi nampak dalam keadaan terbaik, bersih apa semua. Pemandu pula jenis pakai uniform butang sampai atas.

2. Test keberkesanan pintu supaya bebas dari child lock. Kalau tak tau apa tu buat macam ni. Lepas tutup pintu tu kau cakap kat pemandu tu, 'Eh kejap. Ada barang terjatuh !' Kalau pintu tak boleh buka alamatnya dah masuk perangkap.

3. Ambil gambar pemandu dan MMS kepada kawan/ahli keluarga beserta dengan nama dan nombor pendaftaran teksi. Kalau dia tak nak, cari je teksi lain.

4. Letak nombor telefon balai polis berdekatan dalam speed dial. Lepas buat langkah 1-3, bersedia untuk menekan butang telefon hijau.

Sedikit sebanyak tips-tips yang boleh diberikan kepada pembaca sekalian. Nampak remeh tapi ia berbaloi sekiranya anda terselamat daripada perangai syaitan mereka. Tapi, yang paling penting sekali ialah naluri hati korang. Kalau rasa lain macam je lepas usha pemandu tu, lupakan lah niat nak naik teksi dia. Berlambak lagi teksi kat Malaysia ni. Apa yang penting ?

Maruah dan keselamatan anda.


Notakaki : Cerita tu sebahagian isi aku tokok-tambah. Tapi keseluruhan cerita lebih kurang macam tu lah kisahnya.

Notakaki 2 : Jangan label sesuatu kaum di sebabkan salah seorang melakukan kesalahan. Label individu tersebut sahaja. Ingat, syaitan tak kenal kaum bila menghasut.